
Jerawat dan kehidupan remaja memang berpisah tiada, pimples come and go as they wish. Ia sebahagian daripada norma perubahan hormon pada diri masing-masing.
Kecutkan Jerawat. DIY Sendiri Je Ketulan Ais ALOE VERA
Hold up, sebelum korang lakukan tindakan yang akan korang sesali.. cuba dulu home hacks dari Kiub Ais ALOE VERA yang REMAJA sarankan ini.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat seperti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.

Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.

3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.

Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.

3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
Berikut adalah senarai beberapa manfaat utama aloe vera untuk kulit:
- Melembapkan Kulit: Aloe vera membantu melembapkan kulit secara semulajadi. Gel aloe vera mengandungi air yang tinggi, membantu menjaga kelembapan kulit.
- Mengurangkan Kemerahan dan Keradangan: Kandungan anti-radang dalam aloe vera membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit, menjadikannya sesuai untuk merawat kulit yang sensitif atau berjerawat.
- Pengurangan Jerawat: Aloe vera mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik, membantu mengawal pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Ia juga membantu mengurangkan parut jerawat.
- Mengurangkan Gatal-Gatal: Aloe vera dapat memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal disebabkan oleh alahan atau penyakit kulit tertentu.
- Mempercepatkan Pemulihan Luka: Gel aloe vera dikenali untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka dan lecet pada kulit.
- Mengurangkan Kesan Penuaan: Kandungan anti-oksidan dalam aloe vera membantu melambatkan proses penuaan kulit dan mengurangkan garis halus.
- Melindungi Kulit daripada Sinar Matahari: Aloe vera membantu melindungi kulit daripada kesan buruk sinar UV matahari dan dapat digunakan sebagai losyen kulit selepas terkena matahari.
- Mengurangkan Kesan Garis Halus dan Kedutan: Penggunaan aloe vera secara konsisten boleh membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan pada kulit.
- Mengatasi Kesan Pemutihan Kulit: Aloe vera dapat membantu mengurangkan kemerahan dan kegelapan pada kulit, memberikan kulit penampilan yang lebih sekata.
- Menyegarkan Kulit: Aloe vera memberikan sensasi penyegaran pada kulit, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian sebagai toner atau pelembap.
Penting untuk mengingat bahawa hasil aloe vera mungkin berbeza antara individu. Sebelum menggunakan aloe vera secara terperinci, disyorkan untuk melakukan ujian kecil di bahagian kulit yang kecil untuk mengelakkan sebarang reaksi alergi atau sensitiviti.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
BACA LAGI: 6 Makna Disebalik Warna Darah Haid, Petanda Tahap Kesihatan Wanita
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Chelsea Manalo Buat Kejutan, Gadis Berkulit Gelap Pertama Juarai Miss Universe Philippines

Negara Filipina terus tampil memberikan kejutan dalam usaha mendapatkan kejuaraan kelima di pertandingan ratu cantik Miss Universe apabila ia memahkotakan gadis berkulit gelap pertama semalam sebagai juara pertandingan Miss Universe Philippines 2024.
Chelsea Manalo dari daerah Bulacan mengenepikan 52 jelitawan lain untuk menerima mahkota Mouawad Miss Universe Philippines, selempang dan sekaligus gelaran keramat itu di hadapan ribuaan penonton di Mall of Asia Arena dekat Pasay City, Filipina.
Chelsea seterusnya akan mempersiapkan diri sebelum terbang ke Mexico pada suku keempat tahun ini untuk mewakili Filipina di pertandingan Miss Universe edisi ke-73.

Juara ‘Dark Horse’
Gadis berusia 22 tahun ini sememangnya merupakan salah seorang peserta yang berjaya meraih perhatian peminat dunia ratu cantik pada sidang media pengenalan para peserta Miss Universe Philippines 2024, awal tahun ini.
Tentunya, paras fizikalnya yang berdarah kacukan Filipina (sebelah ibu) dan African-American (sebelah ayah) menjadi salah satu faktor utama yang membuatkan Chelsea lebih menonjol berbanding peserta lain.
Begitupun, itu bukanlah satu-satunya kelebihan yang ada pada Chelsea sehinggakan dia ditabalkan sebagai juara.
Setiap kali berpeluang ditemubual oleh penggiat media di Filipina, gadis berlesung pipit ini berjaya memukau pengantara sesi serta penonton dengan kebijaksaan jawapan yang diberikan.
Malah, tutur katanya juga lancar dilontarkan dengan penuh tenang lalu membuatkan Chelsea amat relatable dan berpotensi sebagai wakil Filipina di pertandingan ratu cantik antarabangsa.

Sewaktu segmen soal jawab Top 5, Chelsea diberikan soalan berbunyi, “Anda cantik dan yakin. Bagaimana anda akan menggunakan kualiti-kualiti ini untuk memperkasakan orang di sekeliling?”
Jawabnya, “Sebagai wanita berdarah kacukan, saya selalu berdepan cabaran dalam hidup. Saya diberitahu bahawa kecantikan itu mempunyai aras tersendiri. Namun untuk saya, saya selalu mempercayai kata-kata ibu saya setiap kali mendengarnya. Untuk selalu percayai kepada diri sendiri. Pertingkatkan kepercayaan yang saya ada dalam diri saya.
“Disebabkan ini semua, saya sudahpun mempengaruhi ramai wanita yang kini sedang menatap saya. Sebagai seorang wanita yang mentransformasikan diri, saya juga mempunyai 52 wakil lain bersama-sama saya di sini yang telah membantu saya menjadi diri saya sekarang.”
Tidak hairanlah Chelsea diangkat sebagai peserta dark horse yang diharapkan mampu memberi saingan sengit kepada peserta kegemaran seperti Ahtisa Manalo (Quezon Province), Victoria Velasquez Vincent (Bacoor), Christi McGarry (Taguig) dan Alexie Brooks (Ilo Ilo City) yang merupakan seorang lagi peserta berkulit gelap yang dicanang-canang sebagai juara namun gagal melepaskan diri ke peringkat Top 5, malam tadi.

Pernah Sertai Miss World Philippines
Kebelakangan ini, organisasi Miss Universe Philippines dilihat lebih bersifat terbuka untuk memahkotakan peserta yang pernah mempunyai pengalaman lalu di pentas Miss World Philippines.
Sebagai contoh, Rachel Peters di Miss World Philippines 2014, Catriona Gray (Miss Universe 2018) pernah bertanding di pentas Miss World 2016, Gazini Ganados di Miss World Philippines 2014 dan Michelle Marquez Dee di Miss World 2019.
ARTIKEL BERKAITAN: Filipina Hantar Wakil LGBTQ+ Kedua Ke Miss Universe 2023 Menerusi Michelle Dee Marquez – REMAJA
Pengalaman yang dikutip oleh mereka ini dilihat cukup berharga untuk menakluki pertandingan Miss Universe.
Nampaknya malam tadi, sekali lagi organisasi itu mengangkat gadis yang pernah mewakili Filipina di pertandingan Miss World Phillipines sebagai juaranya.
Chelsea tidak asing dengan dunia fesyen dan telah bergelar model sejak usia 15 tahun lagi. Menginjak ke usia 17 tahun, dia memberanikan diri untuk bertanding di pertandingan Miss World Philippines lalu menamatkan saingan di peringkat Top 15.

Selain tidak kekok di pentas peragaan, Chelsea juga amat mementingkan pendidikan dan mengenepikan dunia ratu cantik selama lima tahun sesudah debut-nya di Miss World Philippines itu untuk menamatkan pengajiannya terlebih dahulu. Sambil itu, gadis ini sudahpun menyelami advokasinya untuk memperkasakan pendidikan dalam kalangan komuniti remaja menerusi inisiatif Kids for Kids.
Adakah Chelsea Manalo bakal membawa pulang mahkota Miss Universe kelima untuk Filipina pada tahun ini? Jika diikutkan kriteria yang ada padanya ini, impian itu bukanlah omong-omong kosong semata. Sama-sama kita nantikan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tepati Ramalan Dapat Peluang Kedua, Juara Miss Universe Philippines 2022, Celeste Cortesi Cantik Luar-Dalam – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Comelnya Super-J! Tidak Ramai Yang Tahu 4 Fakta Tentang Jenama Hush Puppies Ini

Apa yang korang selalu cari apabila ingin memiliki sepasang kasut? Rekaan yang cantik? Kualiti? Keselesaan?
Ya..semua faktor tersebut penting bagi memastikan pemakainya tidak menyesal dengan pembelian kasut baharunya. Sebab itulah, pemakai kasut-kasut keluaran jenama Hush Puppies tidak pernah berpaling arah kepada jenama lain.
Ini kerana ia memiliki semua perkara yang dicari di atas. Hush Puppies bukanlah jenama kecil yang baru berada di pasaran Malaysia, bahkan ia telahpun berusia melebihi lima dekad lamanya!
Cuma, tidak semua orang tahu lima fakta ini mengenainya.
01
Hush Puppies merupakan jenama dari Amerika Syarikat yang telah menggunakan inovasi platform Teknologi Lantunan sejak awal ia diperkenalkan sehingga ke hari ini. Patutlah bila pakai je sepasang kasut Hush Puppies, korang terus dapat merasai keselesaannya.

02
Ramai beranggapan Hush Puppies hanya menawarkan kasut kulit untuk acara formal dan bekerja. Namun hakikatnya, ia juga memiliki sneakers yang sesuai untuk pemakaian harian serta kasut kasual yang memastikan kaki korang tidak berdepan masalah kaki melecet atau sakit selepas beberapa jam memakainya.
03
Percaya atau tidak, ramai yang selalu bertanyakan sekiranya kasut-kasut atau beg keluaran Hush Puppies ini diperbuat daripada kulit anjing ataupun tidak! Ia gara-gara perkataan ‘Puppies’ pada namanya.
No guys, kasut dan beg yang dipasarkan oleh Hush Puppies Malaysia hanya menggunakan kulit kambing biri-biri ataupun kulit lembu sahaja. Jadi, korang boleh memakainya tanpa rasa was-was.
*
04
Imej anjing yang selalu tertera pada bahagian kotak kasut Hush Puppies juga mempunyai nama!

Ia merupakan maskot jenama tersebut yang dikenali sebagai Jason. Dari situlah wujudkan koleksi Hush Puppies yang dikenali sebagai Super-J.
Koleksi Super-J Hush Puppies mempunyai pelbagai rekaan yang bergaya dan selesa. Terbaru, ia baru sahaja melancarkan koleksi edisi terhad bernama Betsy khusus untuk pemakai perempuan. Kasut serba putih ini telahpun mendapat sambutan luar biasa kerana gaya klasiknya, harga yang berpatutan dan rekaan tidak sepadan.

Ini bermaksud, bahagian kasut kanan korang tidak sama dengan sebelah kiri. Sebelah akan mempunyai tali manakala sebelah lagi tanpa tali.
Ia juga mempunyai logo Hush Puppies berwarna emas dan putih serta perkataan Super-J yang dicetak menggunakan tulisan tangan.


*
Comel kan rekaan koleksi Betsy ini. Ia sudahpun dijual di stor Hush Puppies di seluruh negara sejak 27 Oktober lalu dan juga secara dalam talian.
Disebabkan ia merupakan koleksi terhad, korang kenalah dapatkannya dengan segera. Koleksi Betsy ini dijual pada harga RM269 sepasang dan didatangkan dengan sekaki payung edisi terhad yang mempunyai rekaan grafik sama seperti pada kasut tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Minuman Detoks Yang Sedap & Sihat, Kesannya Kulit Cantik Macam Selebriti

Detox Water, rahsia kebanyakan wanita cantik!
Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.
Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.
Untuk detox, beri tumpuan kepada buah dan sayur yang memberi nutrien baik untuk kulit.
- Sitrus (lemon, oren, limau gedang) – Buah sitrus memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan dianggap sebagai anti-oksidan.
- Strawberi – Strawberi kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
- Epal – Epal kaya dengan asid maleik, yang membantu membersihkan dan melembutkan kulit dengan memperbaharui sel kulit.
- Timun – Timun penuh dengan antioksidan, termasuk vitamin C, beta-karoten, dan mangan. Ia juga menghidrat, mundi intui kulit lembut bagaikan bayi.
- Pudina – Pudina kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Pudina terkenal untuk menenang dan menyembuhkan keradangan dan merawat jerawat.
- Tembikai – Tembikai membantu membuang toksin dalam badan dan penuh dengan antioksidan, yang membantu melawan radikal bebas.
- Cuka epal – Cuka epal kaya dengan enzim yang membantu menyeimbangkan bakteria di usus. Ia juga membantu melancarkan penurunan berat badan dengan membantu penghadaman.
- Aloe vera – Aloe vera terkenal dengan sifat penyembuhannya apabila digunakan secara topikal pada kulit. Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan secara dalaman untuk mengatasi masalah usus dan juga dapat membantu melahirkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
- Halia – Halia mempunyai banyak sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia berkesan untuk menjaga kulit cantik dan bersinar dengan mengurangkan keradangan dan menjaga kulit sentiasa terhidrat.
- Buah tropika (betik, nanas, kiwi, jambu) – Buah tropika penuh dengan vitamin C yang membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen. Betik mengandungi sejumlah besar vitamin A, enzim penting yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.

Setiap kombinasi buah-buahan ini juga membantu menghilangkan kekotoran dari badan anda, yang seterusnya membantu mendorong kulit yang cerah dan bersinar.
Mudah disediakan, minuman ini mampu membantu sistem tubuh menyahtoksin dan memecahkan lemak. Walau bagaimanapun, korang tidak boleh hanya bergantung kepada rutin minuman detoks sahaja jika inginkan kulit dan badan yang ramping dan sihat.
Pemakanan diet seimbang serta workout juga sangat membantu untuk buatkan kulit korang flawless.
Tak percaya? Try lah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

