Blackpink merupakan antara kumpulan k-pop paling berjaya pernah dihasilkan. Ditubuhkan pada 2016, lima tahun tahun berada di dalam industri hiburan, mereka telah menjadi kumpulan wanita k-pop paling tinggi kedudukan dalam carta Billboard 100. Mereka juga merupakan kumpulan k-pop wanita pertama yang memiliki 4 single di kedudukan nombor satu carta Billboard’s World Digital Song Sales Chart.
Antara lagu yang menjadi rakaman hits mereka adalah ‘As If It’s Is Your Last’. Terjual lebih 2.5 juta di Korea Selatan, sehingga kini video klip lagu tersebut telah ditonton hampir satu bilion kali di laman YouTube. Namun sebenarnya lagu tersebut bukanlah untuk mereka. Jadi untuk siapa ya?
Rupa-rupanya demo lagu tersebut terlebih dahulu diberikan kepada kumpulan 2NE1 yang mencipta fenomena dan aktif sekitar tahun 2009-2016. Salah seorang bekas ahli kumpulan tersebut Minzy menyatakan perkara tersebut dalam satu temubual bersama stesen radio KBS Cool fm.
IKLAN
“Lagu tersebut sebenarnya diberikan kepada 2ne1 sebagai lagu demo. Kami sudah bersedia untuk proses rakaman, namun begitu ia tidak kesampaian kerana banyak lagi lagu lain yang bagus. Kalau tidak lagu tersebut bakal dimuatkan di dalam album kami yang bertajuk ‘Come Back Home’,” ujarnya.
Mungkin bukan rezeki lagu tersebut bersama 2NE1, namun setelah dirakam oleh Blackpink ternyata ia mencapai populariti hebat dan menjadi antara lagu hits kumpulan tersebut.
IKLAN
***P/S – Perkara ini bukanlah baru dalam industri muzik. Kalau korang nak tahu, lagu Umbrella yang merupakan lagu hits melonjakkan nama Rihanna sebagai bintang terkenal sebanarnya dicipta untuk Britney Spears bagi mengisi album comebacknya ‘Blackout’. Namun Britney menolak lagu tersebut.
Buat kali pertama sejak kelahiran puteri sulung Ayda Jebat dan Nabil Mahir pada 21 September lalu, pasangan selebriti itu telah berkongsi wajah bayi mereka menerusi Instagram.
Bayi seberat 2.77 kilogram semasa dilahirkan di sebuah pusat perubatan dekat Kuala Lumpur kelihatan cukup comel dengan sepasang mata berwarna seakan-akan kelabu cair. Sambil memuat naik foto tersebut, Ayda dan Nabil turut berkongsi nama yang diberikannya untuknya.
Bukan saja Ayda dan Nabil memuat naik foto Ana Nayla di akaun media sosial masing-masing, mereka juga telah mencipta akaun Instagram khas untuk Ana Nayla. Untungnya menjadi bayi popular bualan orang ramai, akaun tersebut telahpun mencecah 53.4 ribu pengikut (setakat artikel ini dikarang) biarpun usia Nayla baru mencecah seminggu.
Catat ‘Ana Nayla’, “Assalamualaikum uncle aunty. Ana Nayla sayang semua. Doakan Ana Nayla selalu ya!”
Di akaun Ayda pula, kapsyennya berbunyi, “Sepatutnya keluar harini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya.”
Sebelum ini, Ayda dan Nabil sering menggelar puteri sulung mereka ini sebagai Baby Wuff. Proses pembedahan caesarean terpaksa dilakukan setelah bayi tersebut dilahirkan seminggu lebih awal berbanding jadual sebenar.
Tentunya, platform media sosial juga akan meriah dengan muat naik pelajar mengenai keputusan yang mereka terima. Malah, ‘calon kertu’ juga pastinya akan teruja untuk mengimbas kembali kenangan mereka ketika menerima keputusan masing-masing satu masa dahulu.
Pada tahun lalu, hari pengumuman keputusan ini turut menarik perhatian ramai netizen termasuklah golongan artis.
Antaranya Nad Zainal yang berkongsikan kepada peminat mengenai zaman belajarnya dahulu. Nad Zainal tampil berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen panjang lebar menerusi akaun Instagram.
Nad menunjukkan gambarnya ketika zaman belajar dengan gaya berkaca mata bersama-sama tiga ekor kucing.
Kongsi Nad, dirinya sebelum ini merupakan gadis ‘skema’ yang hanya membaca buku dan majalah yang berunsurkan ilmiah sahaja. Malah dia juga merupakan pelajar yang tidak pernah lari daripada mendapat keputusan A bagi setiap mata pelajaran.
Semenjak berumur 16 tahun, prestasi Nad dalam bidang akademik mulai merosot sedikit dan tidak lagi memperolehi keputusan ‘flat As’ dalam SPM.
Bukan Kejar A Semata
Selepas SPM, Nad katanya mula sedar bahawa industri seni hiburan merupakan bidang yang sesuai dengannya walaupun tiada seorang di dalam keluarganya yang berdarah seni.
Oleh itu, Nad berpesan dan menyeru kepada lepasan SPM untuk mencari minat dan mengali kelebihan yang ada pada diri sendiri. Tidak semestinya tidak banyak A tidak menjadi manusia yang berjaya dan berguna kerana banyak lagi bidang serta kemahiran yang boleh anda tuntun.
Penulis setuju apa yang dikatakan oleh Nad ni, moga korang boleh mengambil nasihat yang diberikannya ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita penembakan Imam dari Palestin, Allahyarham Dr Fadi Mohammed Al Batsh Sabtu lalu agak memeranjatkan sekaligus menjadikan Malaysia tumpuan utama dunia ketika ini.
Allahyarham yang juga seorang pensyarah kanan Kejuruteraan Elektrik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL), ditembak di luar Kondominium Idaman Puteri di Setapak ketika sedang berjalan menuju ke Surau Medan Idaman untuk mengimamkan solat Subuh. Dua lelaki yang menaiki motosikal dikatakan telah menunggunya sebelum melepaskan 10 das tembakan yang mengenai mangsa.
Berita kematiannya turut dikaitkan dengan latar belakang kehidupan beliau dan reaksi daripada kumpulan pejuang Palestin menunjukkan yang Dr. Fadi ialah seorang yang penting kepada perjuangan menentang Israel.
Di sebalik terjadinya satu kematian bagaimana jika secara tiba-tiba korang ternampak perlakuan jenayah dan berlaku kematian di depan mata? Sebelum panik, ini lima tindakan yang boleh dilakukan jika perkara ini terjadi pada korang.
Jangan berada terlalu dekat dengan mayat – Jika ternampak susuk tubuh sudah tidak bergerak atau mati, tolong jangan berada terlalu dekat dengan mayat. Hubungi saja polis dan tunggu di sekitar lokasi.
Tindakan berada terlalu dekat akan meninggalkan kesan kaki atau jejak lain terutama bau tubuh individu pelakunya. Ini kerana bau-bau badan manusia atau bukti akan sukar dikesan oleh anjing penjejak kerana derianya sudah terkeliru. Begitu juga bukti lain seperti rambut, cap jari dan sebagainya yang akan menjadi samar jika kita sudah menyentuh mayat tersebut.
Dilarang memegang barang-barang milik di mati – Bila penyiasatan dilakukan oleh pihak polis, mereka akan cuba mencari seberapa banyak bukti yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah tersebut. Jadi jangan memandai memegang atau menyentuh apa saja objek yang kita temui di lokasi berlakunya jenayah terutama telefon, dompet atau objek aneh di lokasi. Tindakan memegang akan menyulitkan kerja polis.
Dilarang memindahkan barang-barang di lokasi – Kadang kala kita ada niat untuk lebih tahu, ingin membantu tetapi korang dinasihatkan untuk tidak memindahkan apa-apa saja barangan di lokasi. Biasanya pihak polis bukan saja cuba mengesan cap jari pelaku tetapi biasanya pihak polis akan mengukur dan merekodkan keadaan si mati dan dikaitkan dengan cara kematiannya.
Misalannya dari jarak berapa meter ditembak, objek digunakan, selain barang-barang lain yang digunakan sebagai “kayu pengukur” kepada punca kejadian jenayah terjadi. Jika kita cuba alihkan mayat dikhuatiri kerja polis lebih sukar kerana jarak, sudut dan cara kematian adalah hal yang perlu diberi perhatian oleh pihak polis ketika lakukan kera-kerja penyiasatan.
Jangan mengerumun lokasi jenayah – Ini biasakan di mana atas rasa sifat ingin tahu siapa mangsa, orang mana, lelaki atau perempuan, kita akan beramai-ramai mengerumuni mayat. Korang dinasihatkan untuk tidak berada terlalu dekat kerana semakin dekat korang dengan mangsa, semakin mudah bukti dihilangkan. Malah anjing penjejak juga keliru. Sebab itulah korang nampak polis rentangkan tali kuning dilarang melintas kerana polis mahu mencari bukti.
Jangan takut menjadi saksi – Mungkin bukan keluarga atau kita yang kena dan melibatkan keluarga orang lain. Jika korang menyaksikan perlakuan jenayah secara tak sengaja, rakamkan apa yang boleh, beri kerjasama pada polis dan jangan sesekali takut kerana jika kita bersikap mementingkan diri, kita sendiri tak tahu masa depan kita dan juga keluarga.
Sama-samalah kita menjadi warga yang prihatin ya. Semua peraturan ini terkecuali jika korang nampak mangsa kemalangan yang kita rasakan dirinya masih boleh dibantu. Tetapi jika sudah menjadi mayat, tolong jangan buat perkara-perkara dinyatakan di atas ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...