
Grup kesayangan YG Entertainment ini mula debut pada tahun 2016. Dan sejak dari itu, BLACKPINK yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa tidak menoleh ke belakang lagi.
Satu persatu single mereka pantas menjadi tular di laman media sosial. Malah jumlah muzik video mereka yang bertajuk ‘Ddu-du Ddu-Du’ telah mencipta rekod MV K-pop mendapat jumlah view paling banyak dalam masa sehari!
Pada bulan Jun yang lalu, BLACKPINK memperkenalkan album mini debut mereka yang bertajuk ‘Square Up’. Ia juga mendapat sambutan sangat baik di Amerika Syarikat apabila berjaya menduduki tempat ke-40 Carta Billboard 200. Ia sekaligus menjadi mereka sebagai grup wanita Korea pertama mencatat kedudukan tertinggi dalam carta tersebut.
Setiap ahlinya mempunyai personaliti, gaya dan kelebihan masing-masing. Peminat mereka yang menggelarkan diri sebagai BLINK pastinya ada pilihan’bias’ masing-masing.
Bagaimana pula dengan kamu? Siapakah ahli BLACKPINK yang paling sesuai dengan personliti kamu? Jom try kuiz istimewa dari REMAJA di bawah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Rindu Tak Pernah Padam” Genap 3 Tahun Pemergian Anakanda, Nora Ariffin Titip Rasa Rindu

Ternyata berat untuk menghadapi ujian kehilangan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. Namun apakan daya, kita harus berlapang dada dan reda akan kepergian mereka.
Semalam genap tiga tahun pemergian anakanda tercinta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin, iaitu Allahyarham Muhammd Syakir Alif Johan. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Nora mencoretkan luahan hatinya.
Dalam hantaran tersebut, turut dilihat penyanyi lagu popular Dendam Dalam Diam itu memuat naik beberapa momen terindah bersama Alif selain berkongsi foto skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak anaknya baru-baru ini, ketika menziarahi pusara.
ARTIKEL BERKAITAN: “Mama Tolong Ambil…” Nora Ariffin Sebak Terima Diploma Bagi Pihak Arwah Anak

“14 Disember 2019. Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam. Moga anakanda Alif tenang disana.
“Mama reda pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita semua. Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coretnya ringkas.
Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri rata-rata pengikut dan rakan artis yang mengucapkan salam takziah dan meniupkan kata semangat buat penyanyi tersebut.
Sebelum ini, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerima skrol diploma arwah anaknya yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Terdahulu, Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019, meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Nora Ariffin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak Lagi Panas Baran Kerana Hobi Membaca, Shiha Zikir Bertahan 12 Tahun Sebelum Diiktiraf Di AME 2021

Kemenangan mutlak selebriti versatil, Shiha Zikir hingga dinobat sebagai pemenang Top Top MeleTOP Wanita di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 semalam dianggap sebagai pulangan berharga terhadap kesabaran yang ada pada dirinya.
Shiha unggul membawa pulang empat trofi menerusi kategori Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Hantu Bonceng, Duo/Berkumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP bersama Noki K-Clique menerusi AEWO. Hasil dominasi empat trofi itu, Shiha kemudian dijemput semula ke pentas untuk menerima trofi Top Top MeleTOP Wanita.
Berbalik kepada faktor kesabaran yang Shiha rasakan sebagai pemangkin kejayaannya beberapa tahun kebelakangan ini setelah 12 tahun bertapak dalam industri seni, Shiha berkongsi dahulu dirinya merupakan seorang yang panas baran hinggalah baru-baru ini.

“Saya rasa saya mula berubah tiga tahun lepas. Saya seorang yang panas baran dahulu, terlalu panas baran. Orang yang (pernah) kerja dengan saya akan tahu. PA saya tahu (perangai Shiha sebegini) sampaikan kadangkala saya telefon pun dia tak nak jawab. Takut katanya.
“(Sebabnya) saya ini terlalu straight forward dan lantang orangnya. Saya tak malu untuk mengakuinya.
“Cuma pada tiga tahun lalu, saya terfikir sampai bila saya ingin jadi seperti itu? Saya sedar sebagai seorang selebriti, saya tak mahu orang lihat saya tahu menyanyi atau berlakon saja tapi orang lihat saya sebagai seorang yang positif,” katanya di sidang media setelah acara berakhir semalam.
Tambah Shiha, satu cara untuknya mendidik diri menjadi seorang yang lebih penyabar disebabkan hobi membaca.
“Dulu sewaktu arwah abah hidup lagi, (dinding) bilik saya tu penuh darah. Saya selalu tumbuk dinding kalau panas baran. Tapi kini perasaan itu semakin menghilang apabila saya mula ada minat membaca.
“Sampai sekarang saya sudah ‘ketagih’ menjadi ulat buku. (Minat membaca) itu yang membuka minda saya untuk melakukan perubahan pada diri sendiri. Memang saya sekarang selalu membaca kerana saya hendak sangat menjadi seorang yang lebih positif.
“Saya selalu berpesan kepada kelab peminat saya untuk tidak mengikut perangai lama saya. Jadilah positif. Katakanlah dalam mana-mana pertandingan saya tak menang, please jangan jatuhkan artis lain. Jangan komen yang bukan-bukan di media sosial orang lain kerana setiap apa yang kita buat melambangkan diri kita.
“Sebab itulah sejak tiga empat tahun ini apabila ada yang pelik melihat saya relakan saja perbuatan orang yang kurang baik terhadap saya. Saya jawab, ya kerana saya perlu belajar untuk bersabar. Apa yang saya dapat sekarang adalah kerana kesabaran itu,” ulasnya dengan nada yang sedikit sebak.
Tahniah SHIHA ZIKIR!
Betul lah kata pepatah, good things will come to those who wait.
BACA LAGI : Matching Serba Pink Dengan Keluarga Eina Azman, Vida Jadi ‘Bahan AME 2021
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Mengeluh Penat Berpuasa, Ada Negara Lain Tahan Lapar Dahaga Sehingga 21 Jam Sehari!

Alhamdullilah, kita sekarang berada di bulan Ramadan penuh barakah.
Setahun sekali menemui Ramadan, seharusnya kita tidak melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepadanya LEBIH berbanding bulan-bulan yang lain. Inilah masa untuk kita ikhlas dan rajin melakukan ibadah.
Namun, ada sesetengah remaja yang melihat kedatangan Ramadan sebagai satu bentuk kesusahan. Mengapa? Mereka merungut sebulan ini akan lapar, dahaga. Tambahan pula dengan cuaca tak menentu di Malaysia ini, lagilah tak tahan!
Haipp, korang lihat kesusahan berpuasa di Malaysia je. Ada negara lain yang lebih panas dan lebih panjang waktu berpuasa mereka berbanding kita tau!
Australia
11 Jam 46 Minit
Dari 5.18 pagi hingga 5.04 petang

Indonesia
13 Jam 20 Min
Dari 4.26 pagi hingga 5.48 petang.

Malaysia
13 Jam 52 Minit
Dari 5.33 pagi hingga 7.25 malam.

Dubai UAE
15 Jam 15 Minit
Dari 4.00 pagi hingga 7.15 malam

Mesir
16 Jam 2 Saat
Dari 2.55 pagi hingga 6.57 petang.

Afghanistan
16 Jam 24 Minit
Dari 2.44 pagi hingga 7.06 malam

Amerika Syarikat
16 Jam 36 Minit
Dari 3.57 pagi hingga 8.33 malam

Perancis
18 Jam 1 Saat
Dari 3.10 pagi hingga 9.51 malam

England
18 Jam 35 Minit
Dari 2.39 pagi hingga 9.14 malam

Rusia
19 Jam 33 Min
Dari 1.35 pagi hingga 9.08 malam

Iceland
21 Jam 51 Minit
Dari 1.56 pagi hingga 11.47 malam

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

