Penularan COVID-19 kini yang semakin pantas dengan ribuan kes dilaporkan setiap hari semestinya membimbangkan setiap lapisan masyarakat di Malaysia.
Peningkatan ketara melibatkan tempat kerja pada gelombang tiga ini.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan pengumuman telah mengumumkan beberapa negeri ada yang dikenakan Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang di tunggu rakyat Malaysia sejak beberapa hari ini.
PKP selama 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan di Pulau Pinang, Selangor, WP, Johor, Melaka dan Sabah. – PM
Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:
Ads
a) Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
b) Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
c) Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.
Ads
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI
PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERMULA 13 JANUARI HINGGA 26 JANUARI 2021 BAGI NEGERI-NEGERI BERIKUT : pic.twitter.com/1Rhan6LRhz
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) January 11, 2021
Pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan seluruh negara bermula 13 Jan ini.
Menurut Perdana Menteri dalam perutusan tadi juga, kita perlu mematuhi SOP walaupun kita sudah menemui vaksin.
Ads
Malah, pergerakan rentas daerah juga adalah dilarang sama sekali bagi negeri yang dikenakan PKP yang bermula 13 Januari sehingga 26 Januari akan datang.
“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.”
Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi turut menyatakan bahawa aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai adalah tidak dibenarkan.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19. Antara aktiviti sosial yang tidak dibenarkan adalah kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan.
So ingat ya, lakukan yang terbaik untuk melindungi diri masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barbie juga merupakan anak patung perempuan yang wujud sejak zaman 50-an lagi hingga kini. Karakter yang dihidupkan dari anak patung ini menjadi pujaan kanak-kanak serata dunia.
Foto VIa Instagram
Membawa Barbie ke dunia nyata dalam filem telah menyentuh hati ramai peminat dalam semua peringkat umur seolah-seolah telah mengingatkan semula zaman kanak-kanak mereka.
Baru-baru ini, Warner Bros. Pictures mengumumkan filem Barbie akan ditayangkan hanya di pawagam pada 21 Julai 2023, arahan Greta Gerwig.
Penulis pasti, filem Barbie ini yang akan ditayangkan secara live-action akan membuatkan semua peminat teruja lagi-lagi Barbie dilakonkan oleh pelakon wanita terkenal, Margot Robbie.
Bukan sahaja karakter Barbie, malah pasangan Barbie yang dikenali sebagai Ken juga akan dilakonkan oleh pelakon idaman ramai iaitu Ryan Gosling. Wow!
Foto Via JoBlo
“Dengan pelbagai konflik dan banyak sambungan nostalgia, banyak cara menarik boleh dimasukkan. Apabila dengar ‘Barbie’, orang akan fikir, ‘saya tahu jalan cerita filem itu,’ kemudian dapat tahu pula, penulis dan pengarahnya ialah Greta Gerwig dan mereka akan fikir, ‘oh, mungkin saya tak tahu.” kata Margot Robbie tahun lalu.
Seperti yang semua tahu, Barbie sudah menghasilkan banyak filem fantasi secara animasi sejak tahun 2001.
Mesti ramai tak sabar nak tunggu filem ni keluar…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER : Warner Bros. Pictures /CNN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden yang melibatkan tiga pekerja warganegara China maut di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di Alam Damai, pagi tadi telah mendapat perhatian serius Menteri Kanan Kerja Raya.
Kata Datuk Seri Fadillah Yusof semasa ditemui media di sebuah majlis pada pagi tadi, beliau merasa kesal dengan insiden tersebut dan berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya (LLM), DOSH & PBT perlu melakukan audit menyeluruh terhadap kes membabitkan keselamatan awam.
“Kalau kita terpaksa tutup (lebuh raya), tutup dahulu dan siasat sepenuhnya. Ambil tindakan sewajarnya. Kadang-kadang geram juga dengan insiden sebegini walaupun peringatan telah diberikan masih juga tidak ‘deliver’,” katanya semasa diminta mengulas mengenai kejadian tersebut.
Bergegas ke lokasi kejadian kren launcher terjatuh di tapak bina SUKE di Persiaran Alam Damai. Saya telah mengarahkan kerja pembinaan dihentikan, cari jalan alternatif utk penduduk & kontraktor juga perlu beri cadangan, langkah & tindakan keselamatan utk teruskan projek pic.twitter.com/mTTDvG4KtL
Katanya, sekiranya ada struktur berat yang perlu dialihkan semasa melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebih raya, jalan atau laluan berkenaan perlulah ditutup agar kejadian tidak diingin tidak akan melibatkan pengguna jalan raya seperti yang berlaku pagi tadi.
“Misalnya nak alihkan gantry launcher, jalan perlu ditutup. Jika jalan dah selamat, struktur itu pun dah selamat, maka barulah buka semula laluan tersebut.
“Bagi pihak kita, kalau kita dapati kecuaian datang dari pihak kontraktor, kita akan senarai hitamkan kontraktor itu dan membatalkan lesen. Sekurang-kurangnya, dua tahun digantung dan tidak diambil untuk apa-apa tender sama ada sektor awam atau swasta,” kata beliau lagi.
Sementara itu, warganet merasa kesal kerana insiden kedua berlaku di lokasi yang sama pada bulan ini. Mereka merasa hairan mengapa tindakan sewajarnya tidak diambil ke atas pihak bertanggungjawab setelah insiden pertama.
Setiap orang punya cara berbeza-beza untuk membahagiakan diri sendiri. Mungkin membeli barangan mewah dan berjenama memberikan kepuasan kepada individunya tapi ada juga yang lebih rela membelanjakan wang bukan untuk diri sendiri. Sebaliknya berkorban untuk membahagiakan orang lain.
Siapa yang tidak kenal pemain bola sepak hebat berdarah Afrika ini. Dengan pendapatan sekitar RM1.9 juta sebulan dan selalu tertangkap kamera membawa handphone yg sudah retak skrinnya.
Jawapannya selalu sama saat ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak membeli yang baru. 'Aku masih boleh memperbaikinya'.
Saat wartawan mendesak kenapa dia tdk membeli yang baru saja, dia berkata:
"Saya boleh membeli ribuan HP baru, 10 kereta Ferrari, 2 pesawat Jet, jam dan berlian,tapi apa gunanya untuk saya di dunia ini…
Saya selamat dari masa-masa sulit, bermain sepak bola tanpa kasut, saya tidak memiliki pendidikan dan banyak hal lainnya, tetapi hari ini dengan apa yang saya hasilkan berkat sepak bola, saya dapat membantu orang-orang saya,"
"Saya membangun sekolah, stadium, kami menyediakan pakaian, kasut, makanan untuk orang-orang yang sangat miskin. Selain itu, saya memberikan 70 euro per bulan untuk semua orang di wilayah yang sangat miskin di Senegal dan berkontribusi pada ekonomi keluarga mereka."
"Saya tidak perlu membeli kereta mewah, rumah mewah, perjalanan, dan bahkan pesawat. Saya lebih suka orang2 di negara saya menerima sedikit dari apa yang telah diberikan kehidupan ini kepada saya," tegas Sadio Mane.
Selain rendah hati dan sederhana, Sadio Mane dikenali sbg seorang muslim yang taat.
Beberapa waktu lalu Sadio Mane tertangkap kamera sedang membersihkan toilet masjid agar nyaman digunakan saat beribadah. Kredit : Tuan Ihsan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Iklan promosi CelcomDigi Sepak Takraw League 2026 mencuri perhatian di Bangsar menerusi papan iklan digital kreatif Sooka yang memaparkan aksi saling melibas.