Penyanyi versatil, Aisha Retno berharap isu yang melibatkan dirinya dengan pihak penganjur konsert dapat diselesaikan secara baik.
Dalam temu bual bersama Remaja, Aisha juga menyatakan bahawa dia lebih memilih untuk menyelesaikan masalah ini secara tertutup, tanpa memperbesarkan hal tersebut kepada khalayak ramai.
“Saya cuma nak cakap all the best untuk pihak penganjur konsert tersebut. Apa pun yang terjadi, semoga semua dapat selesai dengan baik kerana saya tak suka drama. Kalau pihak sana nak jumpa saya sekarang, jom. Buat semua secara tertutup, senang.
“Ia kerana khalayak tak perlu tahu hal kita ini dan nanti orang di luar sana akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Jadi sebelum kita spill siapa yang benar dan salah, lebih baik kita bincang secara tertutup dahulu,” katanya.
Selain itu, pelantun lagu popular Sutera itu menegaskan bahawa perbincangan yang baik tanpa menuding jari adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
“Kalau kita boleh berbincang dengan baik, instead of menuding jari dan sebagainya yang kurang sihat bagi saya dalam industri muzik ini, saya rasa ia lebih baik. Itu yang saya boleh katakan. Yang lain saya akan beri keterangan dengan lebih lanjut nanti.
“Walaupun keadaan masih kurang baik dengan pihak sana, tapi saya tetap mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga terbuka hatinya untuk melakukan perkara-perkara yang baik, Insya-Allah,” tambah Aisha lagi.
Pada masa sama, Aisha turut berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan membawa kebaikan untuk semua.
Mengenai sokongan yang diterimanya pula, Aisha berkata, dia sangat menghargai sokongan daripada keluarga, rakan selebriti, dan pasukannya yang memberi kata-kata semangat walaupun mereka belum mengetahui cerita sebenar.
Ads
“Dan selepas ini kita sama-sama boleh meneruskan semula karier seperti biasa dan semoga tahun depan kita buka lembaran baharu. Moga dapat cepat habiskan kes ini dan baik-baik sahaja, Insya-Allah.
“Saya boleh katakan saya ada sokongan yang cukup baik daripada keluarga, rakan selebriti, dan team saya yang memberikan kata-kata semangat kepada saya walaupun mereka tak tahu lagi cerita sebenar tetapi mereka sokong sahaja saya,” ujarnya.
Aisha juga menganggap segala cabaran yang dilalui pada tahun ini sebagai satu proses pembelajaran.
“Ya, saya masih baru lagi dalam industri muzik ini. Dan mengajar saya lebih giat lagi untuk berkarya selain berguru dengan seseorang dalam bidang ini. Ini adalah proses pembelajaran bagi saya.
Ads
“Apa sahaja yang terjadi dalam hidup saya tahun ini, saya cuba ambil sebagai hikmah. Mungkin Allah nak beri ganjaran yang lebih besar lagi di masa akan datang, Insya-Allah,” kata penyanyi lagu Samudera itu.
Terdahulu, penganjur konsert, Kharisma Music International, Yuka Kharisma, telah menuntut penyanyi versatil, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi menjayakan persembahan Aisha di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.
Menurutnya, Konsert Malam Sutera Aisha Retno yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu merupakan cara untuk Aisha membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan.
Namun, disebabkan jualan tiket yang tidak memuaskan dengan hanya 98 tiket terjual, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran yang masih tertunggak, iaitu sebanyak RM77,000 selepas Aisha membuat pembayaran sebanyak RM6,000 pada Mei lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengunduran bekas Menteri Pendidikan negara, Dr Maszlee Malik dari pucuk kepimpinan Kementerian Pendidikan semalam nyata mengejutkan ramai orang.
Bagi golongan pelajar, pendidik dan pengurasan universiti, ramai yang mengikut rapat pengumuman yang dilakukan oleh beliau semalam.
Rasa berat hati untuk melepaskan beliau tentunya ada kerana Dr Maszlee Malik dilihat sebagai seorang menteri dan pemimpin yang berkhidmat untuk kebaikan golongan cendikiawan tanpa taksub terhadap politik semata.
Lantas, IPT di Malaysia telah menyatakan ucapan terima kasih mereka kepada beliau atas jasa selama 20 bulan memimpin Kementerian Pendidikan dengan sebaik mungkin.
Ucapan tersebut dimuat naik di media sosial masing-masing dan mendapat respon positif daripada pelajar.
Universiti Teknologi MARA
.
.
Universiti Teknologi Malaysia
.
.
Universiti Putra Malaysia
.
.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
.
.
Universiti Malaysia Sabah
.
.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
.
.
Universiti Utara Malaysia
.
.
Universiti Malaysia Pahang
*
Terima kasih Dr Maszlee Malik, perjuangan dalam aliran pendidikan harus diteruskan.
Okay guys, sekarang korang kena kerja betul-betul semasa program internship bersama kerajaan!
Ini kerana kabinet semalam telah bersetuju untuk memperkenalkan semula pembayaran elaun kepada pelatih (pelajar program intership) yang berkhidmat di bawah kerajaan.
Pengumuman itu telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut beliau, pembayaran elaun kepada pekerja pelatih (intern) ini adalah kewajipan berdasarkan pekeliling yang akan dilaksanakan di setiap kementerian dan agensi kerajaan.
Dari segi bila ia akan mula berkuat kuasa pula, beliau menjawab secepat mungkin. Mungkin sekali bermula intake pekerja pelatih seterusnya?
“Skim pembayaran kepada pelatih ini akan dinilai mengikut beberapa kriteria yang akan ditetapkan. Ia bagi memberi kemudahan kepada pelajar sepanjang tempoh internship (kemungkinan 2 hingga 6 bulan lamanya),” katanya menerusi akaun media sosial.
“Kewajipan latihan berbayar (paid intership) ini adalah satu permulaan bagus untuk mengurangkan beban pelajar.
“Saya berharap ia akan ditetapkan sebagai satu standard di Malaysia termasuklah di sektor awam DAN swasta.”
Cadangan tersebut sebenarnya telah disuarakan pada minggu lalu selepas beliau berjaya membawa perubahan kepada usul umur pengundi Pilihan Raya Umum yang diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun.
Hanya dalam tempoh seminggu, cadangan “Paid Intership” ini telah diterima kabinet dan diluluskan. Good job Yang Berhormat & co!
REMAJA berharap agar tugasan yang diberikan kepada para pelatih juga akan ditingkat daripada sekadar menjadi pembuat kopi, tukang photocopy dan penjawab telefon saja.
Ini kerana mereka ditugaskan di situ untuk belajar mengenai selok-belok pekerjaan yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
Syed Saddiq juga berkongsi bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk mempengerusikan mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan isu berkaitan anak muda, SOON.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan personaliti media sosial kontroversi, Iqbal Zulkefli pada minggu pertama Big Stage 2022 semalam masih tidak mencukupkan bilangan 12 pesertanya apabila kelibat Megat Rahim tidak dapat dilihat.
Ini susulan pendedahan Megat bahawa dirinya positif Covid-19 sejak 31 Januari lalu dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Megat memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaannya dan berharap agar peminat dapat mendoakan kesejahteraannya bagi menyertai peserta lain di Big Stage 2022, Ahad ini.
“Assalamualaikum semua. Saya hanya nak katakan bahawa saya memohon maaf kerana tidak muncul pada minggu pertama (Big Stage 2022). InsyaAllah kita jumpa minggu hadapan. Sebab mengapa Megat tak muncul untuk minggu pertama ini adalah kerana saya disahkan positif Covid-19,” kata penyanyi berusia 20 tahun itu sebelum menyambung, “Apapun, Megat tiada kena-mengena dengan (penyertaan) Iqbal.”
Megat yang dijadualkan untuk memotong gelangnya pada hari ini bukan satu-satunya yang dijangkiti wabak tersebut. Ibunya, Shahidah Mohd Hashim, 60 juga disahkan positif kesan kontak rapat dengannya pada 2 Februari lalu.
Ketiadaan Megat semalam juga membuatkan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sebulat suara untuk tidak menggunakan ‘immunity unlock’ demi bertindak adil kepada Megat yang tidak dapat membuktikan kemampunan nyanyiannya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!