Peminat pasukan bola sepak Sepanyol, FC Barcelona tentunya berdukacita pagi ini selepas mendengar perkhabaran mengenai perpisahan kelab itu dengan bintang sensasinya, Lionel Messi.
Enggan membiarkan spekulasi liar berterbangan, FC Barcelona segera mengumumkan perkara tersebut menerusi platform media sosial mereka, kira-kira 6 jam yang lalu.
Menurut kenyataan dalam dwi-bahasa itu, pada bulan lalu, FC Barcelona dan Messi sama-sama telah bersetuju dengan terma kontrak baharu Messi dan merancang untuk menandatanganinya semalam.
Messi dilaporkan akan disambung untuk tempoh lima tahun lagi walaupun gaji pemain itu akan mengalami penurunan sebanyak 50 peratus dari gaji asas 45 juta Euro kepada hampir 20 juta Euro saja.
Namun, semua itu bertukar angan-angan dalam sekelip mata disebabkan ‘halangan kewangan dan struktur’ yang merujuk kepada peraturan La Liga di Sepanyol.
Peraturan itu menetapkan sejauh mana sesebuah kelab bola sepak boleh berbelanja untuk para pemain berbanding keuntungan yang diperolehi daripada penjualan pemain mereka kepada kelab lain. Untuk mengekalkan Messi, FC Barcelona perlu melepaskan pemain lain daripada kelab dan mereka gagal berbuat sedemikian.
Kali terakhir kontrak Messi dengan FC Barcelona diperbaharui adalah pada tahun 2017 dan ia dilaporkan bernilai USD675 juta. Namun disebabkan peraturan La Liga ini, Messi tidak mampu untuk terus bergelar pemain kelab tersebut selepas ini.
“Kedua-dua pihak amat mengesali hal ini apabila keinginan kelab dan pemain tidak dapat dituruti. FC Barcelona dengan ini ingin memberi penghargaan kepada pemain yang telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada kelab ini dan kami ucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan peribadi dan kerjayanya,” ulas kelab itu.
Di atas kertas, kegagalan memperbaharui kontrak Messi ini nampak seperti bukan kesalahan mana-mana pihak dan ia disebabkan oleh soal peraturan liga. Namun, ada kata-kata nakal yang berpendapat ia sengaja ‘tidak disambung’ selepas hubungan Messi dan kelab itu rengang pada Ogos tahun lalu. Messi pernah tidak sekepala dengan presidennya, Josep Maia Bartomeu namun dipaksa untuk kekal bermain untuk FC Barcelona.
Malah, agak pelik apabila ‘pemergian’ Messi ini dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa apa-apa ucapan awal dari rakan kelabnya, bekas pemain FC Barcelona mahupun presiden terkininya, Joan Laporta.
Bukan itu saja, sukar untuk kami percayai bahawa pemain sehebat Messi masih tidak mempunyai alternatif kelab bola sepak lain yang sedia ada menantinya sewaktu pengumuman dilakukan oleh FC Barcelona. Messi setaraf dan sepopular Cristiano Ronaldo dan David Beckham kot! Kalau korang masih ingat, kedua-dua pemain itu sudah diikat kelab lain sebelum mereka diumumkan akan meninggalkan kelab sedia ada; sebagai contoh Beckham dari Real Madrid ke LA Galaxy (2007) dan Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus (2018).
Ads
Maka, tidak hairanlah apabila ada peminat bola sepak yang mempersoalkan ketulenan alasan yang diberikan oleh FC Barcelona ini. Mungkinkah kelab itu sedang merancang sesuatu yang kita semua tidak tahu?
*
Untuk pengetahuan, Messi telah mempunyai pertalian yang cukup lama dengan FC Barcelona setelah dia memulakan kerjaya sebagai pemain cilik di program remaja kelab tersebut, La Masia pada usia 13 tahun.
Sejak 2004, kapten pasukan bola sepak Argentina itu terus bermain secara profesional untuk FC Barcelona dan telah menjaringkan 120 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah; kedua terbaik selepas Cristiano Ronaldo yang pernah mewakili Real Madrid.
Messi membantu pasukan Barcelona memenangi trofi Copa del Rey pada April 2021. Sumber Foto : Reuters
Sepanjang 778 kemunculan bersama FC Barcelona, beliau telah menjaringkan sejumlah 672 gol untuk membantu kelab itu menjuarai liga sebanyak 10 kali, empat kejuaraan Champions League dan tiga kejohanan Piala Dunia Kelab.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tengah kita sibuk dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilakasanakan diseluruh negara. Semalam, satu berita mengejutkan diterima apabila empat remaja lelaki yang berusia 16 tahun telah ditahan setelah didapati mengadakan hubungan seks dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 dan seorang remaja perempuan 15 tahun.
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku jam 8 malam, 4 November lalu.
Lebih menjijikan, empat remaja terbabit melakukan aksi itu dengan kanak-kanak dan remaja perempuan tersebut berdekatan loji kumbahan di Taman Malar, Ipoh, Perak.
“Empat remaja lelaki berusia 16 itu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan remaja perempuan terbabit berdekatan loji kumbahan di Taman Malar, Ipoh, Perak…”
Justeru, pihak polis telah menahan keempat-empat remaja tersebut dan juga seorang lelaki berusia 20 tahun kerana merakam perbuatan terbabit dengan telefon bimbit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan dan memelihara kehormatan. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa mereka kerjakan.” (An-Nur: 30)
Ini bermakna setiap Muslim yang mengakui beriman kepada Allah SWT diperintahkan menjaga setiap anugerah pancaindera hingga kepada melindungi maruah diri daripada dicemari perkara terkutuk, sekali gus bertentangan dengan ajaran agama.
Hmmm….panjang lagi perjalanan hidup tapi da dirosakkan dengan benda yang sia-sia.
Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagi kisah tentang bahana bermain Tik Tok, tiga orang wanita diburu polis kerana merakam video TikTok di tengah jambatan Suramadu, Surabaya Indonesia.
Ketiga-tiga mereka diburu polis selepas tularnya video menari yang diiringi lagu Hindustan tersebut menjadi viral di aplikasi Tik Tok melalui akaun @naylaraisa2003.
Dalam video viral itu dilihat tiga orang wanita yang berstatus ibu itu mengenakan baju, hijab dan kasut seragam berwarna kuning. Mereka melakukan aksi tersebut di jambatan Suramadu yang menghubungkan antara Surabaya dan Madura.
Namun begitu, terdapat peraturan yang melarang orang awam berhenti di jambatan tersebut dan menurut kompas.com, mereka bertiga telah pun didenda sebanyak 500,000 rupiah (RM148) kerana disabitkan atas kesalahan melanggar peraturan lalu lintas.
Polis Pelabuhan Tanjung Perak Surabaya Achmad Faisol Amir sebelum ini meminta agar ketiga-tiga wanita yang terbabit dalam penghasilan video berkenaan memohon maaf.
Jelasnya lagi, tindakan itu dilakukan bagi memberi pengajaran kepada orang awam yang memberhentikan kenderaan di tengah jambatan secara sengaja.
Pesalah telah pun membuat surat permohonan maaf atas kesalahan yang membahayakan dan turut didenda.
Nah, nak sangat viral agaknya akhirnya memakan diri sendiri!
Korang semua kalau nak rakam video Tik Tok pun janganlah sampai menyusahkan pihak lain Palinh penting, jaga keselamatan diri. Kalau dah buat tepi jalan tu kan dah bahayakan diri sendiri.
Pernah tak korang dengar muzik yang bunyinya seakan berlegar-legar di telinga atau seperti sangat dekat dan jelas dengan pendengaran korang?
Ya dengan kecanggihan teknologi hari ini, satu lagi karya muzik dinaik taraf kepada 8D Audio iaitu korang boleh mendengar muzik daripada directions yang berbeza-beza. Kesannya sangat memukau dan lebih realistik.
Rata-ratanya sudah bercakap tentang 8D Audio ini di media sosial dan ada yang berpendapat bahawa ianya adalah muzik 3D. Agak keterlaluan untuk mengklasifikasikannya sebagai 8D kerana muziknya hanya mempunyai 3 dimensi. Jika kita menentukan asal koordinat di pusat kepala pendengar, hanya memerlukan tiga nombor untuk menentukan kedudukan asal bunyi tersebut.
Okay tak kisahlah 3D ke 8D, yang penting korang kena dengar sendiri untuk merasai pengalaman muzik sebenar. Cewah!
Tak caya? Ok dengarlah sendiri.. Tapi korang kena dengar guna earphone atau headphone ya. Barulah effectnya terasa. Hiks!
Selamat mendengar.
Perghh, memang layan la! Kalau nak lebih lagi korang search je di YouTube..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!