Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencipta satu lagi detik bermakna dalam perjalanan kepimpinan baginda apabila dimasyhurkan sebagai Canselor baharu UniKL (Universiti Kuala Lumpur), hari ini.
Pemasyhuran tersebut menyaksikan Tengku Hassanal mengambil alih tanggungjawab berkenaan daripada ayahanda baginda, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkhidmat sebagai Canselor Pertama UniKL selama lebih dua dekad, bermula tahun 2004 hingga 2025.
Pelantikan ini bukan sahaja melambangkan kesinambungan legasi kepimpinan diraja, malah membuka lembaran baharu buat UniKL dalam memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang melahirkan generasi muda berilmu dan berkemahiran.
Sambung Legasi Ayahanda Selepas 21 Tahun
Istiadat pemasyhuran Tengku Hassanal berlangsung bersempena pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-23 UniKL yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Majlis penuh bersejarah itu turut menyaksikan Sultan Pahang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan serta kepimpinan baginda sepanjang menerajui universiti berkenaan.
Lebih membanggakan, UniKL turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kategori Longest Serving Royal Chancellor of a Private Higher Education Institution.
Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghormatan terhadap tempoh perkhidmatan Sultan Pahang sebagai Canselor UniKL selama 21 tahun, satu bulan dan 21 hari, sekali gus mencatatkan rekod tersendiri dalam sejarah pendidikan tinggi negara.
Ads
Sepanjang tempoh tersebut, hubungan antara institusi diraja Pahang dengan UniKL menjadi sebahagian daripada sejarah perkembangan universiti berkenaan. Peranan Sultan Pahang sebagai Canselor Pertama turut mencerminkan kesinambungan sokongan terhadap usaha memperkasakan pendidikan tinggi negara.
Justeru, pemasyhuran Canselor baharu UniKL membawa makna yang lebih besar daripada sekadar pertukaran kepimpinan, sebaliknya menjadi simbol penerusan amanah yang telah dilaksanakan oleh ayahanda baginda selama lebih dua dekad.
Lembaran Baharu Buat UniKL Di Bawah Naungan Tengku Hassanal
Pemasyhuran Tengku Hassanal sebagai Canselor baharu UniKL turut membawa simbolik yang cukup signifikan, khususnya dalam meneruskan hubungan erat institusi pendidikan tersebut dengan institusi diraja Pahang.
Sebagai pewaris takhta Pahang, pelantikan baginda dilihat sebagai kesinambungan amanah yang telah digalas oleh ayahanda baginda selama lebih dua dekad.
Ads
Pada masa sama, peranan baharu ini turut meletakkan Tengku Hassanal dalam kedudukan penting untuk terus menaungi sebuah institusi yang memainkan peranan dalam pembangunan pendidikan teknikal, keusahawanan dan kemahiran profesional generasi muda Malaysia.
UniKL sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang memberi penekanan terhadap bidang teknikal dan profesional mempunyai peranan tersendiri dalam menyediakan peluang pendidikan kepada generasi muda.
Sehubungan itu, pelantikan Canselor baharu UniKL turut menjadi satu perkembangan penting dalam usaha meneruskan hubungan antara kepimpinan diraja dengan pembangunan modal insan negara.
Ads
Istiadat Bersejarah Turut Dihadiri Kerabat Diraja Dan Pemimpin Negara
Turut berangkat menyaksikan istiadat bersejarah itu ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pro-Canselor UniKL, selain barisan Ahli Majlis serta pengurusan MARA dan Kumpulan MARA Corp.
Kehadiran kerabat diraja dan barisan kepimpinan negara dalam istiadat tersebut turut menyerlahkan kepentingan majlis pemasyhuran berkenaan kepada UniKL serta hubungan yang telah terjalin sejak penubuhan institusi itu.
Dengan pemasyhuran ini, Tengku Hassanal kini meneruskan legasi kepimpinan ayahanda baginda dalam dunia pendidikan tinggi, sekali gus menandakan permulaan era baharu buat UniKL di bawah naungan generasi pewaris diraja Pahang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu moral dan keselamatan pelajar kembali menjadi perhatian apabila empat remaja — termasuk tiga pelajar sekolah menengah dan seorang bekas pelajar — ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran bahan lucah di media sosial.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 53 tahun selepas guru disiplin sekolah memaklumkan terdapat penularan rakaman video anaknya dalam keadaan bogel.
Butiran Kes Rogol Berkumpulan Di Baling
Menurut sumber Berita Harian, hasil siasatan awal mendapati kejadian rogol berkumpulan itu berlaku beberapa kali antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah, termasuk di dalam bilik darjah. Rakaman video yang tersebar di media sosial dipercayai dirakam oleh suspek sendiri.
Gambar Hiasan
Ketika tangkapan dilakukan pada jam 9.30 malam Ahad lalu, polis menahan empat suspek terbabit dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.
Polis Seru Ibu Bapa Lebih Peka
Polis menegaskan pihaknya memandang serius kes ini dan menyeru ibu bapa serta penjaga supaya lebih peka terhadap kegiatan dan pergerakan anak-anak, terutama dalam kalangan remaja. Pemantauan terhadap penggunaan telefon bimbit dan media sosial juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Punca & Realiti Gelap Dunia Remaja
Kejadian ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap realiti gelap yang semakin meresap ke dunia pelajar sekolah — pengaruh rakan sebaya, ketagihan media sosial, dan kurangnya didikan tentang sempadan seksualiti menjadi antara punca utama masalah sebegini.
Sekolah sepatutnya menjadi tempat mendidik akhlak dan membentuk masa depan, bukan lokasi berlakunya jenayah. Dalam era dunia digital ini, pendidikan seks dan nilai moral bukan lagi topik tabu — ia perlu diajar dengan bijak supaya remaja tahu membezakan antara kasih sayang, nafsu dan jenayah.
Didikan Moral Sebagai Benteng Keselamatan
Remaja hari ini perlu sedar bahawa setiap tindakan meninggalkan kesan besar dalam hidup sendiri dan orang lain. Jangan biarkan satu kesilapan menghancurkan masa depan yang baru bermula. Pendidikan moral dan kesedaran seksual perlu diterapkan dari awal agar mereka memahami batas dan tanggungjawab diri.
Seruan Majalah Remaja
Majalah Remaja menyeru semua pihak — ibu bapa, guru dan pelajar — untuk kembali memandang serius soal nilai dan tanggungjawab diri. Kerana remaja bukan sekadar pelapis masa depan, tetapi juga cerminan moral bangsa. Tindakan hari ini menentukan siapa kita pada masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minggu suram buat arena bola sepak tanah air apabila satu demi satu kes keganasan yang mengancam nyawa dan keselamatan para pemain bola sepak negara berlaku. Semalam, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Melalui perkongsian di aplikasi Instagram, kenderaan jenis Honda milik pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah diserang oleh dua lelaki bermotosikal di Padang Seri Gelam, Johor Bahru, jam 10.05 malam pada Selasa.
Kredit: Instagram sportsrevobysafiqrahim
Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Safiq, kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia selesai mengambil barang di Pusat Latihan JDT. Menurut laporan, salah seorang pembonceng motosikal tersebut telah mengeluarkan sebatang tukul besi dan mengetuk cermin belakang keretanya.
“Tak sangka saya pula kena attack berdekatan Pusat Latihan JDT. Zaman kami kena berjaga-jaga.😢” – Safiq rahim.
Ketukan itu telah menyebabkan dia terkejut dan terus memberhentikan kereta yang dinaikinya. Dua lelaki yang tidak dikenali itu turut menunjukkan tukul ke arah Safiq. Disebabkan takut terjadi apa-apa yang tidak diingini terjadi, Safiq memaklumkan dia mengundurkan kereta dan terus ke Balai Polis Larkin untuk membuat laporan.
Kredit: Instagram sportsrevobysafiqrahim
Kejadian tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dan pihak polis sedang mengesan suspek terlibat.
Johor Darul Ta’zim FC dalam satu kenyataan juga memaklumkan bahawa mereka telah meningkatkan lagi keselamatan semua pemain sebagai langkah berjaga-jaga.
“Insiden itu, bersama dengan serangan ke atas Akhyar Rashid dan Faisal Halim baru-baru ini, tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak. Disebabkan kes-kes terkini, JDT telah meningkatkan lagi keselamatan para pemain kami sebagai langkah berjaga-jaga”, kata Alistair Edwards, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.
Terdahulu, pemain pinjaman JDT, Akhyar Rashid telah menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badannya akibat dipukul menggunakan cota.
Manakala, pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim yang kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali di pusat membeli belah di Damansara Ahad lepas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan ngeri di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding pada awal pagi Isnin lepas, masih meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.
Kini, pemandu bas persiaran yang terlibat akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua keluarga mangsa dan pelajar yang terlibat.
Menurut laporan media tempatan, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, memaklumkan bahawa kejadian tragis itu berlaku selepas brek bas yang dipandunya tiba-tiba gagal berfungsi ketika melalui jambatan lintasan gajah di Gerik.
“Saya minta maaf kepada seluruh keluarga mangsa dan pelajar yang terbabit dalam kemalangan pagi semalam.
“Apa yang berlaku disebabkan brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Amirul lagi, ketika kejadian, dia sudah mencuba pelbagai usaha untuk mengawal kenderaan tersebut. Malangnya, sistem angin pada bas dipercayai kosong, sekaligus menyebabkan semua sistem keselamatan seperti brek tangan dan pertukaran gear tidak dapat digunakan.
“Ketika itu saya sudah cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas juga kosong menyebabkan semua tidak berfungsi termasuk brek tangan dan gear bas juga tidak boleh ditukar,” tambahnya.
Dalam usaha terdesak untuk mengelak tragedi yang lebih buruk, Amirul berkata dia sedaya upaya mengelak dari merempuh kenderaan lain di hadapannya.
“Apa yang saya buat ketika itu adalah cuba mengelak dari kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian berlaku.
“Kenderaan terakhir saya potong adalah kereta yang mempunyai dashcam dan ketika itu saya sudah sedaya upaya melakukan yang terbaik supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk,” katanya lagi.
Namun, situasi menjadi bertambah sukar apabila bas melalui kawasan selekoh, sekali gus membatasi usahanya mengawal kenderaan tersebut.
“Orang nampak saya memotong dan bawa laju sedangkan hakikat sebenar saya cuba mengelak dari melanggar kenderaan mereka namun disebabkan kejadian yang berlaku adalah kawasan selekoh, saya tidak mampu berbuat apa-apa,” ujarnya.
Kemalangan membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI itu, mengorbankan 15 nyawa, yang mana 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Imuda meluahkan rasa bangga apabila anak keduanya, Muhammad Raezal atau lebih mesra disapa Rezi, kini sudah dua tahun membina...