Selepas lebih setahun menjalani kehidupan sebagai duda, pelakon popular, Farid Kamil kembali menjadi perhatian ramai apabila berkongsi hantaran romantis yang mencetuskan tanda tanya mengenai status hatinya.

Menerusi perkongsian di media sosial, aktor berusia 45 tahun itu menitipkan luahan penuh makna mengenai pertemuan, jodoh dan takdir Allah yang menemukan dua insan pada waktu tepat.

Menariknya, hantaran tersebut turut disertakan beberapa keping foto memaparkan Farid bersama seorang wanita cantik ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), Sabtu lalu.

Lebih Setahun ‘Menduda’, Farid Kamil Kongsi Foto Bersama Wanita Cantik, Titip Luahan Cinta Penuh Makna!

Luahan Cinta Sentuh Soal Pertemuan & Takdir

Menerusi kapsyen berkenaan, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menggambarkan pertemuan mereka sebagai sesuatu yang tidak dirancang, namun seolah-olah sudah tertulis dalam ketentuan takdir.

“Ada pertemuan yang tidak pernah kita rancang, namun terasa seolah-olah telah lama tertulis dalam takdir. Dua jiwa, dua perjalanan, dua cerita kehidupan akhirnya dipertemukan pada waktu yang hanya Allah mengetahui hikmahnya.

Ads

“Mungkin kita tidak bertemu untuk sekadar mengisi kekosongan hati, tetapi untuk saling mengenali, memahami dan memperbaiki diri,” tulisnya.

Harap Hubungan Diberkati Hingga Ke Syurga

Dalam perkongsian sama, Farid turut meluahkan harapan agar hubungan yang terjalin itu sentiasa mendapat keberkatan serta dipermudahkan segala urusan.

“Aku tidak menjanjikan perjalanan tanpa ujian. Namun, jika Allah mengizinkan, biarlah langkah ini bermula dengan Bismillah, disertai keikhlasan dan berakhir dengan reda-Nya.

Ads

“Kerana cinta yang paling indah bukan sekadar menemukan dua hati, tetapi membawa kedua-duanya semakin dekat kepada Ilahi. Mungkin kita dipertemukan bukan secara kebetulan, tetapi kerana ada hikmah yang sedang Allah aturkan.

“Jika benar kita ditakdirkan bersama, semoga bukan hanya di dunia, tetapi hingga ke syurga,” tulisnya.

Lebih Setahun ‘Menduda’, Farid Kamil Kongsi Foto Bersama Wanita Cantik, Titip Luahan Cinta Penuh Makna!

Ads

Netizen Tumpang Gembira, Doakan Kebahagiaan Farid

Dalam pada itu, perkongsian romantis berkenaan turut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat dan netizen.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur selain tidak putus-putus menitipkan doa agar Farid menemui kebahagiaan dalam fasa baharu kehidupannya.

Malah, penampilan wanita yang berada di sisi pelakon itu turut mencuri perhatian apabila ramai menyifatkan mereka kelihatan sepadan bersama.

Lebih Setahun ‘Menduda’, Farid Kamil Kongsi Foto Bersama Wanita Cantik, Titip Luahan Cinta Penuh Makna!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads