Belum terfikir mengenai perancangan hujung minggu ini bersama member?
Jangan risau kerana REMAJA ada cadangan terbaik untuk aktiviti sepanjang 14 hingga 15 Jun ini apabila ia bakal menggabungkan dua dunia paling ‘hidup’ dan diperkatakan di Malaysia sekarang; e-Sukan dan hiburan.
You heard it right guys, Astro dan MPL Malaysia kembali sekali lagi untuk tahun kedua berturut-turut namun kali ini dengan vibe yang lebih padu, gah dan bukan sekadar satu lagi acara gaming di Malaysia.
Bila Bakat Tempatan Take Over ‘Pentas Kebanggaan’
Bertempat di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, acara dua hari ini bukan sekadar hiburan untuk peminat e-Sukan semata-mata tetapi juga merupakan festival melibatkan barisan artis yang bukan calang-calang namanya.
Sambil menantikan pasukan mana yang bakal membawa pulang kejuaraan grand finals MPL Malaysia musim ke-15, acara bertemakan ‘Pentas Kebanggaan’ ini turut membawakan kemeriahan berganda thanks to Astro Malaysia yang bakal mempersembahkan slot showcase mini eksklusif. Ini merupakan penganjuran bersama pada tahun kedua selepas kejayaaan penganjurannya pada tahun 2024.
Ads
Daripada kehadiran penyanyi yang sudah lama menyinar seperti Mimi Fly, Wani Kayriedan Aisha Retno sehinggalah wajah-wajah fresh daripada pertandingan Big Stage Alpha (BSA).
Mimi FlyLucidrariAisha Retno
Tidak cukup dengan itu, turut ada termasuklah barisan penyanyi seperti Firdaus Rahmat, Bunga Isme, Layla Sania, Lucidrari dan Nielserta Shahrol Kamaldan Isaac Voo yang sudah bersedia untuk menggegarkan pentas.
Inginkan bonus feature? Pelakon, Daniel Fongdan Arena Wan juga bakal membuat kemunculan istimewa sempena promosi drama terbaru di bawah terbitan Astro yang akan menemui korang tidak lama lagi.
Ads
Selain slot showcase mini kali ini yang dihoskan oleh Keanu Azman, Munabella, Daniel Cheangdan Rose; Astro turut membawakan pratonton eksklusif kandungan-kandungan terbaru mereka baik daripada bahagian drama tempatan, program realiti sampailah ke kandungan terbaru daripada Astro Originals.
Sebagai info, kolaborasi di antara Astro dan MPL Malaysia ini bukanlah satu projek berkonseo one-off tetapi ia merupakan penyatuan antara e-Sukan dan dunia hiburan yang sudahpun memasuki tahun kedua.
Secara tidak langsung, kolaborasi ini memberi indikasi mengenai konsep gabungan terbaru yang mencerminkan cara dunia sukan mentransformasikan dirinya dan menjadi lebih menarik, imersif dan 100 peratus lokal!
Ads
Untuk info lanjut mengenai acara Astro x MPL Malaysia kali ini, followje akaun media sosial Astro di kesemua platformnya agar korang tidak terlepas untuk menyelami energy luar biasa di Bukit Kiara 14-15 Jun ini.
Peraduan #WayangRemaja kini kembali lagi dan kali ini, kami nak berikan korang dua pass masuk percuma menonton tayangan perdana filem YESTERDAY pada 25 Jun nanti.
Mengisahkan tentang seorang penyanyi dan penulis lagu bernama Jack Malik menyimpan impian untuk menjadi terkenal. Namun, walaupun rakan baiknya sejak kecil, Ellie, terus menyokongnya, impiannya sering gagal.
Suatu hari, dunia berdepan satu insiden misteri kerana satu kemalangan bas. Apabila Jack sedar, dia mendapati tiada seorang pun mengenali The Beatles kecuali dirinya. Dengan bantuan Debra, ejen Amerikanya, dia mula menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu ibarat lagunya sendiri. Ini membuatkannya mula terkenal tetapi kini dia berdepan risiko kehilangan Ellie.
Filem yang dibintangi oleh Himesh Patel, Lily James, Kate McKinnon, Ed Sheeran, Ana de Armas, Lamorne Morris bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air bermula 27 Jun 2019.
Lebih menarik lagi, penampilan Ed Sheeran dalam filem ini mampu memberikan impak dengan kemunculan artis popular tersebut.
Kalau korang nak jadi yang pertama menonton bersama Remaja, jawab saja soalan mudah yang kami sediakan dibawah.
Tayangan perdana Remaja x YESTERDAY
Tarikh: 25 Jun 2019
Masa: 9 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Poor Zayn Malik. Sudahlah putus baru putus cinta dengan kekasih hati Gigi Hadid yang juga merupakan antara supermodel tersohor dunia, nampaknya kini dia terpaksa merombak semula album keduanya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Ini kerana kebanyakan lagu yang terkandung di dalam abum tersebut mempunyai kisah dan pengalaman bersama bekas kekasihnya itu. Bekas ahli One Direction ini mengumumkan perpisahannya dengan Gigi Hadid pada awal bulan ini dengan kedua-duanya dikatakan berpisah secara baik.
Namun menurut sumber, Zayn agak struggle untuk berdepan dengan patah hati yang dialaminya.
Untuk mengatasi proses perpisahan ini, Zayn menumpukan perhatiannya untuk menulis lagu baru yang dikatakan akan menggantikan lagu-lagu tentang Gigi Hadid. Kebanyakan lagu-lagu yang bakal disingkirkan oleh Zayn dari album keduanya itu semuanya mengisahkan rasa cintanya kepada Gigi.
Sumber dari Daily Star mengatakan Zayn kini telah bekerja keras selama 18 bulan bagi menyiapkan album keduanya. Sepanjang tempoh tersebut dia memang hangat dilamun cinta dan disebabkan itulah kebanyakan lagu-lagu ciptaannya ada sangkut paut dengan Gigi Hadid.
“Terdapat banyak lagu Zayn tentang Gigi yang menceritakan tentang cinta, passion dan sensual. Tapi kesemua lagu itu menjadi satu igauan buruk buat Zayn selepas perpisahan mereka. Walaupun mereka berpisah secara baik namun Zayn yang paling terkesan dan dia menggunakan inpsirasi itu untuk menulis lagu-lagu baru.” jelas sumber tersebut.
Manakala bagi Gigi Hadid, dia akan sentiasa berterima kasih dan berasa bertuah sepanjang tempoh mereka bersama dan mendoakan Zayn terus berjaya dalam kariernya.
Ramai yang sudah tidak sabar menantikan album terbaru daripada Zayn Malik. Bagaimanakah sound yang akan dihasilkan olehnya nanti.
Ia pastinya spektakular!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres meningkat naik, Amelia Christie Lim menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Jaecoo, pada usia 24 tahun.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, memaparkan Amelia sudah bersedia untuk mengambil keretanya di ‘showroom’ Jaecoo.
“Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’,” coretnya ringkas.
Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada aktor popular, Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...