Alhamdullilah, kita sekarang berada di bulan Ramadan penuh barakah.
Setahun sekali menemui Ramadan, seharusnya kita tidak melepaskan peluang untuk mendekatkan diri kepadanya LEBIH berbanding bulan-bulan yang lain. Inilah masa untuk kita ikhlas dan rajin melakukan ibadah.
Namun, ada sesetengah remaja yang melihat kedatangan Ramadan sebagai satu bentuk kesusahan. Mengapa? Mereka merungut sebulan ini akan lapar, dahaga. Tambahan pula dengan cuaca tak menentu di Malaysia ini, lagilah tak tahan!
Haipp, korang lihat kesusahan berpuasa di Malaysia je. Ada negara lain yang lebih panas dan lebih panjang waktu berpuasa mereka berbanding kita tau!
Rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa tumbuhan tular di media sosial baru-baru ini, snake plant yang dikatakan boleh menghilangkan habuk jika diletakkan di rumah adalah tidak benar. Namun begitu, satu lagi kenyataan yang dibuat oleh seorang ahli Kimia ini perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Dr Fatimah Salim melahirkan kembimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah, lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliate dan setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
Disebabkan itu tanah tidak sepatutnya disimpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.
Alternatif lain
Terdapat alternatif kepada tanah jika korang ingin menanam pokok di dalam rumah dan antaranya adalah tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
Kalau nak guna air sahaja pun boleh tetapi korang harus rajin menukarnya untuk mengelakkan pembiakan nyamuk dan mengurangkan mikroorganisma bermandiri.
Malah menurut Astro Awani, Pusat Racun Negara turut memuat naik status di laman Facebook rasmi mereka bagi menasihati orang ramai terutamanya jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Public Health Malaysia juga menasihati peminat indoor plant, berhati-hati sekiranya ada kanak-kanak, haiwan peliharaan dan pesakit kronik di rumah kerana ia boleh menyebabkan beberapa perkara seperti di bawah (dalam gambar).
Kesimpulannya, dalam korang begitu ghairah nak ikut trend tanam tumbuhan di dalam rumah, pastikan sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak yang mungkin terdedah dengan bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
Pasangan dalam drama Korea memang sering membuatkan penonton ‘tergila-gila’ kerana walaupun hanya lakonan, namun chemistry yang ditunjukkan oleh para pelakon berjaya mencuri hati peminat. Tanpa pasangan yang serasi, tidak mungkin wujud drama berkualiti dan digilai para peminat.
Menyingkap kembali barisan k-drama yang ditayangkan sepanjang tahun 2020 ini, berikut kami senaraikan antara couple paling best dalam drama Korea yang pernah ditayangkan tahun ini.
Drama yang ditayangkan di saluran SBS meraih rating sebanyak 37%. Song Da Hee (Lee Cho Hee) dan Yoon Jae Seok (Lee Sang Yi) membuatkan penonton tidak jemu menonton sehingga 100 episod yang ditayangkan. Ya, ini adalah antara drama Korea yang mempunyai episod terpanjang.
Tampil dengan tema ‘keluarga adalah keluarga’, Song Da Hee dan Yoon Jae Seok berjaya membuatkan penonton tidak berganjak dari episod pertama hingga terakhir, untuk melihat mereka mencapai kebahagiaan bersama.
2. Park Joon Young & Chae Song Ah – Do You Like Brahms?
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang meminati bidang muzik. Park Joon Young (Kim Min Jae) mula bermain piano semasa berumur 6 tahun. Dia memenangi pertandingan terkemuka di negara sebelum meneruskan pertandingan di seluruh dunia.
Manakala, Chae Song Ah (Pak Eun Bin) seorang senior kolej yang mengambil bahagian dalam persembahan biola. Setelah menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan, dia memasuki universiti yang sama sekali lagi untuk pergi ke sekolah muzik selepas empat kali mencuba. Dia berumur tujuh tahun lebih tua daripada rakan sekelasnya. Walaupun berbeza umur, dia tekad untuk meneruskan impiannya.
Kedua-dua pasangan ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan berjaya membawa watak dalam drama ini dengan baik. Chemistry antara Kim Min Jae dan Park Eun Bin menyempurnakan lagi watak mereka dan membuatkan penonton terpesona serta ‘menangkap’ perhatian penonton sehingga episod terakhir.
3. Moon Young & Kang Tae – It’s Okay To Not Be Okay
Drama It’s Okay To Not Be Okay merupakan comeback buat Kim Soo Hyun selepas menamatkan latihan ketenteraannya dan tidak sangka, drama ini mendapat sambutan ramai. Moon Kang Tae seorang lelaki yang memiliki segalanya, termasuklah tubuh yang hebat, kecerdasan dan penuh rasa simpati terhadap orang lain. Dia digambarkan mempunyai karakter yang sempurna, namun mempunyai saudara lelaki yang menghidap autism.
Pasangan ini jatuh cinta ketika mereka mengatasi trauma zaman kana-kanak mereka. Tidak dinafikan, kedua-dua pelakon ini berjaya mencipta chemistry yang memberi kesan kepada penonton.
Kejadian buruk akibat paragliding menemukan Yoon Se-Ri (Soon Ye-Jin) dan Ri Jeong-Hyeok (Hyun Bin), seorang tentera yang menyelamatkannya ketika sesat mendarat di daerah Korea Utara. Drama ini juga pernah menjadi fenomena pada awal tahun lalu kerana kekacakan Captain Ri dan chemistry yang ditunjukkan bersama Yoon Se-Ri dalam drama 16 episod ini.
Disebabkan drama ini juga, sepasang pasangan di Filipina turut merakamkan foto perkahwinan mereka bertemakan Crash Landing On You.
Segala-galanya tentang drama ini adalah sangat hebat, dari segi plotnya, ketegangan jalan cerita dan paling utama, kisah percintaan yang dipaparkan. Moon Chae Won dan Lee Joon Gi sebelum ini pernah bergandingan dalam drama Criminal Minds pada 2017, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka memang pasangan yang serasi di kaca televisyen.
Daripada adengan bahagia mereka sebagai pasangan suami isteri dalam Flower of Evil, sehinggalah Ji Won menangis kerana pembohongan Hee Sung yang tidak terkawal, kedua-dua mereka berjaya menarik perhatian penonton sehingga saat akhir episod drama ini.
Menceritakan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang merupakan gumiho (rubah jantan berekor sembilan) yang menetap di sebuah bandar. Karakternya digambarkan pernah menjadi dewa gunung, tetapi kini hanya seekor gumiho yang menyamar sebagai manusia dan seorang atlet hebat yang sentiasa kehilangan tenaga kerana menggunakan kuasanya ketika melakukan tugasan.
Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) mencari Lee Yeon yang telah menyelamatkan nyawanya suatu ketika dahulu. Percintaan fantasi mereka tidak kurang epik, dengan adengan payung yang romantic menjadikan chemistry dua pelakon ini bersatu.
Pasangan muda yang berjaya menawan hati penonton pada tahun ini adalah Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop menerusi drama Dr. Romantic 2. Percintaan mereka berkembang ketika keduanya ditugaskan untuk bekerja dengan Dr. Kim (Han Suk Kyu) di Dol Dam Hospital.
Walaupun mempunyai keperibadian yang berbeza, namun penonton masih mahu menyaksikan gandingan dua pelakon ini dalam setiap episode.
Macam mana, korang setuju ke tidak? Agak-agak korang couple mana paling sweet?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan pemilik nama Sissy Imann Binti Mohammad Kamil ini sebagai pengacara di program hiburan, Hlive bermula Khamis lalu ibarat satu langkah permulaan penyanyi ini dalam bidang pengacaraan tempatan.
Peluang tersebut sedikit sebanyak hadir selepas Sissy diberikan mandat sebagai pengacara dalam beberapa program siaran langsung sebelum ini seperti di karpet merah Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020.
Biarpun memiliki pengalaman, Sissy dalam temubual bersama REMAJA mengakui dirinya masih perlu melakukan ‘home work’ terutamanya mengambil tahu tentang berita dan gosip terkini dalam industri hiburan serta gaya hidup semasa.
“Kadangkala saya ini malas nak ambil tahu mengenai perihal rakan artis lain.
Tapi setelah diserap sebagai hos tetap Hlive, saya kenalah ambil tahu tentang kerjaya dan hal peribadi rakan seindustri saya untuk segmen sebegitu..”
“Contohnya pada malam pertama saya mengacara, Khamis lalu, saya perlu melaporkan berita tentang Wani Kayrie dan Afieq Shazwan. Masing-masing pula adalah kawan saya. Saya cuba jadi profesional dan menyampaikan berita yang benar.
“Tentunya selepas ini akan lebih banyak lagi berita ‘kawan-kawan’ yang perlu saya sampaikan. Saya pasti mereka faham tugasan saya sebagai pengacara ini,” katanya yang sedang berada dalam fasa pemulihan selepas tercedera dalam insiden terjatuh kuda lebih seminggu yang lepas.
Pengambilan Sissy ke dalam keluarga Hlive ini sebenarnya sudah disahkan sejak akhir tahun lalu lagi. Namun, debut-nya ‘tertangguh’ seketika disebabkan arahan PKP.
Sepanjang tempoh tiga bulan ini, Sissy mempersia diri dari segi ilmu dan cara penyampaian adlib yang sinonim dengan program hLive.
“Sebelum ini, saya pernah melakukan pengacara secara live, jadi itu sedikit sebanyak membantu saya. Saya tidaklah terlalu kelam kabut di hadapan kamera. Malah dalam tugasan saya sebagai pengacara ‘lounge di Anugerah Juara Lagu ke-35’ pada malam ini bersama abang Muaz, ia juga adalah segmen live. Jadi ini ibarat latihan untuk saya bertambah lebih yakin.”
Sissy juga dijemput sebagai pengacara program Didik TV.
Sissy dan Shaza Bae sebagai pengacara hLive.
Sissy dan Neeta menjadi pengacara di karpet merah Big Stage.
Melihat kepada graf seni Sissy yang kebelakangan ini menjurus kepada bidang pengacaraan, dia menafikan akan meninggal bidang nyanyian begitu saja.
“Minat saya dalam nyanyian bermula sejak usia 5 tahun lagi, mana mungkin saya tinggalkannya. Peluang yang kerap hadir sebagai pengacara ini saya anggap sebagai rezeki.
“Sesungguhnya, Tuhan itu Maha Adil. Saya bukanlah seorang penyanyi yang ‘popular’ di Malaysia seperti rakan-rakan sebaya saya.
“Bila rezeki nyanyian sekarang agak perlahan sekarang, rezeki pengacaraan pula yang hadir. Tuhan temukan cabang pengacaraan dalam perjalanan seni Sissy dan bagi saya, itu adalah peluang yang tidak harus dilepaskan begitu saja,” katanya lagi.
All the best Sissy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!