
Penyanyi versatil, Aisha Retno mengakui pernah berada di titik terendah selepas berhadapan dengan kontroversi pembatalan konsert serta pertelingkahan dengan Yuka Kharisma dan Kharisma Music International.
Berkata kepada Remaja, dia sempat menitiskan air mata lima minit sebelum membuat persembahan di acara TikTok Shop 11.11 Mega Live Showdown yang disiarkan di TV3 baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Batal Konsert: Aisha Retno Harap Dapat Selesai Secara Baik & Tertutup Dengan Penganjur, Mahu Fokus Karier Nyanyian

“Baru-baru ini di acara TikTok Shop, itu memang detik di mana saya benar-benar ‘down’. Memang lima minit sebelum saya melangkah naik ke pentas, saya menitiskan air mata,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Konsert Kaleidoscope 2.0 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Tambah pelantun lagu popular Samudera itu, kejadian berkenaan sangat sukar baginya kerana ia lebih menyakitkan daripada pengalaman putus cinta.
Aisha bagaimanapun menzahirkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada pasukannya yang membantu dia bangkit semula secara mental dan fizikal.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Pembatalan Konsert, Penganjur Tuntut Aisha Retno Bayar Semula Baki Pinjaman Berjumlah RM77,000!

“Selalunya, sedih atau berada di titik terendah pun, saya tak pernah begitu. Ini lebih sakit daripada putus cinta. Jadi, saya terganggu sedikit.
“Tapi, saya bersyukur kerana ada pasukan saya untuk tolong saya bangkit semula mental dan fizikal. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” ujarnya lagi.
Menyentuh mengenai keadaan emosinya selepas kontroversi tersebut, Aisha berkongsi bahawa dia pernah berkurung di dalam rumah kerana tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan situasi yang berlaku.
“Selepas kejadian itu, saya ada juga berkurung di rumah. Saya tak tahu nak buat apa. Rakan-rakan tanya apa berlaku sebab berita itu di mana-mana. Saya tak dapat nak jawab. Kalau nak jelaskan satu persatu ia agak panjang,” katanya.

“Disebabkan saya masih ada beberapa kerja dan waktu berjalan, setiap hari Allah berikan rezeki untuk kerja. Saya bersyukur ia sedikit sebanyak ‘melarikan’ pemikiran saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aisha turut berkongsi mengenai Konsert Kaleidoscope 2.0 yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Januari depan di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Perkara Tentang As’ad Motawh Yang Mungkin Korang Tidak Tahu

Episod terjatuh semasa sebuah acara fesyen, dikecam netizen kerana suara tidak sampai dan macam-macam perkara lagi sama sekali tidak akan melemahkan semangat remaja bernama As’ad Motawh ini.
Malah semua pengalaman yang dikutip oleh penyanyi (dan kini juga bergelar pelakon!) menjadikannya lebih bersemangat, matang dan kuat dari dalaman.
Pada usia yang cukup muda, As’ad melakukan sesuatu yang dianggap cukup sukar satu ketika dahulu.
Menembusi pasaran Indonesia.
Bukan calang-calang selebriti berjaya berbuat sedemikian. Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Search, Sheila Majid dan Bront Palarae.

“Bagi saya, semua itu mengajar saya untuk belajar dengan cepat. One moment you’re down, but you always need to pick yourself up dengan cepat.
“Saya terlalu muda, namun itu bukan alasan not to go after my dreams. Untuk menjadi penyanyi yang lebih baik, banyak perkara yang perlu saya belajar. Bukan saja dari segi teknik nyanyian, malah perlu belajar untuk sentiasa rendah diri dan tahu menerima kritikan membina,” kongsi As’ad
Walaupun sering berkongsi posting baru di Instagram, namun masih ada perkara yang kekal rahsia mengenai As’ad. Antara…
* * * * *
01
Siapa sangka remaja berusia 17 tahun ini pandai ber-beatbox.
* * * * *
02
Pelakon kegemaran As’ad katanya ialah Daiyan Trisha. Eh, suka sebab Buskers eh? Hehe. Kata As’ad, bukan saja Daiyan cantik tetapi juga kerana dia berbakat dan pandai membawa diri.
* * * * *
03
Selain daripada gitar, As’ad juga mahir untuk bermain dram dan piano.
* * * * *
04
Nampak je kurus meninggi tetapi As’ad pun aktif bersukan tahu tak. Antara acara yang pernah disertainya adalah sukan olahraga 100 meter dan As’ad juga pernag bertindak sebagai penjaga gol. Wow, siapa kata orang kurus tak boleh jaga gol?
* * * * *
05
Ramai yang berkata wajah As’ad ini sesuai dengan imej skaters. Jawapannya,
Tepat sekali!
Dia sering menemani adiknya, Ashraf Motawh untuk aktiviti skating di jalanan.
* * * * *
Bagi korang yang meminati As’ad seperti kami semua, jangan lupa dapatkan Majalah Remaja Isu April-Jun 2018 okay!
Jom support As’ad Motawh.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hairul Azreen Naik 5 Kilogram Kerana Filem Pasal Kau!

Jika sebelum ini penonton melihat kelincahan lakonan Hairul Azreen dalam filem aksi Paskal, kini Hairul tampil berbeza menerusi watak Aiman menerusi filem romantik komedi, Pasal Kau.
Bergandingan bersama Janna Nick, filem yang berdurasi 1 jam 40 minit ini bakal ditayangkan secara eksklusif di saluran Netflix bermula 1 Oktober ini. Pasal Kau mengisahkan tentang Aiman yang bekerja di sebuah hotel dan jatuh cinta kepada pengunjung disitu. Namun begitu, berlaku satu perkara yang tidak disangka dan kemudiannya dia telah jatuh cinta dengan rakan sekerjanya.

Apa yang lebih menariknya dalam filem Pasal Kau adalah Hairul membawa watak yang berbeza tidak seperti sebelum ini.
“Mungkin pada mereka yang baru mengenali saya, mereka sudah terbiasa melihat lakonan aksi saya dalam filem Paskal dan Wira. Apa yang seronoknya dalam filem ini saya disuruh untuk menambah berat badan kerana perlu membawa watak seorang lelaki yang gempal,”
“Sebaik sahaja Adrian memberi kata putus bahawa dia kan meneruskan penggambaran filem ini, saya sudah mula makan banyak dan tidak lagi ke gym atau pun bersukan. Saya naik berat badan tak banyak, lebih kurang 5 kilogram sahaja. Itu pun kerana tempoh masa yang diberikan agak singkat. Jadi saya juga diberikan kostum supaya kelihatan agak besar sedikit,” jelas Hairul Azreen.

Jika sebelum ini Hairul lebih dilihat membawa watak aksi, namun baginya filem Pasal Kau ini adalah sesuatu yang menarik kerana dia berpeluang untuk mencuba watak yang lain daripada kebiasaan.
“Kalau ditanya sudah tentu watak aksi lebih mencabar kerana saya perlu banyak buat kerja, dan genre rom-com lebih relaks sedikit. Namun yang memberikan cabaran adalah saya perlu melakonkan watak berbadan gempal. Mungkin 5 kilo tu dilihat tidaklah naik banyak mana pun, tapi itu sahaja yang termampu saya buat dalam jangka masa singkat yang diberikan. Itu pun saya sudah tercungap-cungap kerana tidak lagi melakukan aktiviti lasak,” tambah Hairul lagi.
Bagi Janna Nick pula, sebelum ini dia telah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Wira namun disebabkan jadual yang padat, Janna terpaksa menolak tawaran Adrian Teh selaku pengarah filem Pasal Kau.
“Saya menerima tawaran ini kerana tidak mahu lagi menghampakan Adrian. Bukan itu sahaja, saya juga yakin dengan hasil kerja Adrian sebab kita dah tahu profile dan saya tahu ramai lagi selebriti yang ingin bekerja dengannya jadi ini adalah peluang yang tidak boleh dipersiakan,” jelas Janna.
Selain Hairul dan Janna, Pasal Kau juga turut dibintangi oleh Amirul Affendi, Namron, Henly Hii, Josiah Hogan dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya Wany Hasrita Buka Mulut, Hamil 6 Bulan

Menurut pelantun lagu ‘Menahan Rindu’ ini, dia dan suami tercinta, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31 menzahirkan rasa teruja bagi menyambut putera sulungnya itu.
ARTIKEL BERKAITAN : “Nampak Macam Ada Baby Bump” Netizen Dakwa Wany Hasrita Kini ‘Berbadan Dua’?

Memetik laporan Berita Harian, Wany, 30, masih belum memutuskan sama ada akan bersalin serta berpantang di Kuala Lumpur atau Kuching, Sarawak, di mana suaminya bertugas.
Emosi Berjauhan Dengan Suami
Wany turut mengakui bahawa sepanjang hamil, adakala dirinya sedikit emosional tatkala perlu berjauhan dengan suami.
“Benar, saya hamil. Alhamdulillah, sepanjang mengandung, saya tidak mengalami alahan teruk.

” Disebabkan saya dan suami berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional apabila terpaksa menjalani pemeriksaan sendirian dengan ditemani ibu. Setakat ini, di mana saya akan bersalin dan berpantang masih belum diputuskan.” ujar Wany
Sebelum ini, tular satu video memaparkan Wany sedang memegang pinggang dan mengusap perutnya semasa menjalani sesi raptai bagi sebuah majlis pelancaran jenama fesyen tudung untuk koleksi Aidilfitri. Tindakan Wany itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang menyangka penyanyi berkenaan sudah hamil.
Tahniah buat Wany Hasrita & suami!
Sumber: Berita Harian, TikTok
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY #PUMARAYA #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja
@remaja.my Siapa kata koleksi PUMA Raya Memori Aidilfitri ada satu warna je? Pilih sahaja antara warna klasik hitam, putih, earth tone ataupun biru menyala. Senang nak suai padan gaya korang untuk Syawal tahun ini bersama sneakers PUMA Roma Classic Gum yang selesa and versatil ini. #PUMAMY #PUMARAYA #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

