Struktur bangunan sudah bertaraf kelas pertama tapi mentaliti minoriti masyarakat kita nampaknya masih bertaraf kelas ketiga.
Suatu ketika dahulu, masyarakat Malaysia cukup berbangga dengan menara berkembar Petronas aka Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Ketinggian KLCC bagaimanapun dipintas oleh beberapa menara baharu yang dibina selepas tahun 2000 seperti Burj Khalifa di Dubai dan Taipei 101 di Taiwan.
Kekaguman orang luar untuk melihat bangunan ikonik itu meletakkan Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan popular di peringkat antarabangsa.
Terkini, Malaysia mula menjadi sebutan dengan kehadiran struktur Menara Merdeka 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada ketinggian 678.9 meter, ia sekaligus merupakan bangunan kedua tertinggi dunia buat masa ini selepas Burj Khalifa, Dubai.
Difahamkan, Menara Merdeka 118 kini sudahpun 85 peratus siap. Pemasangan lantai menara telah mencapai tingkat 118 manakala pemasangan panel kaca telah disiapkan hingga tingkat 114.
Gambaran artisGambaran sebenar Merdeka 118 setinggi 118 tingkat. Sumber Foto : The Star
Namun, perkhabaran yang baru diterima menerusi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Safwan Seth ini amat mendukacitakan.
Belum sampai dua minggu menara Merdeka 118 yang dibina dengan kos RM5 bilion ini dipasang, bahagian puncaknya sudahpun dicemari contengan tulisan yang mungkin dicat atau disembur pada bahagian strukturnya.
Antara nama yang jelas kelihatan adalah seperti ‘Raja’, ‘Syafiq’, ‘Johan’, ‘Kamal Survey’ dan bermacam-macam lagi.
Di mata dunia, Merdeka 118 gah dengan ketinggiannya. Malangnya, ia tidak terlepas daripada menjadi ‘mangsa’ vandalisme lantas membuatkan warganet Malaysia meluahkan geram di media sosial. Entah tangan siapalah yang ‘gatal’ menconteng mercu tanda terbaru di Kuala Lumpur ini.
Untuk pengetahuan, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB iaitu Ahmad Zulqarnain Onn pernah berkongsi fakta menarik mengenai puncak menara Merdeka 118. Ia berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan iaitu bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga.
Rekaannya pula amat menarik. Keseluruhan menara ini menggambarkan siluet Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman sewaktu Allahyarham mengangkat tangannya dan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957. Bahagian puncak menara atau ‘spire’ yang menjadi mangsa vandalisme ini melambangkan tangan beliau.
Nama Merdeka 118 diambil daripada mercu tanda sejarah negara iaitu Stadium Merdeka kerana lokasinya yang terletak di hadapan kedua-dua mercu tanda itu. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat menara.
Diharap selepas Menara Merdeka 118 disiapkan sepenuhnya, kesan-kesan contengan itu dapatlah dihapuskan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat sidang media khas berkaitan Covid-19.
KERAJAAN membenarkan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mengeluarkan RM500 sebulan bermula bulan April ini bagi meringankan beban rakyat berikutan wabak Covid-19.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, menerusi kemudahan tersebut semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing untuk tempoh selama 12 bulan.
Menurutnya, kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion. Inisiatif tersebut dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP.
“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.
“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini.
“Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” kata Muhyiddin.
Moga inisiatif kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Tapi jangan pula korang ramai-ramai beratur dekat pejabat KWSP pula kang jadi kes lain pula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesudah memasuki enam hari dalam keadaan koma di Hospital Putrajaya, penyanyi Alessandra Dianne Ampuria atau lebih dikenali sebagai Sandra Dianne telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 September 2020.
Sandra, 25 merupakan salah seorang peserta program Big Stage 2020 yang sedang berlangsung di saluran Astro Ria HD.
Pada hari raptai konsert keempat minggu lalu, Sandra dan sepupunya terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke lokasi di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Impak daripada kemalangan tersebut, Sandra dilaporkan tidak sedarkan diri setelah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
REMAJA masih menunggu kenyataan rasmi daripada pihak penganjur dan pengurus saluran Astro Ria, Puan Emarina Kamal.
Kami ucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarhamah Sandra Dianne. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pemilik jenama kecantikan popular, Athirah Kamaruzzaman atau Tyra berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam 19 Januari 2025.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Tyra menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Tyra kelihatan tersenyum bahagia setelah selesai melahirkan bayi perempuan mereka.
Kami telah menyambut kehadiran malaikat kecil kami yang penuh keberkatan, Tyara binti Emran pada pagi 19 Januari 2025
Tyra dan Emran meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat yang dikurniakan Allah SWT dalam hidup mereka.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang rata-ratanya menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.