Legenda perfileman Hollywood, Robert Redford yang terkenal di depan dan belakang kamera dengan kerjaya merentasi enam dekad, meninggal dunia awal pagi Selasa di kediamannya di Utah pada usia 89 tahun. Berita ini disahkan jurucakapnya, sekaligus menutup tirai kehidupan seorang ikon yang meninggalkan pengaruh besar dalam dunia seni dan aktivisme.
Menurut kenyataan Ketua Eksekutif firma publisiti Rogers & Cowan PMK, Cindi Berger, Redford menghembuskan nafas terakhir ketika tidur di rumahnya di Sundance, Utah—tempat yang amat dicintainya—dikelilingi insan tersayang. Punca kematiannya tidak dinyatakan.
Ads
Robert Redford, yang dilahirkan sebagai Charles Robert Redford Jr pada 18 Ogos 1936 di Santa Monica, California, mula mencipta nama dalam filem klasik Barat Butch Cassidy and the Sundance Kid (1969) bersama Paul Newman. Penampilannya yang karismatik menjadikan beliau antara pelakon lelaki paling ikonik era tersebut.
Selepas lebih dua dekad memukau layar perak, Redford beralih ke dunia pengarahan dan berjaya memenangi Oscar. Beliau kemudian menubuhkan Festival Filem Sundance, yang kini menjadi platform terbesar dunia bagi mengangkat bakat pengarah filem bebas. Nama “Sundance” sendiri diambil daripada wataknya dalam filem klasik, sekaligus menunjukkan betapa besar cinta Redford terhadap seni dan industri ini.
Ads
Selain dunia perfileman, Redford juga dikenali sebagai aktivis alam sekitar. Beliau memperjuangkan pemeliharaan landskap semula jadi di Utah, tempat beliau menetap hingga ke akhir hayat. Semangat cintakan bumi ini menjadikan beliau bukan sahaja seorang pelakon hebat, tetapi juga individu yang peduli terhadap masa depan generasi akan datang.
Dalam kehidupan peribadi, Redford pernah berkahwin dengan Lola Van Wagenen dan dikurniakan empat anak, namun seorang meninggal dunia ketika bayi. Pada 2009, beliau mengahwini artis Jerman, Sibylle Szaggars, yang kekal di sisinya hingga akhir hayat.
Pemergian Robert Redford adalah kehilangan besar buat dunia hiburan. Namun, legasinya—daripada filem ikonik, Festival Sundance hingga perjuangan alam sekitar—akan terus menjadi inspirasi. Bagi generasi muda hari ini, kisah hidup Redford membuktikan bahawa kejayaan sejati bukan hanya tentang glamor, tetapi tentang bagaimana kita meninggalkan kesan baik untuk dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malam ini Anugerah Bintang Popular 2020 berlangsung sederhana dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton secara fizikal.
Acara yang diterajui oleh Dato’ AC Mizal dan Nabila Huda itu diserikan dengan persembahan artis-artis boleh ditonton secara terus di TV3 ataupun secara digital di YouTube TV3.
Satu momen yang menarik perhatian apabila kategori pengacara TV paling popular diumumkan. Anugerah itu disampaikan oleh penyanyi muda Wanita Hasrita menyaksikan persaingan yang cukup sengit.
Apabila nama Sherry diumumkan, kelihatan Nabila Huda cukup bangga dan gembira dengan kejayaan temannya itu dan berkali-kali dia menyatakan betapa Sherry berkerja keras untuk mencapai impiannya ke tahap hari ini.
Dalam pada itu Dato’ AC Mizal juga berkongsi, “Tahu tak dulu sebelum Sherry Alhadad menjadi artis dia menjaga baju saya sewaktu saya berlakon berlakon cerita Puteri Gunung Ledang.”
Sherry Alhadad nyata menjadi satu contoh bahawa impian seharusnya dikejar dan jangan pernah berputus asa. Dalam ucapannya Ketika menerima trofi dia berkongsi satu kata-kata keramat yang patut kita pegang, “Hanya satu saya nak cakap, just be yourself! Bammm!”
Kemudiannya, Sherry diumumkan pula sebagai Artis Komedi Paling Popular dan anugerah tersebut disampaikan oleh aktor kacak, Zul Ariffin. Tahniah Sherry!
***P/S- Kejar impian anda tanpa pedulikan kata-kata orang lain. Kejayaan yang diperolehi pada hujungnya amat manis untuk dinikmati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, imej berikut yang tular semalam di kalangan netizen memang menyedihkan ramai pihak.
Bertempat di Csr Merapoh – Gua Musang, situasi orang ramai yang sedang pulang beraya ke Kelantan menjadikan laluan tepi jalan raya sebagai lokasi terbaik untuk bersahur sebelum meneruskan perjalanan.
Namun yang tak best-nya, sebaik kereta-kereta beransur gerak, nampaknya sampah yang dibawa mereka dibiarkan saja di tepi jalan oleh para pengguna.
Heh, macam susah sangat ke nak kutip sampah dalam plastik dan simpan sehingga tiba di destinasi masing-masing?
Nampaknya para netizen juga tak dapat nak brain mengenai cara masyarakat kita yang masih suka mengambil jalan mudah.
Sebenarnya, isu ini bukanlah isu baru. Sekitar bulan Mac tahun ini, rakan media di Utusan Malaysia pernah melaporkan situasi tepi jalan yang dipenuhi taburan sampah-sarap di Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir.
Dipercayai ia angkara perbuatan segelintir penduduk yang membuang sejak setahun lalu. Menariknya, ada di kalangan penduduk yang mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan tong sampah dengan cukup.
Haih, kalau tak cukup tong sampah terus kena buang merata-rata ke sis?
Alasan seperti ini menyakinkan REMAJA bahawa mentaliti masyarakat kita masih berada di kelas ketiga. Tak kiralah jika kita merupakan penduduk Kelantan ataupun orang luar yang pulang beraya ke Kelantan, bukankah kita sudah diajar dengan pengetahuan sivik untuk menjaga kebersihan?
Janganlah hanya pembangunan di sana semakin berkembang tapi perangai masih di takuk lama, sudahlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan bekerja sambil belajar adalah perkara yang bukan mudah kerana kita terpaksa membahagikan masa dan fokus antara pelajaran dan kerjaya.
Namun begitu, ia bukanlah satu halangan untuk penyanyi Wani Kayrie mendapat keputusan cemerlang walaupun dia sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Penyanyi berusia 22 tahun ini mengakui bahawa tidak mudah untuk belajar sambil bekerja, lebih-lebih lagi dirinya merupakan pelajar sepenuh masa di Management & Science University (MSU) dan perlu menyeimbangkan antara belajar dan kerjaya.
“Orang hanya nampak Wani post pasal kerja dan seronok jalan-jalan semua kan. Hakikatnya, inilah orang yang berjaga macam burung hantu sampai pagi, siapkan assignment dekat set, masuk online class dekat studio dan macam-macam lagi” jelasnya di laman instagram.
Wanie turut memuat naik keputusan peperiksaan semester 5 dan jelasnya walaupun subjek Finance mendapat gred C namun dia tetap berbangga keputusan subjek teras undang-undang yang diambil.
Siang kerja, pastu sambung assignments sampai pagi lepastu esok bangun pagi shooting! The struggles. But, trust the process.
Wani turut mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya mengharungi hari-hari jatuh dan berjaya bangkit tanpa ada orang tahu liku-liku dan dugaan mereka. Tambahnya lagi, apa-apa pun percaya pada diri sendiri dan jangan pernah putus asa dalam mencapai apa yang korang inginkan.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Wani Kayrie atas segala usaha dan pengorbanannya dalam menimba ilmu dan sekali gus tetap bergelar sebagai anak seni.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.