Membesar di New Jersey, Amerika Syarikat, Jeremy Zucker merupakan penyanyi baharu yang kini menjadi kegilaan ramai.
Sekiranya pada tahun-tahun sudah, penyanyi muda seperti Troye Sivan, Lauv dan LANY menjadi nama besar dalam industri muzik apabila ramai yang menyukai muzik mereka. Tahun 2020 dilihat sebagai tahun untuk Jeremy, 24, untuk mengecapi populariti itu.
Sejak 2015 lagi, Jeremy telah menangkap perhatian pendengar dengan album EP pertamanya yang direkodkan semasa dia masih bergelar pelajar jurusan Biologi Molekul. Kehadiran single seperti Talk Is Overrated, All The Kids Are Depressed dan Comethru yang membuatkan Jeremy menjadi penyanyi paling kerap didengari di Spotify (15 juta sebulan!)
Love Is Not Dying merupakan album pertama Jeremy dan ia mengandungi 13 lagu yang direkodkan oleh Jeremy sendiri di studionya di Brooklyn, New York. Single pertamanya, Not Ur Friend telah mencatatkan 10 juta strim di Spotify sehingga kini.
REMAJA sempat untuk menemu bual Jeremy Zucker secara eksklusif bersama Universal Music Malaysia pada minggu ini dan kami bertanyakan, adakah dia sudah bersedia untuk mengecapi populariti?
“Di Amerika Syarikat, mereka familiar dengan muzik saya. Tetapi saya bukan seorang ‘selebriti’ di sini, saya tidak diikuti oleh sesiapa di mana-mana. I do not get recognized unless I am on tour.
“Saya bersyukur saya bukan ‘selebriti’ di sini kerana saya amat menghargai privasi saya. Saya tidak melihat diri saya menjadi seorang lagi Justin Bieber. Biarlah orang mengenali saya semasa saya melakukan persembahan saja,” katanya
Ads
Biasalah apabila semakin dikenali, masyarakat akan membandingkan seorang penyanyi dengan penyanyi lain. Dunia muzik semakin mudah untuk diakses pada setiap hari. Adakah Jeremy merasakan dia mempunyai ‘saingan’ penyanyi yang seakan sama dengannya?
” Jujurnya, saya tak menganggap penyanyi lain sebagai pesaing. I just do not think them as that.
“Kalau hendak ikutkan, mungkin muzik saya seiring dengan muzik penyanyi, Chelsea Cutler. Saya faham ramai yang membandingkan saya dengan Lauv dan Lany, tetapi saya tidak akan bandingkan diri saya dengan mereka.
Ads
“Bagaimanapun, saya mengakui Lauv adalah influence terbesar saya buat masa ini. Saya amat menghormati cara dia bekerja. Dia berjaya mempunyai fan base yang besar tanpa mempunyai label rekod dan itu adalah sukar dalam dunia sekarang. Muziknya juga tidak konvensional.
“Seperti Lauv, saya juga cuba mencipta muzik yang jujur dengan diri saya tanpa terlalu bergantung kepada trend muzik terkini. Namun, saya masih mendengar muzik popular di seluruh dunia supaya saya tidak ketinggalan.”
“Biasalah, pendengar seluruh dunia akan meletakkan expectation setiap kali saya mengeluarkan single baharu dan ia boleh memberi sedikit tekanan. Mereka berharap saya akan mengeluarkan single yang lebih kurang sama dengan single yang lama – kerana sudah terbiasa. Saya tak akan lakukan itu. Tiada guna jika saya terus mengeluarkan muzik yang kedengaran sama saja tanpa membiarkan diri saya berkembang secara kreatif,” jelasnya yang menganggap album Love Is Not Dying ini sebagai sesuatu yang segar untuk didengari.
Ads
“Love Is Not Dying menceritakan judul album itu sendiri. Pendengar boleh mengaitkan diri mereka dengan platonic love (hubungan cinta antara rakan), perasaan romantik dan perasaan bila mengetahui hubungan itu akan berakhir dengan teruk.
“Saya harapkan pendengar tahu bahawa mereka tidak sendirian ketika dipalit rasa cinta. Sebagai pendengar, saya sendiri teruja bila dapat merasakan seorang penyanyi faham apa yangg saya sedang lalu. Jadi saya harapkan Love Is Not Dying akan memberi impak yang sama kepada pendengar saya.”
Korang boleh memuat turun album Love Is Not Dying atau mendengarnya di Spotify.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun diasak dengan bermacam-macam kontroversi pada minggu ini dek gaya pemakaian sewaktu melakukan persembahan di sebuah festival muzik hujung minggu lalu, kumpulan sensasi Dolla tidak membiarkannya melunturkan semangat mereka untuk meluncurkan single terbaru, tengah malam tadi.
Buat kali pertama, Dolla tampil berduet bersama penyanyi serta komposer berbakat, Naim Daniel.
Menariknya, lagu berjudul – jom tarik nafas panjang-panjang – Mungkin Ini Adalah lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat (LYPS) ini sebenarnya telahpun dicipta Naim sejak dua tahun yang lalu. Hanya baru-baru ini Naim ‘melamar’ Dolla untuk berkolaborasi.
Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat
Dolla x Naim Daniel, 2022
LYPS secara tidak langsung membuka jilid baharu dalam genre muzik yang dipersembahkan Dolla. Jika sebelum ini, grup yang dianggotai oleh Tabby, Syasya, Angel dan Sabronzo itu selesa dengan lagu rancak; menerusi LYPS mereka mengeksplorasi rentak balada sedih pula.
Ternyata, respon yang diterima oleh iDolla sejak semalam cukup positif. Bukan saja liriknya indah ditulis oleh Naim, malah gandingan vokal penyanyi berusia 24 tahun itu bersama Dolla begitu cantik diadun.
Tapi itulah kan, panjang betul tajuk lagunya! Hehe..
Tahukah korang, selain Mungkin Ini Adalah lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat, terdapat lagi beberapa lagu yang judulnya memang memerlukan daya ingatan yang kuat untuk kita hafal.
Jom lihat lima buah lagu di bawah, serius lagu-lagu ini wujud!
I Slept With Someone in Fall Out Boy and All I Got Was This Stupid Song Written About Me Fall Out Boy, 2005.
You Probably Couldn’t See For The Lights But You Were Looking Straight At Me Arctic Monkeys, 2006.
There’s A Good Reason These Tables Are Numbered, Honey, You Just Haven’t Thought Of it Yet Panic At The Disco, 2005.
Hope Is A Dangerous Thing For A Woman Like Me To Have – But I Have It Lana Del Rey, 2019.
Mengintai Dari Tirai Kamar (Buih Jadi Permadani) Exists, 1997
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang kata, dalam dunia ini ada 7 orang yang menyerupai wajah kita. Tetapi, untuk kita mencari ‘kembar’ itu memanglah sukar. Iyalah, tak semestinya individu itu masih hidup atau telah dilahirkan bukan?
Justeru, apabila ada peminat yang menyamakan rupa paras dua orang pelakon muda ini, we cannot help but to analyze really, REALLY closely. Benarkah Hun Haqeem dan Meerqeen punya persamaan dari sudut fizikal?
Kongsi Meerqeen yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, dia beranggapan mereka berdua mungkin kelihatan ‘sama’ kerana foto diambil dari sudut yang mirip. Namun masing-masing mempunyai individualiti tersendiri dan pakej luaran berbeza.
“Kelakar juga apabila ada yang beranggapan kami adalah kembar. Mungkin fans saya dan Hun selalu melihat update terbaru kami menerusi Instagram pada setiap hari, sehingga mereka menganggap kami kembar ataupun mempunyai pertalian keluarga. Hakikatnya, kami hanya rakan sekerja di set.
“Apapun, saya tak sabar untuk menanti drama terbaru kami, Takdir Kita,” kata Meerqeen yang teruja apabila penerbit semakin memberikannya kepercayaan untuk membawakan watak berbeza dalam drama dan telemovie.
Tambah Hun pula, dia terpaksa memotong rambut ‘belah tengah signature‘-nya bagi drama 70 episod itu. “Demi menjayakan watak Luqman ini, saya tak kisah memotong pendek rambut. Secara tak langsung, ia memberikan kelainan pada watak ini berbanding watak-watak drama saya yang terdahulu.”
Hun Haqeem Sudah Pulih Sepenuhnya?
Dalam pada itu, penulis sempat bertanyakan kepada Hun mengenai perkembangan terbaru kakinya yang cedera akibat satu kemalangan motosikal pada bulan Mac lalu.
Kata pelakon berusia 22 tahun itu, kakinya sudah pulih sepenuhnya. Namun dia masih dalam keadaan berhati-hati.
“Setelah melakukan rawatan physiotherapy, saya semakin mudah bergerak dan kini sudah boleh berlakon secara aktif. Sepatutnya, saya juga terlibat dalam sebuah drama yang sedang hangat ditayangkan di salah satu saluran TV komersil sekarang.
“Namun disebabkan oleh kecederaan tersebut, saya enggan mengambil ringan soal kesihatan kaki dan menolak tawaran itu. Saya anggap ia sebagai tiada rezeki.
“InsyaAllah menerusi drama Takdir Kita, rindu followers terhadap lakonan saya di kaca TV terubat,” jelasnya.
Takdir Kita yang diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar turut dibintangi oleh Wanna Ali serta Yuna Rahim.
*
Cer baca tentang pengalaman Meerqeen dalam telemovie Kelaster pula.
Siri drama Korea More Than Friends dilaporkan akan menangguhkan siaran episode akhir yang dijadualkan pada minggu hadapan kerana pelakon Kim Dong Jun telah dikuarantin.
Pelakon lelaki itu menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan dia sudah pun menjalani ujian swab dan dilaporkan negative pada 13 November lalu. Namun begitu, garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan menegaskan bahawa kontak yang terdedah dengan pesakit perlu dikuarantin dalam tempoh yang ditetapkan.
Foto: biem.co
Oleh itu, JTBC akan menangguhkan siaran dua episod terakhir dan akan hanya bersiaran pada 27 dan 28 November 2020. Langkah ini adalah untuk keselamatan bagi mencegah penularan COVID-19 dikalangan kru produksi dan untuk memastikan drama ini dapat disempurnakan sehingga episode akhir.
Drama 16 episod ini berkisarkan tentang sekumpulan pelajar sekolah, Kyung Woo Yeon (Shin Ye Eun) yang jatuh cinta pada rakannya sendiri, Lee Soo (Ong Seong Wu). Woo Yeon menyatakan perasaannya pada Lee Soo namun ditolak sehingga tiga kali.
10 tahun kemudian, Lee Soo mula jatuh cinta pada Woo Yeon, namun wanita itu sudah move on dan punya teman lelaki baru, On Joo Soo (Kim Dong Jun).
Foto: hellokpop
Ha, Kim Dong Jun la yang dikenakan kuarantin kerana menjadi kontak rapat COVID-19. Pasti penonton yang mengikuti kdrama ini dah tak sabar nak tunggu episode terakhir kan? Tapi, apa boleh buat. Kita kena tunggu sehingga 27 November nanti.
Sama-sama kita doakan agar Kim Dong Jun tidak dijangkiti wabak COVID-19.