Pengikut tegar usahawan dan pempengaruh media sosial, Kak KM kini sudah terbiasa dengan cara beliau menyayangi dan memanjakan empat orang anaknya dengan hadiah-hadiah berjenama mewah dari semasa ke semasa.

Menerusi hantaran-hantaran di media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli juga sebelum ini memperlihatkan sikap pemurahnya dalam berkongsi rezeki perniagaan kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat beliau termasuklah staf-staf yang berkhidmat bersamanya.

BACA: “Anak Mama Pandai…” Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10,000 Sempena Keputusan SPM 6A – Remaja

‘Followers’ Tercengang Lihat Kak KM Hadiahkan Beg Mewah Kepada Kekasih Anak, “Terima Kasih Aunty, I Love You…”
Usahawan & pempengaruh, Liana Rosli. SUMBER: Instagram // kakkmsayang

Namun kali ini, Kak KM sekali lagi berjaya mengejutkan pengikutnya apabila bertindak menghadiahkan kekasih sebuah beg berjenama Versace kepada kekasih anak perempuannya, Nabila sempena hari kelahirannya baru-baru ini.

Remaja lelaki yang dikenali sebagai Riz itu baru-baru ini mengejutkan Nabila apabila muncul sewaktu sesi makan malam menyambut hari kelahiran Nabila biarpun hubungan mereka pernah putus di tengah jalan.

Kejutan tersebut adalah hasil perancangan Kak KM sendiri yang ingin melihat anak gadisnya tersenyum lebar pada hari istimewa berkenaan.

Ads
‘Followers’ Tercengang Lihat Kak KM Hadiahkan Beg Mewah Kepada Kekasih Anak, “Terima Kasih Aunty, I Love You…”
Nabila dan kekasihnya yang dikenali sebagai Rizz. SUMBER: Instagram // rizzniaidel

Kini, tiba pula masanya untuk Kak KM mengejutkan Riz dengan pemberian mewah berupa beg berharga ribuan Ringgit.

Menerusi satu entri yang dimuat naik oleh Riz ke laman Instagram, dia menyelitkan kapsyen berbunyi, “Thank you so much aunty for the unbelievable birthday gift. I love it soo muchhh terima kasih aunty. I love youu.

Ia kemudian dibalas Kak KM dengan respon berbunyi, “Sama-sama Rizz. Love you more anak.”

Ads

Ah! #Restu!

‘Followers’ Tercengang Lihat Kak KM Hadiahkan Beg Mewah Kepada Kekasih Anak, “Terima Kasih Aunty, I Love You…”
SUMBER: Instagram // rizzniaidel

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet melihat pemberian tersebut sebagai satu tindakan positif dan memuji sikap pemurah Kak KM yang diketahui ramai.

Ada juga yang berharap agar ‘peluang kedua’ yang diberikan oleh keluarga Kak KM kepada Riz ini akan dihargai oleh jejaka tersebut. Seloroh mereka lagi, Riz sudah dianggap amat beruntung apabila memperoleh hadiah sedemikian rupa biarpun belum bergelar menantu.

Ads

Apa pendapat korang? Adakah terlalu awal untuk seorang ibu menghadiahkan sesuatu kepada kekasih anaknya atau budaya ini dianggap sebagai sesuatu yang normal pada zaman ini dalam kalangan keluarga moden?

BACA: Anak Sulung Kak KM Berjaya Tamat Pengajian Di Universiti Malaya! – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI