Kemenangan mutlak selebriti versatil, Shiha Zikir hingga dinobat sebagai pemenang Top Top MeleTOP Wanita di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 semalam dianggap sebagai pulangan berharga terhadap kesabaran yang ada pada dirinya.
Shiha unggul membawa pulang empat trofi menerusi kategori Artis Versatil MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP menerusi filem Hantu Bonceng, Duo/Berkumpulan MeleTOP dan Lagu MeleTOP bersama Noki K-Clique menerusi AEWO. Hasil dominasi empat trofi itu, Shiha kemudian dijemput semula ke pentas untuk menerima trofi Top Top MeleTOP Wanita.
Berbalik kepada faktor kesabaran yang Shiha rasakan sebagai pemangkin kejayaannya beberapa tahun kebelakangan ini setelah 12 tahun bertapak dalam industri seni, Shiha berkongsi dahulu dirinya merupakan seorang yang panas baran hinggalah baru-baru ini.
Shiha Zikir bersama pemenang trofi Top Top MeleTOP Lelaki, Khai Bahar.
“Saya rasa saya mula berubah tiga tahun lepas. Saya seorang yang panas baran dahulu, terlalu panas baran. Orang yang (pernah) kerja dengan saya akan tahu. PA saya tahu (perangai Shiha sebegini) sampaikan kadangkala saya telefon pun dia tak nak jawab. Takut katanya.
“(Sebabnya) saya ini terlalu straight forward dan lantang orangnya. Saya tak malu untuk mengakuinya.
“Cuma pada tiga tahun lalu, saya terfikir sampai bila saya ingin jadi seperti itu? Saya sedar sebagai seorang selebriti, saya tak mahu orang lihat saya tahu menyanyi atau berlakon saja tapi orang lihat saya sebagai seorang yang positif,” katanya di sidang media setelah acara berakhir semalam.
Tambah Shiha, satu cara untuknya mendidik diri menjadi seorang yang lebih penyabar disebabkan hobi membaca.
“Dulu sewaktu arwah abah hidup lagi, (dinding) bilik saya tu penuh darah. Saya selalu tumbuk dinding kalau panas baran. Tapi kini perasaan itu semakin menghilang apabila saya mula ada minat membaca.
“Sampai sekarang saya sudah ‘ketagih’ menjadi ulat buku. (Minat membaca) itu yang membuka minda saya untuk melakukan perubahan pada diri sendiri. Memang saya sekarang selalu membaca kerana saya hendak sangat menjadi seorang yang lebih positif.
Ads
“Saya selalu berpesan kepada kelab peminat saya untuk tidak mengikut perangai lama saya. Jadilah positif. Katakanlah dalam mana-mana pertandingan saya tak menang, please jangan jatuhkan artis lain. Jangan komen yang bukan-bukan di media sosial orang lain kerana setiap apa yang kita buat melambangkan diri kita.
“Sebab itulah sejak tiga empat tahun ini apabila ada yang pelik melihat saya relakan saja perbuatan orang yang kurang baik terhadap saya. Saya jawab, ya kerana saya perlu belajar untuk bersabar. Apa yang saya dapat sekarang adalah kerana kesabaran itu,” ulasnya dengan nada yang sedikit sebak.
Tahniah SHIHA ZIKIR!
Ads
Betul lah kata pepatah, good things will come to those who wait.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara pengalaman hidup yang tak boleh dilupakan adalah ketika mengambil ujian memandu bersama JPJ. Biasa sangat kita dengar tentang kisah tuan/puan JPJ yang bengis dan menakutkan, sampai boleh effect konsentrasi nak memandu.
Pernah tak korang alami situasi macam ni?
Chill guys, untuk pengetahuan korang bermula Jun ini satu sistem baru iaitu sistem ujian memandu E-Testing akan diperkenal. Sistem ini tidak memerlukan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) duduk di sebelah calon ketika ujian dijalankan yang sebelum ini.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer, manakala pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon, lapor AStro Awani.
“Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan,”
Beliau turut memberitahu bahawa bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.
Rasanya mesti korang dah dapat gambaran serba sedikit tentang sistem baru ini kan. Tak ada apa la yang nak ditakutkan. As long as you guys are prepared dan lakukan dengan betul.
So, untuk korang yang nak ambil lesen memandu tu, Remaja ucapkan semoga berjaya dan jangan lupa baca bismillah. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kelahiran tanah air yang kini menuai nama di persada antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya disatukan dengan jejaka pilihan hatinya Jean Todt, selepas 19 tahun menjalin ikatan tali pertunangan.
Terbaharu, ibu tercintanya, Datin Janet Yeoh, memaklumkan beliau tidak mengetahui mengenai majlis perkahwinan anaknya yang berlangsung Khamis lalu di Geneva, Switzerland.
Menerusi laporan Sinar Harian, Janet bagaimanapun melihat ‘kerahsian’ berkenaan dari sudut pandang positif, selain berharap pelakon filem popular Everything Everywhere All at Once itu akan mengadakan majlis resepsi di Malaysia kelak.
“Anak saya memang sentiasa menghubungi saya tetapi menerusi perbualan dua minggu lalu, dia tidak bercakap mengenai perkara itu (majlis perkahwinannya).
“Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya,” katanya dalam wawancara bersama media berbahasa Cina, baru-baru ini.
Pada masa sama, Janet juga adalah individu paling gembira dengan berita perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini dia kerap meminta mereka agar segera berumah tangga.
“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” tambahnya lagi.
Sekadar informasi, berita perkahwinan Michelle dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt, 70, diketahui ramai selepas bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa berkongsi dalam satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Perkahwinan itu menoktahkan penantian Todt selama 19 tahun untuk menjadi suami Michelle selepas mereka bertunang pada 26 Julai 2004.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anggota kumpuan BIGBANG, Taeyang bersama isterinya, Min Hyo Rin dikhabarkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut laporan eksklusif dari Hanbool llbo, Taeyang dan Min Hyo Rin dijangka bakal menyambut kelahiran anak pertama tidak lama lagi. Min Hyo Rin kini dalam trimester akhir kehamilannya dan kedua-dua selebriti popular ini dilihat berjalan di sekitar Hannam, namun tidak disyaki oleh masyarakat sekeliling akan kandungannya itu.
Berita ini disahkan sendiri oleh pihak pengurusan YG Entertainment.
Min Hyo Rin dan Taeyang melansungkan perkahwinan mereka pada 3 Februari 2018 dan kedua-duanya bertemu buat pertama kali ketika Min Hyo Rin menjadi model muzik video Taeyang, 1 AM pada tahun 2014. Aktres itu dua tahun lebih muda daripada Taeyang.
Namun begitu, umur bukan penghalang hubungan cinta mereka dan kini ia bertambah kukuh dengan kehadiran bakal cahaya mata pertama.