Jauh di sudut hati Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios iaitu Datuk Khairul Anwar Salleh, mereka seboleh mungkin tidak mhu menundakan acara Anugerah Juara Lagu 35 semasa sidang media diadakan Ahad lalu.
Namun, setiap perancangan itu pastinya ada risiko lebiih-lebih lagi apabila diadakan pada musim pandemik COVID-19 ini.
Setelah Perdana Menteri mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan negeri-negeri di Lembah Klang semalam, TV3 sebulat suara mengumumkan akan menunda AJL35 yang sepatutnya dilangsungkan pada 7 Februari ini ke tarikh yang akan ditetapkan.
Ini berikutan kekangan ruang bagi petugas, kru dan penyanyi sendiri untuk melakukan persediaan persembahan masing-masing, terutamanya yang melibatkan kerja-kerja pembinaan set pentas.
Demi kebaikan semua pihak juga sebenarnya. Takkan lah kita inginkan edisi AJL35 dilakukan sekadar asal boleh saja kan? Tak meriahlah.
Jadi apakah perasan para finalis sendiri terhadap keputusan tersebut?
Ads
Menurut Zizi Kirana yang akan membawakan lagu Eh!, dia akur dan reda apabila diberitahu. Sambil menganggap pasti ada hikmah di sebalik semua ini, Zizi tidak merasa sedih dan sebaliknya bersyukur mempunyai masa lebih bagi melakukan persediaan serta berlatih.
“Saya sudah siapkan 70 peratus termasuk konsep persembahan, pakaian dan aspek teknikal. Cuma kamis sedang halusi lagi idea persembahan kerana ia melibatkan ramai pihak dan kita tidak mahu melanggar SOP ditetapkan.”
Bagi kumpulan Floor88 pula yang mempertaruhkan lagu Hutang, mereka bersyukur AJL35 ditunda kerana jujurnya risau keadaan orang ramai yang akan sesak pada acara tersebut.
Ads
Turut beranggapan sudah melakukan persiapan sehingga 70 peratus, Floor88 sedang fokus aspek latihan pemuzik yang kini perlu dilakukan secara atas talian terutamanya pemuzik tradisional yang bakal dibawa oleh mereka.
Rasa yang sedikit bercampur-baur melanda penyanyi Semalam iaitu Aina Abdul.
Sekiranya finalis lain bersyukur, Aina sedikit sedih dengan perkhabaran ini memandangkan penyertaannya dalam AJL35 kali ini agak mencabar dan menduga. Kalau korang masih ingat, Aina juga merupakan salah seorang finalis di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik yang terpaksa menundakan persembahannya setelah Alif Satar disahkan positif COVID-19.
Ads
Jadi apabila sekali lagi berdepan dengan penundaan, apa perasaan Aina?
Katanya kepada rakan media di Harian Metro, “Memang saya rasa terkilan, terduduk, terdiam, sedih, bercampur baur… Saya terpaksa akur dengan ketentuan ini dan mengharapkan yang terbaik untuk tarikh baru supaya pasukan saya boleh bersedia.
“Di sebalik kesulitan yang Allah bagi, pastinya ada kebaikan. Saya ada masa lebih untuk ‘brainstorm; bersama pasukan terutama bagaimana kami mahu laksanakan idea persembahan yang dirancang.”
Yang pasti, Aina enggan mengulangi kesilapan melakukan gimik baju berdarah pada AJL34 sehingga video persembahannya tidak lagi boleh ditonton di YouTube.
“Saya tetap akan bereksperimentasi dan menyampaikan persembahan berkonsep. Tapi kali ini, saya lebih tahu tentang garis panduan.”
Jika sebelum ini restoran makanan segera, Burger King Team UK telah mengeluarkan iklan meminta pelanggannya membeli daripada pesaingnya McDonald’s, kini giliran Tourism Malaysia memperlihatkan sokongannya terhadap negara jiran, Singapura.
Tourism Malaysia telah mengeluarkan sebuah poster dengan mengajak warga Kota Singa meneroka negara pulau tersebut susulan pelaksanaan sekatan sempadan akibat penularan COVID-19.
“Seperti Burger King yang tidak pernah menyangka mereka akan mempromosikan Big Mac, kami juga tidak pernah menduga akan meminta anda berbuat begini.
“Tidak pernah terbayang kami akan menggalakkan anda bercuti di Singapura, namun rakan kami dalam industri pelancongan memerlukan sokongan anda pada masa ini. Walaupun kita mengimpikan untuk berjemur di bawah sinaran matahari di Pulau Redang, tidak ada kurangnya berbuat demikian di Sentosa buat masa sekarang”
“Jika anda ingin membantu, mulakan #SingaporRediscovers hari ini”
Sokongan ini turut mendapat perhatian daripada VisitSingapore yang turut meninggalkan komen di laman Facebook Tourism Malaysia.
Semangat kejiranan ini juga disokong oleh rata-rata masyarakat di Malaysia dan Singapura yang masing-masing turut memberi semangat dan mendoakan agar pandemik COVID-19 berakhir segera.
Kami pasti ramai yang sudah merindui untuk melancong ke luar negara. Namun begitu, dalam situasi seperti ini adalah lebih baik sekiranya kita ‘cuti-cuti’ di negara sendiri dulu. Bukan hanya untuk keselamatan diri sendiri, tetapi ia juga bakal meningkatkan kembali sumber ekonomi negara.
Bila sebut tentang restoran makanan segera atau lebih popular dengan panggilan fast food, tidak kiralah dari usia kecil hinggalah ke golongan dewasa ia cukup popular sekali.
Kehidupan dunia sekarang yang pantas bergerak dan selalu inginkan perkara instant menyebabkan ia sentiasa menjadi pilihan. Lebih ramai orang memilih fast food sebagai option yang pantas dan cepat. Mana tidaknya, kalau perut rasa lapar dan malas nak menunggu di kedai, drive thru fast food kan ada. Mudah, bukan?
Walaupun sudah dimomokkan dengan keburukan-keburukan mengambil makanan segera, masih ramai yang tidak peduli dan tetap memilih untuk terus menikmati segala promosi hebat yang ditawarkan.
Jom semak 10 rahsia yang selama ini mungkin anda tidak tahu tentang service yang disediakan oleh restoran fast food.
WAKTU TERBAIK
Waktu yang paling tepat untuk pergi ke restoran fast food adalah pada masa peak hour (di antara jam 11 pagi ke 1 tengah hari dan 6 ke 8 malam). Ya, memang sukar untuk mendapatkan tempat pada waktu busy tetapi ini adalah masanya di mana makanan segar sedang disajikan.
FRENCH FRIES SEGAR
Setiap french fries yang telah digoreng akan dicampur dengan garam dan jika anda meminta fries tanpa garam, mereka terpaksa menyediakannya semula. Jadi tidak timbul isu anda dapat french fries yang sudah lama dimasak dan tidak segar.
STRATEGI BAU
Pergi saja ke mana-mana restoran fast food, pasti aromanya terhidu hingga ke luar pintu. Hal ini terjadi kerana restoran tersebut ingin memastikan bau-bauan makanan yang enak dihidu oleh orang-orang luar, sekali gus menarik mereka untuk menikmati makanan yang disajikan.
MINUMAN BERKARBONAT
Jika anda perasan, minuman soda yang terdapat di restoran-restoran fast food ni jauh lebih murah daripada minuman berkafein contohnya. Ini kerana minuman soda dapat merangsang selera makan. Jadi, mereka mahu orang ramai membeli lebih banyak minuman berkarbonat supaya anda membeli produk mereka lagi dan lagi.
RAMUAN RAHSIA
Nak tahu kenapa kentang goreng tu berhantu sedapnya? Ada lebih kurang 19 ramuan yang digunakan dan kentang adalah sebagai bahan asas. 18 bahan lain termasuk lemak, additives dan penambah rasa.
PILIH WAKTU SESUAI
Memang kalau pada awal pagi orang tak ramai tetapi pada waktu ini, mereka membersihkan peralatan dapur dengan bahan kimia yang kuat dan boleh meninggalkan kesan pada peralatan dapur yang lain.
LEBIH BANYAK KALORI
Kalau dah macam-macam menu lazat yang ditawarkan, pastinya ia lebih berkalori berbanding dulu. Sebagai contoh, cheeseburger mengandungi 75 peratus kalori berbanding tahun 1980-an. 20 tahun lalu, kalau french fries adalah dua kali lebih rendah berbanding sekarang dan pizza mempunyai kalori sebanyak 70 peratus. Perghh, makan sekali tapi nak burn lemak tu mahu kena joging seminggu. Hehe
KANDUNGAN GULA MILKSHAKE LEBIH TINGGI
Keperluan harian pengambilan gula adalah sekitar 1 hingga 2 oz, sementara satu hidangan milkshake mengandungi sekitar 3 oz gula. Belum lagi makanan manis yang diambil dalam satu hari tu. Cuba bayangkan berapa banyak kandungan gula yang dah anda ambil?
LEBIH SEDAP GUNA TANGAN
Tahukah anda mengapa sudu dan garpu tidak disediakan di restoran fast food? Semuanya kerana apabila seseorang itu makan menggunakan tangan, ia lebih menambah selera dan akibatnya, anda akan makan dengan lebih banyak. Hm, patutlah sampai jilat-jilat jari kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila satu insiden kecoh telah berlaku dalam pesawat Xiamen Airlines penerbangan MF8330 dari Changsha ke Fuzhou pada 8 Julai lalu selepas sekumpulan peminat fanatik bertindak melulu menyerbu ke bahagian kelas perniagaan semata-mata mahu bergambar dengan pelakon sensasi China, Tian Xu Ning.
Menerusi sebuah rakaman video, insiden tersebut dipercayai berlaku ketika pesawat sedang bersiap untuk mendarat dan kelihatan tiga kru kabin bergelut untuk menghalang peminat yang cuba meluru ke tempat duduk pelakon berusia 27 tahun itu yang berada di kerusi bernombor 11L.
Dalam pada itu, ketika suasana semakin cemas, kru kabin dilihat menarik langsir pemisah antara kelas ekonomi dan perniagaan sambil merayu agar para penumpang kembali ke tempat duduk masing-masing.
“Jangan tolak ke depan, pesawat belum berhenti lagi,” kedengaran suara seorang pramugari yang jelas cuba mengawal keadaan demi keselamatan semua penumpang.
Keadaan kecoh dalam pesawat yang tular di media sosial
Sementara itu, menurut saksi yang berada dalam pesawat, Tian Xu Ning tidak menunjukkan sebarang reaksi sepanjang keriuhan tersebut berlaku. Malah, pelakon itu hanya duduk diam, dipercayai cuba mengelakkan sebarang provokasi.
Apa yang lebih mengejutkan, terdahulu dalam satu kejadian berasingan, Tian sekali lagi menjadi sasaran gangguan peminat sewaktu menaiki penerbangan lain. Namun kali ini, pelakon kacak itu dihujani tuduhan liar berkaitan dakwaan mempunyai teman wanita dan anak secara rahsia.
Susulan kejadian itu, pihak pengurusan Tian Xu Ning tampil menafikan semua tuduhan tidak berasas tersebut dan meminta peminat untuk tidak bertindak keterlaluan.
“Tian Xu Ning masih bujang dan tidak mempunyai anak. Kami mohon peminat untuk beri ruang dan hormat privasi beliau,” tegas wakil pengurusannya dalam satu kenyataan rasmi.
Sehubungan itu, insiden ini mencetus pelbagai reaksi orang ramai di media sosial China serta ada yang menganggap tindakan peminat tersebut sebagai keterlaluan dan langsung tidak menghormati ruang peribadi selebriti.
Di kesempatan yang sama, salah seorang pakar undang-undang China turut mengingatkan bahawa sebarang bentuk gangguan terhadap kru penerbangan serta tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan kabin adalah satu kesalahan serius di bawah undang-undang keselamatan awam.
Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga 200 yuan (sekitar RM130) atau hukuman penjara sehingga 10 hari. Malah, tindakan lebih tegas boleh dikenakan sekiranya keselamatan penerbangan terjejas secara langsung.
Sekadar info, nama Tian mula dikenali ramai selepas membintangi drama popular berjudul ‘Revenged Love’ yang melonjakkan namanya sejak awal tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!