Pasti ramai diantara kita yang sudah merindui pengalaman di lapangan terbang kerana rata-ratanya tidak lagi menggunakan pengankutan udara itu untuk sekadar bercuti di dalam negara.
Kini apa yang menarik perhatian kami adalah laporan yang dibuat oleh BERNAMA bahawa dokumen perjalanan fizikal seperti tiket penerbangan dan pas masuk mungkin tidak lagi diperlukan bagi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Gambar hiasan
Ini kerana pelaksanaan fasa pertama inisiatif Perjalanan Token Tunggal pada separuh pertama tahun ini akan dijalankan dan ia akan menggunakan teknologi pengenalan wajah untuk memberikan pengesahan pengenalan biometrik satu token tunggal kepada penumpang.
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, inisiatif ini akan membolehkan penumpang melalui seluruh perjalanan lapangan terbang tanpa perlu menunjukkan pas masuk mereka di semua pintu, daripada daftar masuk hingga pintu pelepasan.
Fasa pertama teknologi ini dikatakan akan bermula pada pertengahan tahun ini dan proses pengesahan dijangka memakan masa hanya kira-kira 5 saat.
Ads
“Fasa pertama pelaksanaan teknologi itu dijangka selesai pada separuh pertama 2021, apabila 50 kios daftar masuk sendiri, 20 kaunter daftar masuk dan 56 eGate di pusat pemeriksaan keselamatan dan pintu pelepasan di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA akan dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah,” katanya.
Teknologi ini akan memudahkan pengguna selain memberi pengalaman tanpa sentuhan dan meningkatkan keselamatan penumpang di lapangan terbang dalam norma perjalanan baharu.
Wah, nampaknya ini satu inisiatif yang bagus kerana penumpang tidak perlu lagi memikirkan tentang pas masuk atau beratur panjang untuk menaiki pesawat.
Isu perkauman sekali lagi membayangi masyarakat majmuk Malaysia apabila timbul insiden beberapa individu berbangsa Melayu yang menggelar masyarakat berbangsa India sebagai ‘Keling’.
Malah, ada beranggapan komen mengenai bau badan serta bau minyak kelapa yang ditujukan oleh individu terbabit kepada penonton berbangsa India di acara konsert AR Rahman Kuala Lumpur baru-baru ini sebagai tidak sensitif, ‘racist’ dan melampaui tata tertib interaksi di platform media sosial.
FOTO: Facebook Anwar Ibrahim
REMAJA mendapatkan pendapat daripada beberapa individu berlainan bangsa berkenaan isu gelaran berbaur perkauman ini.
Thompson Goh, Finalis Hero Remaja 2020
Ketika dihubungi oleh REMAJA, Thompson Goh atau lebih mesra dengan panggilan Tom beranggapan ia bukan satu isu baharu memandangkan dia sendiri pernah berdepan sketisme kerana latar belakangnya sebagai seorang anak Sarawak berdarah kacukan Cina-Melayu.
Disebabkan paras luaran yang menyerupai lelaki berbangsa Cina, sejak berada di bangku sekolah lagi Tom sudah lali apabila dia sering digelar ‘Apek’. Mungkin gelaran tersebut dianggap sudah biasa dibahasakan kepada lelaki berbangsa Cina di Malaysia. Bagaimanapun, sentimen yang dirasai oleh lelaki seperti Tom mungkin berbeza daripada tanggapan am masyarakat.
“Isu gelaran ‘Keling’ yang sedang diperkatakan sekarang bukanlah satu isu baharu. Sejak sekolah, saya pun perlu berdepan isu sedemikian apabila digelar ‘Apek’ walaupun dalam kalangan masyarakat Cina, ‘Apek’ ditujukan kepada lelaki tua berbangsa Cina.
“Saya ingat lagi merasa tidak puas hati semasa kecil kerana bagi saya, gelaran ‘Apek’ boleh berbaur penghinaan mengikut niat individu yang melabelnya kepada orang lain.”
“Sebagai kanak-kanak, saya pernah terfikir, ‘You panggil I ‘Apek’ buat apa?’.”
“Secara peribadi, sebelum kita menggelar seseorang dengan nama atau gelaran tertentu, kita seharusnya bertanyakan dahulu jika beliau selesa digelar sedemikian rupa,” ulasnya yang kini bertugas secara persendirian.
Berkenaan isu gelaran ‘Keling’ yang digunakan sewaktu konsert AR Rahman baru-baru ini, Tom berpendapat ia tidak seharusnya terjadi dan ia sebenarnya menggambarkan kelemahan penghayatan sivik dalam kalangan kanak-kanak, remaja serta masyarakat umum.
“Kita tahu ia adalah perkataan yang tidak sedap didengari, mengapa kita masih menggunakannya? Kita sedia tahu bahawa gelaran berbaur perkauman adalah sensitif. Kita sedia tahu isu warna kulit juga adalah sensitif.
“Oleh itu dalam dunia yang dikuasai oleh kandungan media sosial sekarang, seseorang itu wajib fikir dahulu sebelum tulis, ambil foto dan memuat naik. Ambil masa sejenak untuk fikir.
“Seperkara lagi, jangan takut untuk bersuara jika anda adalah salah satu mangsa gelaran berbaur perkauman. Jika saya boleh mengubah masa lampau, saya akan memberanikan diri untuk menegur geng sendiri secara baik bahawa saya tidak selesa digelar ‘Apek’.
“Sebagai orang dewasa sekarang, saya pastinya akan menegur kanak-kanak atau remaja yang lebih muda dari saya untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan gelaran ‘Apek’, ‘Keling’, ‘Kampung’ dan sebagainya,” tambah Tom lagi.
KEMAS KINI: Pihak polis telah menerima satu laporan berhubung video berbaur perkauman yang dimuat naik oleh pengguna media sosial. Mereka memaklumkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sini penggemar donut Krispy Kreme? Sejak bermulanya PKP, servis pandu-lalu telah meningkat kerana mungkin ada ramai diantara kita yang tidak mahu keluar dari kereta untuk membeli makanan, dan pada yang sama kita juga ingin mengurangkan interaksi sesama manusia.
Menurut pengumuman yang dibuat oleh Krispy Kreme Malaysia, cawangan pandu lalu ini bakal dibuka di Rimbayu, bermula 15 Jun ini..
Sumber: Facebook Krispy Kreme Malaysia
Jadi, mulai hari ini, korang boleh dapatkan donut dan air kegemaran korang daripada Krispy Kreme. Sekarang lebih mudah dengan pandu-lalu, kalau korang craving donut, boleh pandu lalu je! Tak payah dah nak kena turun kereta dan beratur untuk membeli Krispy Kreme..
Sepanjang musim PKP 3.0 ini, cawangan ini akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Sekadar info tambahan, jika ada diantara korang yang dah divaksinasi, korang layak untuk tebus satu Original Glazed Donuts secara percuma, dengan mana-mana pembelian donut Krispy Kreme. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya boleh digunapakai dalam tempoh 14 hari daripada waktu korang divaksinasi tau!
Jadi, penduduk Selangor cepat-cepatlah pergi dapatkan donut korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...