Ternyata berat untuk menghadapi ujian kehilangan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. Namun apakan daya, kita harus berlapang dada dan reda akan kepergian mereka.
Semalam genap tiga tahun pemergian anakanda tercinta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin, iaitu Allahyarham Muhammd Syakir Alif Johan. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Nora mencoretkan luahan hatinya.
Dalam hantaran tersebut, turut dilihat penyanyi lagu popular Dendam Dalam Diam itu memuat naik beberapa momen terindah bersama Alif selain berkongsi foto skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak anaknya baru-baru ini, ketika menziarahi pusara.
“14 Disember 2019. Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam. Moga anakanda Alif tenang disana.
“Mama reda pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita semua. Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coretnya ringkas.
Ads
Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri rata-rata pengikut dan rakan artis yang mengucapkan salam takziah dan meniupkan kata semangat buat penyanyi tersebut.
Sebelum ini, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerima skrol diploma arwah anaknya yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Ads
Terdahulu, Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019, meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bekas anggota Dolla, Syasya Rizal akhirnya tampil bersuara mengenai keputusannya untuk keluar daripada kumpulan tersebut.
Menerusi Instagram peribadi, Syasya mengakui dia terpaksa mengambil keputusan yang paling sukar dan dirinya turut terluka.
Kredit: Instagram Syasya Rizal
Dalam masa yang sama, penyanyi yang baru meningkat naik itu juga turut meminta maaf dan tidak lupa mengucapkan terima kasih di atas sokongan peminat yang tidak pernah putus.
“Syasya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan ini, tapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri Syasya sendiri kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini”.
Selain itu, Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Binti Shahrizal berkata, dia akan terus memberi sokongan kepada Dolla walaupun sudah tidak lagi bersama.
“Dolla segalanya untuk saya dan it is something precious that I really treasure.Impian untuk Dolla melangkah ke pentas antarabangsa masih Syasya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama Dolla lagi”, tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.
Untuk pengetahuan, Dolla ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula meraih populariti sejak penampilan single pertama mereka iaitu “Dolla Make You Wanna”.
Sebelum ini, Dolla dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya melalui sesi uji bakat dan mereka bernaung di bawah Universal Music Malaysia.
Kredit: Instagram Syasya Rizal
Pada April lalu, Syasya mengumumkan dia telah menarik diri dari Dolla atas sebab peribadi.
Tidak lama kemudian, Syasya mengejutkan ramai apabila dia memuat naik foto majlis pernikahan bersama pilihan hati pada 20 April lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, ramai yang terpikat dengan foto minuman yang dimuat naik oleh netizen Malaysia.
Ini berikutan kuasa viraliti minuman Fantasy Tail Frappucino keluaran Starbucks Malaysia yang kelihatan amat comel disebabkan warnanya yang ceria.
Bukan itu saja, kelibat ekor ikan duyung yang tenggelam ke dalam bahagian atas minuman juga telah menjadi topik perbualan hangat netizen kerana ia amatlah Instagrammable.
Rasanya juga tidaklah terlalu manis kerana ia mengandungi campuran buah naga, susu segar dan whipped cream.
Bagi korang yang tidak begitu menggemari minuman jenis blended ini, jangan risau. Korang juga boleh mengambil inspirasi trend ‘ikan duyung tenggelam’ ini untuk item-item lain yang sama comelnya.
Semakin ramai geng basikal seakan menjadi trend di negara kita selepas Perintah Kawalan Pergerakan diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan.
Baik pada hari biasa mahu pun hujung minggu, ramai je berbasikal secara berkumpulan mahupun berseorangan menuju ke beberapa destinasi pilihan.
Berbasikal ni memang baik untuk kesihatan dan juga lebih mesra alam selain menyambung silaturahim. Namun sikap sesetangah penunggang basikal yang tidak acuh tentang keselamatan jalan raya mungkin penyebab timbulnya isu mencadangkan agar perkenalkan nombor plat dan lesen buat kelompok ini.
Baru-baru ini, Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim berkata pihak mereka sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan ianya sudah menjadi trend dan minat bagi kebanyakkan masyarakat Malaysia.
Mendapat reaksi yang pelbagai, ada bersetuju dan ramai yag mengecam hal ini kerana merasakan ianya sebagai sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berasas.
Untuk pengetahuan korang, nombor plat pendaftaran ke atas basikal pernah diperkenalkan semasa zaman penjajahan British menjelang tempoh Perang Dunia Pertama namun dimansuhkan dan dikenakan hanya buat kenderaan berenjin sahaja.
Terbaru, Raja pecut Asia terpanggil memberikan pandangan peribadinya di laman facebook miliknya.
Menurut Azizulhasni, pengenalan lesen dan plat kenderaan ini hanya akan mengurangkan pengguna basikal. Melalui aktiviti berbasikal, ada beberapa isu boleh diatasi antaranya daripada aspek kesesakan lalu lintas dan kesihatan.
Mengakui agak susah untuk Malaysia membina laluan khas basikal seperti negara-negara maju lain, ini antara cadangan beliau:
1- Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya.
2- Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bile tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.
3- Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain. Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala macam tour de langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000km tu akan dapat certificate.
4- Ada banyak lagi nak tulis tapi fokus yang tiga tu dulu la kot, korang ada nak tambah pape boleh cadangkan di ruangan komen.
Let’s say kita pilih jalan terakhir iaitu aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan mempunyai hak yang sama di atas jalan raya. Maka perlu di bina infrastruktur khas kepada penunggang basikal ini seperti laluan khas basikal serta tempat parking basikal di kebanyakkan tempat. Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah. Seperti negara Holland/Belanda, basikal merupakan antara pengangkutan harian untuk ke tempat kerja, disana ada laluan khas dan tempat parking basikal khas di merata-rata. Di Melbourne,Australia pula mempunyai bike paths/trails yang khas. Anda boleh google Melbourne Bike Grid Map dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ianya bersambung antara satu sama lain dan sangat efektif untuk digunakan. Malah ramai yang memilih untuk berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ianya juga menjadi produk pelancongan dimana kita boleh berkayuh sambil menikmati sejarah serta keindahan kota Melbourne.
Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat ini tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunapakai. Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960an. Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011. Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plate ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu. Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif. Antara beberapa faktor utama ianya ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu dan keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat.
.
Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal. Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sehat walafiat, kalau di tackle dengan betul mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan), basikal ni pun negara maju lain considered as clean, quiet and green. Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi dari sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.
Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk mendapatkan lesen ini, mane boleh bagi lesen suke-suke hati je kan. Jadi perlu di fikirkan pula untuk ada satu sistem seperti pengguna kenderaan yang lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen mereka. Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pulakkan. Banyak yang saya nak huraikan tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini sahaja dulu buat masa ini. Kesimpulannya bagi saya adalah jika nak bina bike lane atau laluan khas seperti negara-negara maju lain itu mungkin agak complicated sedikit infact kita sudah cuba dulu dan gagal. Nak bina sebuah infrastruktur khas ini adalah a different level of funding dan memerlukan dana yang besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang-ekonomi kurang stabil) oleh sebab itu bagi saya mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dahulu point saya 1 dan 2 dahulu (kalau boleh 3 lagi bagus) atau mungkin ada banyak lagi idea-idea bernas dari rakyat Malaysia yang lain sebelum idea lesen dan plat diguna pakai. Atau mungkin juga sudah sampai masanya untuk diberikan pengiktirafan undang-undang (Recognition of Law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna-pengguna jalan raya yang lain?
.
Menurut Azizulhasni, jalan terakhir adalah aplikasi lesen dan nombor plat dilaksanakan, maka infrastruktur khas untuk penunggang basikal perlu ada kerana mereka mempunyai hak yang sama di atas jalan raya.
Emm…penulis setuju juga dengan pendapat Azizulhasni ni, korang setuju ke tidak?
Stadium Tertutup Miri ‘menyala’ dengan kehadiran lebih 2,500 orang ramai yang membanjiri ruangan tempat duduk bagi memeriahkan Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung pada 17...