
Penganjur konsert terkenal, Kharisma Music International, Yuka Kharisma, telah menuntut penyanyi versatil, Aisha Retno untuk membayar semula wang sebanyak RM83,000 yang dipinjamkan bagi menjayakan persembahan Aisha di Anugerah Juara Lagu (AJL) pada Mac lalu.
Menurut Yuka, konsert yang sepatutnya diadakan pada 16 November lalu merupakan cara untuk Aisha membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan. Namun, disebabkan jualan tiket yang tidak memuaskan dengan hanya 98 tiket terjual, Yuka berharap pihak Aisha dapat melunaskan baki pembayaran yang masih tertunggak, iaitu sebanyak RM77,000 selepas Aisha membuat pembayaran sebanyak RM6,000 pada Mei lalu.
“Kami dengan rela hati meminjamkan RM83,000 untuk persembahannya di AJL dan setakat ini dia baru jelaskan RM6,000 pada Mei lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Penganjur Seolah Menyalahkan, Saya Rasa Ini Penindasan…” Aisha Retno Tampil Beri Penjelasan
“Kami tidak pernah menjanjikan tajaan malah saya mempunyai bukti melalui mesej langsung dan mesej suara. Kami hanya menaja perkhidmatan sebagai pengarah persembahan bukan wang dana,” jelas Yuka.
Tambahnya lagi, pihaknya memaklumkan bahawa pinjaman wang tersebut diberikan berdasarkan hubungan baik dengan Aisha Retno, yang telah meminta bantuan untuk membuat persiapan persembahan di AJL.
“Pihak Aisha Retno (ARE) menyatakan bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk mencari dana bagi persembahan Aisha pada AJL tersebut dan telah memohon bantuan daripada pihak Kharisma Music untuk merealisasikan persembahannya.

“Disebabkan hubungan baik antara pihak ARE dan Yuka Kharisma, maka Kharisma Music telah bersetuju untuk membantu pihak ARE dalam mencari dana yang diperlukan.
“Akibat kesuntukan masa dalam mengumpul dana, Kharisma Music telah bersetuju untuk memberikan pinjaman pendahuluan (advance) bagi memastikan segala persiapan dan persembahan Aisha di pentas akhir AJL lancar,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Kharisma Music International memaklumkan bahawa Konsert Malam Samudera Aisha Retno yang dijadualkan pada 16 November telah dibatalkan atas faktor jualan tiket yang rendah. Aisha, dalam reaksinya, meluahkan rasa kesal dengan keputusan penganjur yang membatalkan konsert tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Sebagai tambahan, Aisha Retno yang merupakan gadis berdarah kacukan Melayu, Arab, dan Jawa, telah mencapai kejayaan sebagai naib juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Sutera, ciptaannya sendiri bersama MFMF, sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi. Aisha juga merupakan finalis top 6 dan pemenang keempat dalam rancangan The Hardest Singing Show.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terima Anugerah Naib Canselor, Anak Didie Alias Tamat Pengajian Ijazah Sarjana
Disebalik kejayaan ibu bapa meraikan anak-anak yang mendapat keputusan SPM minggu lalu, bekas finalis Dewi Remaja, Didie Alias turut berkongsi momen bahagia apabila anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana.

Didie meluahkan, walapun tidak dapat bersama di hari istimewa anaknya itu, dia tetap berbangga dengan usaha dan kejayaan yang diperoleh Dhaniyah Ridzuan. Doa ibu yang sentiasa meniti di bibir antara kunci kejayaan seorang anak. Lebih membanggakan, Dhaniyah turut menerima anugerah Naib Canselor.
Sebelum ini, Didie pernah berkongsi kejayaan anak keempatnya, Dayini Ahza yang menerima Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Walaupun pernah bergelar ibu tunggal, jelas sekali bahawa selebriti ini seorang ibu yang cekal dan mampu membesarkan anak-anak dengan baik.

BACA: Anak Gadis Berjaya Gapai Segulung Ijazah, Didie Alias Luah Rasa Syukur
Malah, di ruangan kapsyen juga tertulis “Kakak nampak kesusahan kite selama nie, Allah bagi hadiah yang paling berharga buat mumy.” Sudah tentu ia menggambarkan perasaan bangga seorang ibu kerana berjaya memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.
Kejayaan ini juga turut mendapat perhatian pengikutnya di instagram yang rata-ratanya mengucapkan tahniah atas kepada Dhaniyah kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Master in Visual Communication and New Media.

![]()

Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat anak perempuan Didie Alias, Dhaniyah Ridzuan. Walaupun sudah bergelar seorang ibu namun tetap berjaya menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik Tapi Benar, Lelaki Ubah Wajah Jadi Makhluk Asing
Pelik tapi benar. Ini yang berlaku kepada seorang pemuda berusia 32 tahun, Anthony Loffredo yang sanggup mengorbankan wajahnya semata-mata ingin melakukan pengubahsuaian untuk menjadi makhluk asing berwarna hitam.
Ha, biar betul?
Berasal dari Perancis, pemuda ini mendapatkan bantuan khidmat daripada individu dari Barcelona yang dikenali sebagai Oscar Marquez kerana aktiviti pengubahsuaian seperti ini tidak boleh dilakukan di negaranya.

Pakar bedah ekstrim telah melakukan prosedur yang dikenali sebagai “rhinotomy”, dimana Anthony memiliki lubang yang terbuka pada wajahnya.
Pemuda pelik itu turut memuat naik posting di Instagramnya dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Oscar Marques kerana telah merealisasikan impiannya.

Anthony juga telah melakukan pembedaan lain, termasuklah membuang kedua-dua telinganya, membelah lidah serta mencacah tatu pada bola mata walaupun berisiko menjadi buta.
Untuk mendapatkan penampilan yang luar biasa, lelaki ini juga melakukan implant kulit dan melakukan benjolan gaya reptilia di dahinya serta garis pahat di tulang pipi.
Fuh, dengar pun dah ngeri.
Menurutnya lagi, dia tidak pernah menyesal mengubah wajah asalnya kepada makhluk asing yang diidamkannya. Dia mendapat idea ini ketika menjadi pengawal keselamatan dan menyedari yang dirinya tidak menjalani hidup seperti yang dia mahu kan.

Hm, dah elok-elok jadi manusia, nak jadi alien pula. Pelik, memang pelik. Wajah asal lebih handsome kan? Hiks!
Sumber: dailystar.co.uk
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Lelaki Linda Jasmine Aktif Dalam Bidang Muzik, Banyak Menulis & Hasilkan Lagu!
Guru tari terkenal, Linda Jasmine mendedahkan bahawa anak lelakinya, Qalif Khan, kini sedang mengejar cita-cita dalam bidang muzik.
Menurut Linda, puteranya itu bukan sahaja aktif dalam menyanyi dan membuat persembahan, namun terlibat dalam menulis dan menghasilkan lagu.
ARTIKEL BERKAITAN: Linda Jasmine Kongsi Kehidupan Selepas Bercerai, Jaga Hubungan Baik dengan Que Haidar Demi Anak

“Abang dia (Ratu) menyanyi, membuat persembahan, menulis dan juga menghasilkan lagu.
“Selain itu, abangnya juga menghasil lagu untuk penyanyi lain,” katanya kepada Remaja.
Namun, Linda turut memberitahu bahawa Qalif yang sudah menginjak usia 24 tahun kini berehat seketika daripada penghasilan karya kerana sibuk dengan penggambaran muzik video bagi lagu-lagu yang telah dihasilkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecantikan Tengku Ratu, Anak Perempuan Que Haidar & Linda Jasmine Jadi Perhatian -“International Level Lawa Dia”

“Tapi sekarang dia berehat seketika daripada penghasilan karya kerana dia sibuk dengan pengambaran muzik video lagu-lagunya.
“Ia kerana, tiada produksi luar yang bekerjasama dengannya kerana semua dia yang lakukan sendiri,” tuturnya lagi.

Linda turut menyatakan bahawa Qalif sedang dalam persediaan untuk mengeluarkan kesemua muzik videonya.
“Jadi sekarang ini, dia sedang prepare untuk mengeluarkan kesemua muzik video. Anak lelaki saya itu memang ke arah muzik,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

