Perjalanan peserta Big Stage X Rocketfuel, Rieffa, dalam pertandingan nyanyian itu akhirnya terhenti pada minggu keempat. Namun, penyanyi berusia 18 tahun itu memilih untuk menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap ia sebagai aturan rezeki yang telah ditentukan buat dirinya.
Walaupun mengakui kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat seterusnya, Rieffa berkata penyingkiran itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus membina nama dalam industri muzik tempatan.

“Nak kata tak patut tersingkir itu tidaklah juga. Kalau Allah kata rezeki sampai sini, reda saja.
“Tak mematahkan semangat saya tapi agak terkilan sebab saya rasa dah boleh buat yang terbaik untuk minggu ini.
“Insya-Allah, di luar sana mungkin akan ada benda yang lebih baik seperti ada lagu sendiri,” katanya semasa sidang media usai Big Stage X Rocketfuel minggu keempat.

Sanggup Berjaga Malam Demi Persembahan Terbaik
Mengulas mengenai persembahannya pada malam tersebut, anak kepada pempengaruh Ayu Kepoh itu menjelaskan dia sudah memberikan komitmen sepenuhnya, termasuk melakukan sendiri susunan muzik bagi memberikan kelainan kepada lagu yang dipersembahkan.
Menurut Rieffa, dia sanggup mengorbankan waktu tidur demi memastikan persembahannya tampil lebih istimewa di atas pentas.

“Secara peribadi, saya rasa dah buat yang terbaik sebab lagu itu saya banyak buat susunan sendiri.
“Saya sampai tak tidur malam untuk buat susunan lagi. Lagu Terakhir sebenarnya tak ada dram dan bass, tapi saya tambah sedikit.
“Saya sedar, saya masih muda dan banyak benda perlu dipelajari,” ujarnya.
Hampir Rebah Kerana Teringat Harapan Keluarga
Momen Rieffa hampir rebah ketika pengumuman penyingkiran turut mencuri perhatian penonton. Mengulas insiden itu, penyanyi muda tersebut mengakui dirinya terlalu sedih kerana merasakan tidak dapat memenuhi harapan keluarga, terutama ibunya yang mahu melihatnya melangkah ke pentas final.
“Ya saya hampir nak terjatuh, nasib ada abang-abang (peserta lain) yang sempat papah saya.

“Saya rasa lemah, rasa dah tak boleh buat apa-apa dah. Rasa macam dah menghampakan keluarga saya terutama mak saya yang nak sangat tengok saya masuk final.
“Bila saya tengok atas pentas terus nampak mak dan nenek saya, terus rasa nak jatuh macam nak pitam. Tapi nasib baik saya boleh kawal lagi,” ujarnya lagi.
Tersingkir Pada Minggu Keempat
Pada konsert minggu keempat Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung malam tadi, Rieffa menjadi peserta yang tersingkir selepas memperoleh markah paling rendah iaitu 65 peratus.
Sebaik sahaja namanya diumumkan, penyanyi berusia 18 tahun itu dilihat gagal menahan sebak sehingga hampir rebah sebelum dipapah oleh beberapa peserta lain yang berada di atas pentas.
Anda mungkin berminat dengan
Big Stage X Rocketfuel dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, manakala kerusi juri pula dibarisi Hael Husaini, Aisha Retno dan Akim Ahmad.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Okay, sebelum korang excited untuk tahu mengetahui cara memenangi trip ke New York ini, jom kenali dulu jenama yang akan membawa korang ke sana.
Kiss New York Lady ialah jenama produk kecantikan yang semakin popular dalam kalangan remaja Malaysia kerana menampilkan produk pilihan ramai termasuklah rawatan kuku, kosmetik dan penjagaan kulit.
Bukan itu saja, mereka juga ada menyediakan rawatan rambut, bulu mata palsu dan banyak lagi.

Jadi, kali ini jenama tersebut telah pun bekerjasama dengan pengeluar produk kecantikan tempatan, Yap International Trading Sdn. Bhd. untuk mencari KISS NEW YORK LADY dari Malaysia.
Sekiranya korang berumur 18 tahun ke atas dan sudah pun memiliki sebarang produk KISS NEW YORK daripada 170 buah Guardian dan laman web mereka, korang boleh mengerah kreativiti untuk menyerlahkan semangat “kecantikan”, “fesyen”, “kreativiti” dan “keyakinan” jenama ini melalui gambar atau video di media sosial korang.
10 peserta popular dan berbakat akan dipilih setiap bulan bermula Ogos hingga Disember kelak. Pada setiap bulan, juara bulanan akan dipilih untuk layak ke peringkat akhir secara automatik.
Hadiah yang ditawarkan memang menarik!
Juara KISS NEW YORK LADY bukan hanya menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 10,000 (kira-kira RM42,440), dirinya juga berpeluang untuk terbang ke New York dan melihat kota Big Apple sendiri.
Get this, semua perbelanjaan akan ditanggung oleh penganjur tau!
Cara Untuk Sertai
1. Peserta perlu berumur 18 tahun ke atas dan membeli sebarang produk KISS NEW YORK di Guardian
2. Muat naik gambar atau video kreatif di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Jangan lupa sertakan hashtag #kissnewyork, #kissnewyorklady dan #kissnewyorklady_malaysia
3. Kongsikan pengalaman korang selepas menggunakan produk tersebut di kissnewyorklady.com



Terma & Syarat
1. KISS NEW YORK dan Yap Trading Sdn. Bhd. berhak mengubah atau menggantikan hadiah pemenang
2. Sekiranya pihak penganjur mendapati kandungan yang tidak sesuai dan mempunyai kandungan yang tidak mematuhi peraturan atau tidak memenuhi syarat pertandingan ini, pihak penganjur berhak memadamkan foto, video dan membatalkan kelayakan peserta tanpa sebarang notis
3. Pihak penganjur memiliki hak mutlak untuk mengubahsuai terma dan syarat dan perkara-perkara lain dalam pertandingan ini.
*
Selamat mencuba!
∞
Hasil sentuhan pengarah muda tersohor, Syafiq Yusof sekali lagi membuahkan hasil cemerlang apabila filem arahan terbarunya, Sheriff pantas meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal atau sneak preview pada 17 April lalu.
Sheriff sekaligus menguasai tangga teratas dalam carta Top 10 Golden Screen Cinemas (GSC) Malaysia dan mengenepikan beberapa filem antarabangsa yang sedang ditayangkan seperti filem Godzilla X Kong: The New Empire, Winnie The Pooh: Blood And Honey 2, The First Omen dan Badarawuhi Di Desa Penari.

Sheriff yang diterbitkan oleh Skop Productions bersama Astro Shaw juga dijangka akan terus meluncur ke hadapan dengan jumlah kutipan yang lebih tinggi setelah ia memulakan tayangan rasminya semalam di pawagam seluruh negara.
Syafiq, 32 dalam pada itu meluahkan rasa syukurnya apabila Sheriff mendapat sambutan memberangsangkan dan menjangkakan penonton akan mengambil kesempatan musim percutian Aidilfitri pada hujung minggu ini untuk ke pawagam bagi menonton filem tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pecah Rekod! ‘Mengenepikan’ Karya Francais Antarabangsa, Polis Evo 3 Kini Raih RM 41.3 Juta – REMAJA

“Kami mengharapkan Sheriff mampu menepati cita rasa penonton. Ajak rakan-rakan atau keluarga meluangkan masa bersama dengan menikmati Sheriff yang memaparkan subjek ‘polis tangkap polis’ dari lakonan mantap pelakon-pelakon tanah air,” katanya.
Untuk memeriahkan kehadiran penonton ke pawagam, barisan pelakon Sheriff seperti Shafiq Kyle, Zul Ariffin, Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz dijadualkan bakal berada di pawagam-pawagam sekitar Lembah Klang pada 20, 21, 27 dan 28 April ini.

Sebagai info, Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
BACA LAGI: “3rd Child, First Boy” Titip Kesyukuran, Syafiq Yusof Timang Cahaya Mata Ketiga – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Tiga kali gagal dalam perkahwinan tidak menghalang penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah untuk kembali berumah tangga dan mengecapi kebahagiaan. Pada 1 April 2017, penyanyi lagu Seniman Menangis ini mengahwini wanita pilihannya, Datin Zai Izzati Khiruddin dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata.
Baru-baru ini, penyanyi tersebut melaporkan bahawa isterinya iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin telah dinasihatkan oleh doktor agar tidak hamil lagi selepas ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani & Bapa, Jamal Abdillah Kembali OK. Rumah Khabarnya Tersedia Untuk Setiap Anak

Jamal mula dikenali setelah muncul sebagai juara pertandingan Bintang RTM pada 1979.
Tambah penyanyi Derita Cinta itu lagi, ia disebabkan isterinya sudah empat kali menjalani pembedahan untuk melahirkan keempat-empat cahaya mata mereka.
“Alhamdulillah, dah empat orang (anak) cukup lah. Doktor pun nasihatkan dan tak benarkan isteri saya hamil sebab semua anak kami lahir secara pembedahan.
“Apapun, syukur kesihatan bayi dalam kandungan isteri saya sekarang berada dalam keadaan baik,” ujarnya menerusi Awani.
Pada 1 April 2017, beliau telah berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin.
Sebelum itu, bintang terkenal itu telah pun memaklumkan bahawa isterinya akan melahirkan bayi mereka menerusi pembedahan pada 14 April ini.
Sekadar info, Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan mereka memiliki tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Awani, Kosmo, Berita Harian, Instagram Datuk Jamal Abdillah
∞