Setelah anggota Big Bang, Seungri dihadapkan dengan sesi soal siasat polis bermula 22 Mac lalu, bekas majikan dan agensinya iaitu YG Entertainment telah mengambil keputusan untuk memadamkan sebanyak mungkin memori Seungri di syarikat mereka.
Lebih 13 tahun Seungri bersama Big Bang, jadi agak mustahil untuk mereka ‘melenyapkan’ sejarah yang pernah dicipta Seungri bersama grup itu.
Apa yang boleh dilakukan oleh YG sekarang hanyalah untuk tidak lagi menjual sebarang merchandise yang memaparkan imej Seungri. Keputusan itu dibuat selepas YG dikritik masih menyokong Seungri melalui barang yang dijual, walaupun penyanyi itu terpalit skandal Burning Sun dan telah meninggalkan Big Bang.
Melalui laman web kedai online rasmi YG Entertainment iaitu YG Select, korang dapat melihat perubahan yang telah mereka lakukan. Hanya tinggal beberapa merchandise saja yang mengekalkan kewujudan Seungri (lihat, baju T MADE) tetapi REMAJA rasakan itu pun bukan untuk tempoh masa lama.
Ads
Action figure.
Kalendar dengan muka blur Seungri.
Ballpen.
Poskad.
Poster Pameran A To Z
Ads
Shower curtain.
Key ring.
Masakan tidak, foto Seungri pada poster dan kalendar kebanyakannya telah di-blur-kan. Menurut sumber di YG Select, “Para pekerja laman web kami sedang dalam proses menyunting. Sila bersabar.”
Aigoo..
Ads
Buat masa ini, Seungri sedang membantu proses penyiasatan dan belum disahkan bersalah atas tuduhan penawaran khidmat pelacur dan lain-lain isu yang berkaitan kelab Burning Sun. Dia juga sedang disiasat atas penglibatan group chat selebriti lelaki Korea yang merekod serta mengedarkan video perlakuan seksual Jung Joon Young.
Haihh, itulah tak ikut lagi arahan yang dikeluarkan.
Satu kluster baru di Taman Rakyat, Kuala Terengganu wujud setelah seorang individu Sabah dari berdegil ingin menghadiri majlis perkahwinan adiknya sehingga sanggup merentas negeri tanpa kebenaran.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus kepada rakan media di BERNAMA, sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah dikesan akibat kluster tersebut; iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 orang jemputan yang menghadiri ke masjli kenduri.
Semuanya gara-gara individu yang dimaksudkan ingin ‘mengirim’ duit kenduri kepada adiknya. Semasa bertemu dengan rakan baiknya di sana, rakannya yang terjangkit telah mengadakan pula sebuah majlis akikah di kampung.
Akibatnya, seramai 5 orang ahli keluarga dan 7 tetamu akikah dijangkiti.
Inilah salah satu pengajaran yang sepatutnya kita ambil sebelum sesuka hati merentas negeri tanpa sebab munasabah.
Apabila wujud majlis berkumpul seperti ini namun SOP tidak dipatuhi, ia akan mengakibatkan masalah yang jauh lebih besar daripada yang kita sangkakan.
Sebaiknya, tangguhkanlah terlebih dahulu apa-apa majlis keraian yang tidak terdesak dilakukan pada waktu ini. Bukan korang je nak berjumpa dengan sanak saudara tau.
Bertimbang rasalah dan sematkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat dalam hati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melaka yang dahulunya sering dipenuhi pelancong tempatan dan luar negara, kini tidak lagi meriah seperti dahulu. Terbaharu, khabarnya lebih daripada 20 kedai peniaga di Jonker Walk terpaksa ‘gulung tikar’ akibat penutupan operasi sektor pelancongan.
Menurut laporan Melaka Hari Ini, kebanyakan kedai di Jalan Hang Jebat mempamerkan kain rentang dan papan iklan syarikat hartanah untuk disewakan. Malah, suasana di jalanan juga dilihat suram tanpa kehadiran pelancong.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Jonker Street, Datuk Gan Tian Loo menjelaskan bahawa situasi itu sekali gus menyebabkan kerugian berjuta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha sektor pelancongan di kawasan itu.
Sejak Januari lalu, hampir 95 peratus kedai terpaksa menutup operasi gara-gara tidak mampu menampung kos operasi dan kadar sewaan yang tinggi.
Kawasan itu ‘mati’ sehinggakan mereka memberi barang percuma pun langsung tidak ada orang kerana tempat itu adalah kawasan yang biasanya menjadi tumpuan pelancong.
Selepas tinjauan dilakukan, sekarang hanya tinggal lima peratus sahaja kedai yang kekal beroperasi daripada 100 keseluruhan kedai.
Kedai yang masih dibuka adalah kedai-kedai francais seperti Family Mart dan 7-Eleven, malah farmasi seperti Watson dan Caring juga sudah menutup operasi.
Tian Loo berkata pihaknya melakukan perjumpaan bersama Persatuan Penjaja dan Peniaga Jonker Walk dan beberapa pengusaha kedai di kawasan itu bagi membantu untuk menyelesaikan masalah dihadapi. Mereka mengadu harga sewa agak tinggi menyebabkan mereka tidak dapat menyambung perniagaan.
Sedih bila mendengarkan khabar seperti ini. Kami doakan agar peniaga-peniaga kecil yang lain terus bangkit dan dimurahkan rezeki. Begitu juga dengan individu yang terkesan seperti diberhentikan kerja atau cuti tanpa gaji, semoga korang tetap kuat menjalani ujian ini dan dipermudahkan segala urusan.
Haiwan juga makhluk Allah di muka bumi ini. Tapi sayang dimusim pandemik COVID-19 menganas di muka bumi dan mengorban ramai nyawa manusia, masih ada lagi yang sempat menganiaya haiwan yang tidak berdosa.
Sumber Gambar : Pexels
Sejak semalam viral kisah seekor gajah yang berusia 40 tahun maut disebabkan sikap tidak berperikemanusiaan penduduk perkampungan di Tamil Nadu, India.
Difahamkan, suspek membakar tayar buangan sebelum dibalingkan ke arah gajah yang berusia 40 tahun tersebut. Tayar yang sedang marak terbakar itu tersangkut pada telingga haiwan berkenaan.
Memang sedihkan kalau ada perangai manusia begini! Sanggup membunuh haiwan ini yang pastinya tiada dosa pada mereka.
Ramai yang mengecam tindakan perbuatan keji itu dan menganggap ia tindakan bodoh kerana menyeksa haiwan itu secara membakar dengan tayar. Turut mengecam tindakan ini ialah para selebriti popular Bollywood :
காடுகள் கொன்று நாடுகள் ஆக்கினோம். காட்டுயிர்களின் கதியை மறந்தோம். உயிரோடு எரிக்கும் வழக்கம் எப்படி வந்தது? பின்வாங்கிப் போகும் யானையைக் கொளுத்துவது நாட்டுமிராண்டித்தனமா? மரணத்தைச் சுமந்துபோன யானையின் ஓலம் அலைக்கழிகிறது. காலம் தலைகுனிகிறது.
Untuk info, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat penginapan persendirian itu ternyata mengundang kemarahan ramai termasuk beberapa selebriti India turut mengecam tindakan kejam tersebut.
Indiatimes melaporkan bahawa terdapat dua suspek telah ditahan pihak berkuasa.
” Allah SWT menyuruh manusia berbuat baik (ihsan) bukan sahaja kepada manusia, bahkan makhluk lain seperti maksud hadis: “Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Riwayat Muslim).”