“Ini adalah permulaan untuk mencintai diri sendiri”
Demikian luahan pelakon meningkat naik, Amelia Christie yang mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut di media sosialnya.
Perkongsian tersebut disifatkan sesetengah pihak seolah-olah gambaran perasaannya ketika ini yang sedang beralih fasa mahu lebih mengutamakan hati sendiri.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan menganggap Amelia kini sudah ‘move on’, selain berharap pelakon berusia 24 tahun itu menemui peneman hidup yang lebih baik.
Sebelum ini Sharnaaz memaklumkan tidak pernah mengesahkan bercinta dengan Amelia, sekali gus enggan mengulas gosip konon hubungan mereka sudah terlerai.
Ads
Ia mula menjadi bualan ramai selepas mereka dilihat tidak lagi menjadi pengikut akaun media sosial masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Exclusive preview of our photos! ( My wife @Mei Mei (Rui Mei), Happiest day in our live,” coretnya.
Sama cantik dan sama padan, hantaran tersebut turut dilihat pasangan merpati dua sejoli itu secocok memakai baju berona putih suci, sementara Pinn Yang mengenakan blazer berwarna kelabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut menzahirkan rasa gembira selain mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu.
“Mesti isteri dapat kejutan hari-hari, tahniah Pinn Yang,” komen seorang pengguna.
“Syabas dan tahniah buat Pinn Yang dan isteri. Semoga kekal bahagia selamanya,” tulis lagi pengguna lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Pinn Yang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk mencari titik kesaksamaan antara lelaki dan perempuan, ada ketikanya umpamanya kita mahu mencapai bulan. Nampak dekat tetapi jauh sebenarnya.
Ramai tahu, antara lelaki dan perempuan memang banyak perbezaaan yang wujud. Ini termasuklah cara berfikir, soal menentukan masa depan bahkan ketika membuat pilihan. Ada yang kata perempuan lebih cerewet tapi sebenarnya girl’s hanya perlukan “jaminan”.
Di sebalik semua itu, tentu ramai nak tahukan, apa perkara perempuan boleh buat tapi janggal bila lelaki buat. Jom tengok!
Berpegangan tangan merupakan budaya bagi masyarakat Bangladesh yang beranggapan semuanya bersaudara
Pegang tangan – Ramai tak rasa janggal kalau perempuan berpegangan tangan terutama ketika melintas jalan, untuk faktor keselamatan katanya. Tapi cuba korang bayangkan lelaki berpegangan tangan (kecuali lelaki Bangladesh ya sebab budaya mereka begitu), sah-sahlah korang dilabelkan hmm.
Biasakan kalau perempuan laga pipi tapi luar biasa kalau lelaki yang buat. Hahaha
Laga pipi – Okay, ini selalu jumpa. Tak kiralah geng atau tidak, ahli keluarga atau kawan baik, perempuan mesti nak laga pipi kerana ia merupakan satu tanda salam perkhabaran. Kalau masa jumpa laga pipi, time balik pun sama.
Tapi bayangkan kalau lelaki buat…
Membebel – Biasalah kalau perempuan membebel, tetapi janggal kalau lelaki kuat membebel. Kalau perempuan bebel dikatakan datang bulan, lelaki pula nak labelkan apa? Petanda semakin berusia?
Beli barang tak penting – Cuba tengok kenalan perempuan korang. Ambil contoh paling senang, baju T. Dah bersusun penuh dalam almari sampaikan nak terjatuh ‘menara’ tu. Tapi bila datang musim jualan murah ada saja nak dibelinya. Bayangkan kalau lelaki pun ada perangai ini, siapa yang akan berjimat dalam perhubungan itu?
Tidur sekatil – Perempuan selalu ada alasan *legit* untuk tidur sekali. Takut tidur seorang lah katanya. Tapi bayangkan kalau lelaki tidur sekatil. Hhm, ‘sesuatu’ kah, hehe..
Bayangkan kalau lelaki 24 jam duduk di dapur memasak, tak pening jadinya. Hahaha
Memasak – Perempuan kalau duduk di dapur itu biasa. Kena pula ibu yang ada anak berderet, masak saja kerjanya. Kalau ada tangan lapan lagi bagus. Tapi kalau lelaki seharian duduk di dapur, itu petanda dialah jodoh korang! Haha, grab cepat-cepat girls. Ini baka rare..
Beli pad – Memandangkan hanya orang perempuan saja yang datang bulan, memang janggal kalau lelaki tolong belikan. Ada tu ada, tetapi ramai kerana terpaksa. Nanti kita suruh beli yang ada wing, mahu lelaki tanya, “Awak nak terbang dekat celah mana”.
Make up – Tak sah orang perempuan kalau tiada barangan mekap di dalam beg. Sebelum keluar rumah pun kena berhias dahulu. Tapi kalau lelaki gunakan alat mekap lebih daripada keperluan asas seperti serum, toner atau pelembap muka sebelum keluar rumah, terus dia dipandang pelik.
*****
Allah jadikan lelaki dan perempuan ini berbeza sifat tapi saling melengkapi. Cuba bayangkan dunia korang tanpa wanita. Mesti syarikat kosmetik, jenama pakaian wanita, minyak wangi dan selebihnya akan tutup bisnes sebab tiada pembeli. Itu belum lagi korang hilang peneman bermanja, eh!
REMAJA ucapkan Selamat Menyambt Hari Wanita pada bulan Mac ini. Tak kisahlah apa yang lelaki labelkan kepada perempuan, dunia memang tak lengkap tanpa kehadiran korang, girls.
Apa kata untuk korang hargai wanita yang menjadi sumber kekuatan hidup korang selama sambil beramal di Showcase Amal Raikan Wanita yang akan diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.
Ada ramai artis hebat seperti Dayang Nurfaizah, Harith Iskandar, Mark Adam, kumpulan Zero, Elly Mazlein dan Nabil Ahmad selaku pengacara.
Call saja ke 019-6753057 untuk tempahan meja ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Nam Yoon Su dilaporkan telah menyelamatkan nyawa dengan mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Menurut laporan, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun lalu untuk bapanya.
Kini, Nam Yoon Su sebagai penderma dan bapanya sebagai penerima kedua-duanya sudah pulih dan telah pun keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Yoon Su yang popular dengan drama Extracurricular itu, telah menghentikan segala aktivitinya sejak awal tahun bagi membuat persiapan dan menjaga tubuh badannya untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ini menimbulkan rasa kagum banyak pihak, bukan sahaja dari kalangan peminat malah masyarakat.
Pihak hospital yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut menyatakan bahawa sikap berbakti pelakon tersebut dan pengaruh baiknya itu telah membawa kepada hasil yang positif.
“Kami mendoakan agar dia terus menjadi bintang besar yang memberikan pengaruh baik dalam masyarakat kita”
Sementara itu, Nam Yoon Su juga bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Law Of Love In The City yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.