Sidang media Menteri Kesihatan baru sahaja berlangsung dan dimaklumkan bahawa kes pertama positif varian yang dibimbangi Omicron telah pun dikesan di Malaysia.
Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID019 setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), KLIA.
Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 432) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.
Pelajar tersebut menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan. Individu terbabit juga sudah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala.
Ads
Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang. Mereka telah menjalani saringan ujian COVID-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.
Ads
So guys, teruskan mengamalkan SOP dan jangan sesekali keluar tanpa pelitup muka. Elakkan berada di kawasan ramai orang dan jika bergejala, segeralah melakukan ujian kendiri okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Adik Putera Abdul Mateen, Putera Wakeel, tidak kurang menarik perhatian di istiadat perkahwinan diraja Brunei yang berlangsung dengan mewah dan gah baru-baru ini.
Majlis perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah yang berlangsung bukan hanya pengantin diraja menjadi tumpuan, bahkan ahli keluarga pengantin juga tidak terkecuali. Ini termasuklah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel yang merupakan adinda kepada Putera Mateen.
Mempunyai penampilan yang kacak dan menawan, berikut adalah beberapa gambarnya.
Kredit foto: @bruneiroyalfamily
Fakta Ringkas Tentang Putera Wakeel
Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006. Nama penuhnya ialah Pengiran Muda Abdul Wakeel, anak ke-11 Sultan Hassanal Bolkiah hasil perkahwinan ketiga baginda dengan Azrinaz Mazhar Hakim.
Kelahirannya disambut dengan menembak 21 meriam di sekitar Istana Nurul Iman. Baginda mendapat gelaran Duli Yang Amat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda. Walaupun mereka berbeza ibu, Putera Wakeel kelihatan agak rapat dengan abangnya, Putera Mateen.
Azrinaz Mazhar Hakim, ibu kandung Putera Wakeel, adalah bekas wartawan yang berkahwin dengan Sultan Brunei pada 2005, dan bercerai pada 2010. Selepas bercerai, Azrinaz meninggalkan istana dan terpaksa meninggalkan dua anaknya di bawah jagaan bapanya supaya dia masih boleh menerima gelaran bangsawan. Pada masa itu, Putera Wakeel baru berusia 4 tahun.
Bukan sahaja Putera Mateen menjadi idola. Dengan ketampanannya, Putera Wakeel ternyata menjadi idola anak muda di Brunei Darussalam dan Malaysia. Malah, agak ramai netizen membandingkan kekacakannya dengan oppa Korea. Dia juga dikatakan sebagai idola baru di Brunei.
Apa yang jelas sudah semestinya rupa paras yang dimiliki baginda datang dari ayahanda dan juga bonda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan hujan lebat yang mengakibatkan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh di sesetengah kawasan dalam negara sekarang, klip video yang memaparkan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat lima bulan lalu; kembali diperkatakan.
Masih jelas di ingatan rakyat akan hujah yang pernah disampaikan beliau sewaktu parlimen kembali ‘dibuka’, Julai lalu setelah persidangan sekian lama ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik COVID-19.
Semasa persidangan secara bersemuka itu, Nurul Izzah telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai persediaan yang perlu dilakukan selari dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa musim tengkujuh yang berlaku sekarang.
Ini kerana negara masih berdepan risiko wabak COVID-19 yang boleh menular dengan lebih pantas sewaktu musim tengkujuh. Bayangkan apabila orang ramai dikumpulkan di pusat pemindahan sementara. Tentunya di dalam keluasan ruang yang terhad, risiko wabak merebak akan meningkat secara automatik.
Sumber Gambar : Harian Metro
Menerusi klip bertarikh 26 Julai itu, Nurul Izzah berkata kes COVID-19 akan menjadi lebih teruk jika kemungkinan banjir pada musim tengkujuh tidak diambil kira dalam rancangan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Di (Malaysia) akan tiba musim tengkujuh. Kalau dalam Pelan Pemuliha Negara) tidak ada dicerminkan apa akan berlaku bila sampai banjir di pelbagai kawasan, (beliau menjelaskan akibat daripada statistik bencana banjir dari November 2020 hingga Januari 2021 yang mengakibatkan penduduk dipindahkan, korban nyawa, rakyat kehilangan tempat tinggal dan amaran pengangkutan darat terhenti).
“Strategi mitigasi banjir amat penting. Saya hanya mahu kita ambil kira kerana ini akan terjadi. Kita tidak boleh biarkan wujudnya kluster baharu apabila kita hadapi krisis banjir.”
“Di Pulau Pinang, kami telah mengadakan kerjasama di antara kerajaan negeri, NAHRIM, JPS (dan) Pejabat Daerah untuk menyediakan pelan rapi menjelang banjir nanti. Jadi, kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir di kala pandemik. Kesiap-siagaan ini saya minta sangat-sangat. Pelan pemulihan (perlu) diambil kira secara serius,” tegasnya.
Klip tersebut kembali tular terutamanya di laman Twitter kerana rakyat kini mempersoalkan tindak balas perlahan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam soal menangani situasi banjir serta tindakan mereka setelah bencana melanda. Malah, ada dalam kalangan warganet yang menggelar Nurul Izzah sebagai ‘Mak Nujum’ kerana telahannya tepat!
Berikutan bencana banjir yang telah berlarutan lebih dari empat hari sekarang, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 181 kes positif telah direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara setelah saringan dilakukan. 117 kes direkodkan di Selangor, 52 di Pahang, enam di Kelantan dan empat kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Apabila difikirkan semula, memang patut pun untuk rakyat kecewa. Saban tahun, kita sudah boleh menjangkakan bencana banjir akan berlaku sewaktu musim tengkujuh. Hanya perihal negeri mana yang akan terkesan sahaja yang berbeza.
Sampai bila kita perlu berdepan kerosakan harta benda yang banyak dan kehilangan nyawa setiap kali tibanya musim tengkujuh? Tidak semua isu perlu dipolitikkan, apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ikutkan majlis pernikahan mereka berlandsung Jumaat ini selepas Asar. Semua persiapan sudah kami sediakan termasuklah hantaran untuk pihak lelaki tetapi Allah lebih menyayanginya.”
Demikian kata Mohd Radzi bin Bedah, 51 iaitu bapa kepada Nurul Najihah – tunang arwah Muhammad Adib.
Selepas berlakunya tragedi ini, pihak mereka sudah membatalkan semua tempahan makanan termasuk tetamu yang dijemput. Sebaliknya, ia akan diganti dengan kenduri arwah untuk tunang anaknya itu,” katanya ketika dihubungi majalah REMAJA.
Suasana sekitar padang sekolah SMK Tebangau, Kuala Kedah sementara menantikan ketibaan jenazah Muhammad AdibJenazah Adib dijangka dikebumikan selepas Zohor ini. Terkini jenazahnya sudah selamat sampai di kampung halamannya.Orang ramai memberikan penghormatan buat wira negara ini.Suasana terkini di perkarangan rumah kekuarga arwah Adib di Kuala Kedah.
Selain menjelaskan yang mereka sekeluarga sedih dengan tragedi yang menimpa bakal menantunya itu, Mohd Radzi turut berkata, semua perancangan majlis kahwin sudahpub siap termasuk khemah, menjemput tetamu seramai 500 orang dan persediaan persandingan pada hari Sabtu ini di Taman Damai, Mentaloon.
Majlis sebelah lelaki pula dijadualkan pada keesokan harinya, iaitu pada 23 Disember 2018.
Tular di media sosial majlis kedua mempelai ini namun Allah lebih menyayanginya
“Kami redha atas ujian ini. Arwah seorang yang sangat baik. Mereka sudah berkenalan sejak 4 tahun lalu dan anak saya selalu bercerita mengenainya,” katanya yang kini berada di Kampung Tebengau, Kuala Kedah bagi menantikan jenazah Muhammad Adib.
Pasangan ini sudah menjalin hubungan sejak empat tahun lalu dan sepatutnya bernikah pada Jumaat 21 hb iniKes pukul Muhammad Adib kini di klasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukakn hukuman mati bagi pelakunya
Dalam pada itu, selepas mendapat tahu berita yang menimpa Muhammad Adib dalam kejadian 26 November lalu, anaknya Nurul Najjhah yang bekerja di Shah Alam selalu memberi laporan terkini mengenai keadaan tunangnya.
“Dia maklumkan semuanya termasuk ketika Adib sudah mula sedar dan sebagainya. Cuma dalam keadaan kritikal itu anak tak lagi berbicara. Mungkin dia terlalu sedih melihat keadaan tunangnya,” katanya tidak menafikan bahawa kecaman dari netizen di saat anaknya selalu berdoa agar Adib diberi kesembuhan membuatkan anaknya itu menyekat komen-komen negetif selepas tidak tahan dengan kecaman.
Mohd Radzi juga berkata, bakal menantunya itu sempat membeli sebuah kereta MyVi baharu sebagai persiapan perkahwinan namun dia sekeluarga redha menerima berita yang amat mengejutkan ini.
Malam tadi sekitar jam 9.41 malam, ekoran kesihatan yang semakin merosot, Muhammad Adib disahkan meninggal dunia Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.
Tregedi menimpanya benar-benar memberikan kesan malah kes melibatkan empat lelaki berbangsa India yang menghadapi pertuduhan mencederakannya sudah ditukar kepada pertuduhan bunuh di bawah Seksyen Kanun Keseksaan 302 yang memperuntukan mereka hukuman mati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...