Aktres meningkat naik, Amelia Christie Lim menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Jaecoo, pada usia 24 tahun.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, memaparkan Amelia sudah bersedia untuk mengambil keretanya di ‘showroom’ Jaecoo.
“Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’,” coretnya ringkas.
Ads
Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada aktor popular, Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.
Daripada bergelar seorang guru sekolah rendah di Lembah Klang kepada peserta pentas realiti Raise The Star Malaysia (RTSMY), perjalanan seni Aril Eles bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun berbekalkan bakat, semangat serta keinginan untuk belajar; anak jati Kuala Kurau, Perak ini semakin mendapat perhatian dalam industri muzik tanah air terutama dengan penglibatannya dalam program realiti ini.
“Sebelum saya bergelar sebagai peserta RTSMY, saya seorang guru sekolah rendah sepenuh masa. Minat menyanyi dikongsi bersama adik-beradik yang lain.”
Minat Aril dalam bidang nyanyian bukanlah muncul secara tiba-tiba. Bermula sejak zaman kanak-kanak lagi, penglibatan Aril dalam bidang nyanyian turut mendapat sokongan keluarga di sekeliling.
“Minta itu timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi. Bukan saya sahaja tetapi adik-beradik yang lain juga menunjukkan minat ke arah bakat yang sama.
“Saya masih ingat lagi, arwah bapa meminta saya menyertai pertandingan karaoke ketika darjah empat dan sejak detik itulah saya sertai banyak program nyanyian sehingga sekarang,” kongsi Aril lagi.
Mental Sudah Bersedia
Bagi Aril, kecaman dan komen yang hadir daripada netizen bukanlah satu perkara baru. Namun dia memilih untuk mengambil pendekatan yang lebih terbuka terhadap setiap kritikan.
“Bila waktu senggang dan masa untuk ‘me time’ di rumah, waktu itulah saya ada masa untuk melayari media sosial. Saya dah ‘get ready’ secara mental untuk segala jenis komen.
“Saya selalu mengingatkan diri untuk terima apa saja komen yang dilontarkan kepada kita kerana komen-komen sedemikian boleh menaikkan semangat saya untuk menjadi lebih baik dalam bidang nyanyian,” ujarnya penuh yakin.
Namun, tidak semua komen yang diterima bersifat membina. Aril sendiri tidak terlepas daripada menerima komen negatif yang menjurus kepada aspek penampilan fizikalnya.
“Jika nak kata mengenai komen negatif yang saya dapat, banyak juga yang saya terima tapi bukan yang menyentuh tentang nyanyian. Tapi mereka banyak menyentuh mengenai penampilan.
“Ada yang saya boleh ketepikan sahaja tapi ada juga yang boleh menguji kesabaran. Saya baca tetapi saya tak simpan dalam hati dan saya lupakan. Saya ambil komen-komen itu untuk perbaiki diri saya, InsyaAllah,” tambahnya tenang.
Untuk pengetahuan korang, Aril bukanlah nama asing di platform digital sebelum penyertaannya dalam RTSMY. Menerusi platform TikTok, beliau aktif berkongsi konten nyanyian malah pernah berduet dengan penyanyi terkenal dari Indonesia, Fadhilah Intan. Dari situ, Aril berjaya menambah pengikut baharu dan semakin ramai yang mula berminat untuk menonton persembahannya.
“Sebelum saya cuba RTSMY ini, saya pernah juga mencuba uji bakat Big Stage dan rancangan realiti lain yang pernah Astro anjurkan.
“Saya berminat untuk mengetahui sejauh mana tahap nyanyian saya dengan menyertai pertandingan realiti. Bukan itu sahaja, saya ambil peluang ini untuk mendalami lagi ilmu lontaran vokal yang lebih terperinci. Saya belum pernah lagi mengikuti mana-mana kelas formal dan secara tidak langsung, RTSMY sebagai platform untuk mengasah kemahirannya,” ujarnya.
Menutup bicara, Aril meluahkan rasa syukur di atas peluang yang diberikan kepadanya menerusi RTSMY.
“Bila dapat jejakkan kaki di pentas sebesar RTSMY, saya sangat bersyukur kerana inilah impian saya selama ini. Sampai bila kita nak berada di media sosial saja kan… ‘why not’ kita sertai rancangan realiti sebenar. Saya harap ini adalah permulaan kepada perjalanan yang indah untuk saya bertapak dalam industri nyanyian tanah air,” simpulnya.
Saksikan Raise The Star Malaysia secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria atau strim hanya melalui Astro One dan sooka
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang ramai dalam kalangan kita yang menggemari kek keju atau cheesecake. Antara variasi cheesecake yang menjadi kegilaan ramai buat masa sekarang Lotus Biscoff Cheesecake.
Rasa yang unik adalah penyebab kenapa kek cheese ini menjadi bualan ramai. Jadi, apa kata kita try air tangan sendiri perkongsian resepi dari saudari jiha jihah. Memang best tak perlu bakar pun. Sedap sangattt!
CARA2
– Base Cake
1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble.
2. Cairkan butter atas dapur, masukkn lotus biscuit yg dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan2 utk jadikan base.
– Bahagian tengah2 (cheese)
4. Mix cream cheese + essence vanilla + 2sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
5. Bekas lain, mix whipping cream + 2sudu besar gula icing sampai kembang.
6. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi.
7. Tuang adunan tu atas base.
-Topping
8. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek.
9. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok
Senanggggggg kan?
Jiha buat dalam bekas kecik2, 1 adunan ni dapat 6 bekas.
kredit: jiha jihah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama hampir 2 dekad, Menara Berkembar Petronas memegang takhta sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Namun, dengan pembangunan menara The Exchange 106 di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) yang dijadualkan siap pada bulan September ini, ia awal-awal sudah ‘dijamin’ dapat menandingi ketinggian KLCC.
The Exchange 106 kini sudah jelas kelihatan dari mana-mana sudut bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Dari lebuh raya SMART nampak, dari MEX nampak, dari Kampung Bharu pun nampak! Itu sudah menandakan betapa tinggi dan besarnya menara ini.
Tiga permandangan The Exchange 106 berlainan. (Dari kiri) dari Stesen MRT TRX, dari Lebuh Raya MEX dan dari puncak menara TM.
Sebelum ia siap untuk dibuka dan ruang dipenuhi, jom tengok 6 perkara paling istimewa mengenai kehebatan teknologi The Exchange 106.
01
Bangunan Tertinggi
Namanya saja sudah menjelaskan berapa banyak anak tingkat yang ada. Ia mempunyai 106 aras iaitu 18 aras lebih tinggi daripada KLCC. Jika KLCC berdiri setinggi 451.9 meter, The Exchange 106 pula mencecah 492.3 meter.
Ketinggian ini sekaligus membuatkannya tersenarai dalam 15 struktur tertinggi dunia setakat ini.
Jika di London, mereka mempunyai daerah khusus untuk kewangan saja yang dinamakan Canary Wharf, di Kuala Lumpur kita ada TRX. Ia dijangka bertukar menjadi ‘bandar kecil’ untuk tujuan perumahan, komersil dan riadah yang boleh mencipta 500,000 peluang pekerjaan.
Antara syarikat yang akan beroperasi di TRX ialah HSBC, Prudential, Lendlease (syarikat hartanah dari Australia) dan beberapa lagi.
03
Lebih 2,000 Parkir Kenderaan
Korang tak perlu gusar untuk cari parking dekat The Exchange 106. Ada kira-kira 2,116 buah lot parkir kenderaan yang dilaporkan untuk kegunaan penghuni bangunan ini.
04
Salah Satu Binaan Konkrit Terbesar Dunia
Cuba bayangkan, 20,000 meter kubik bahan binaan konkrit telah dicurahkan ke dalam tapak binaan The Exchange 106, bersamaan dengan 8 kolam renang Olympik!
Proses tersebut memakan masa hanya 48 jam, berbanding 53 jam yang diperlukan untuk mencurah konkrit untuk setiap menara KLCC.
Sebanyak 120 lori simen terbabit menggunakan 8.5 juta kilogram simen.
05
Pantas Dibina!
The Exchange 106 dibina oleh lebih 2,000 buruh daripada pelbagai latar belakang yang bekerja secara syif untuk tempoh 22 jam sehari. Setiap 2 ke 3 hari, mereka dapat menyiapkan 1 aras lantai. Semakin tinggi bangunan tersebut semakin cepat prosesnya, sehingga secepat 2 hari / 1 aras lantai.
06
‘Crown’ 48 Meter
Buat masa ini, binaan dan hiasa dalamannya turut dilakukan dengan pantas. Semuanya serba mewah bersesuaian dengan status The Exchange 106. Dari segi struktur luarnya pula, semua mata masih memandang ke arah ‘crown’ setinggi 48 meter di bahagian atas menara yang masih sedang dibina.
Diharap rakyat Malaysia boleh memaksimumkan penggunaan The Exchange 106 ini. Jangan jadi bangunan tinggi tanpa penghuni sudah ya.