Bukan sahaja persembahan peserta yang menjadi perhatian setiap minggu, malah penampilan penyanyi dan komposer versatil, Aisha Retno selaku juri Big Stage X Rocketfuel turut mencuri tumpuan ramai.

Bagaimanapun, Aisha memilih untuk tidak mendedahkan kos sebenar busana serta penataan gaya yang digayakannya sepanjang lapan minggu program realiti itu berlangsung.

Penampilan Mingguan Di Big Stage Jadi Bualan, Aisha Retno Akui Lebih Bersemangat Bereksperimen

Semua Perbelanjaan Mengikut Bajet Yang Dirancang

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, segala perbelanjaan yang dikeluarkan masih berada dalam perancangan kewangan yang telah ditetapkan bersama pihak pengurusannya.

“Setakat ini kita dalam bajet kitalah semestinya untuk Big Stage ini. Kita dah tetapkan berapa bajet yang perlu dikeluarkan.

“Tugas saya hanyalah menjuri dan sudah semestinya kita berhabis dari segi ‘glamming’, untuk menyanyi semua tak ada sangat.

Ads

“Sejujurnya, saya pun tak tahu (harga) tapi memang sama dengan semua persembahan yang saya laksanakan,” katanya.

Penampilan Mingguan Di Big Stage Jadi Bualan, Aisha Retno Akui Lebih Bersemangat Bereksperimen

Busana & Imej Cecah Puluhan Ribu Ringgit

Dalam pada itu, penata gaya Aisha, Abu Shaef Hamza, mengesahkan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan bagi busana dan imej penyanyi itu sepanjang Big Stage X Rocketfuel mencecah nilai puluhan ribu ringgit.

Penampilan Mingguan Di Big Stage Jadi Bualan, Aisha Retno Akui Lebih Bersemangat Bereksperimen

Ads

Tak Sedar Jadi Perhatian, Kini Lebih Bersemangat

Mengulas mengenai penampilannya yang sering menjadi bualan dalam kalangan peminat, pelantun lagu Sutera itu mengakui tidak menyedari perkara tersebut kerana lebih memberi tumpuan terhadap tanggungjawabnya sebagai juri.

“Saya tak sedar sebab tahu dekat Big Stage saya sebagai juri kiranya hanya untuk menemani dan menyantuni persembahan. Fokus kita pada peserta.

“Tapi bila tahu mengenai ini, saya rasa macam menarik. Jadi, saya lagi bersemangat nak tunjukkan penampilan apa nak dihasilkan setiap minggu.

“Terima kasih semua yang menanti-nantikan saya,” luahnya.

Ads

Sebelum ini, penampilan Aisha di pentas Big Stage X Rocketfuel sering mencuri perhatian netizen, malah ramai peminat tidak sabar menantikan konsep fesyen yang bakal digayakannya pada setiap minggu.

Penampilan Mingguan Di Big Stage Jadi Bualan, Aisha Retno Akui Lebih Bersemangat Bereksperimen

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads