Detox Water, rahsia kebanyakan wanita cantik!

Ramai yang memilih untuk mengamalkan pengambilan minuman detoks kerana manfaat yang diperoleh sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

10 Minuman Detoks Yang Sedap & Sihat, Kesannya Kulit Cantik Macam Selebriti

Apa yang paling best, minuman ini dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

IKLAN

Nak menyediakan minuman detoks ini juga tidaklah begitu susah dan kosnya juga tak terlalu mahal.

Untuk detox, beri tumpuan kepada buah dan sayur yang memberi nutrien baik untuk kulit.

IKLAN
  1. Sitrus (lemon, oren, limau gedang) – Buah sitrus memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen kerana kandungan vitamin C yang tinggi dan dianggap sebagai anti-oksidan.
  2. Strawberi – Strawberi kaya dengan asid, folat dan vitamin C, yang masing-masing berfungsi untuk meneutralkan kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Ellagic acid juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV.
  3. Epal – Epal kaya dengan asid maleik, yang membantu membersihkan dan melembutkan kulit dengan memperbaharui sel kulit.
  4. Timun – Timun penuh dengan antioksidan, termasuk vitamin C, beta-karoten, dan mangan. Ia juga menghidrat, mundi intui kulit lembut bagaikan bayi.
  5. Pudina – Pudina kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Pudina terkenal untuk menenang dan menyembuhkan keradangan dan merawat jerawat.
  6. Tembikai – Tembikai membantu membuang toksin dalam badan dan penuh dengan antioksidan, yang membantu melawan radikal bebas.
  7. Cuka epal – Cuka epal kaya dengan enzim yang membantu menyeimbangkan bakteria di usus. Ia juga membantu melancarkan penurunan berat badan dengan membantu penghadaman.
  8. Aloe vera – Aloe vera terkenal dengan sifat penyembuhannya apabila digunakan secara topikal pada kulit. Walau bagaimanapun, ia juga dapat digunakan secara dalaman untuk mengatasi masalah usus dan juga dapat membantu melahirkan kulit yang lebih cerah dan berseri.
  9. Halia – Halia mempunyai banyak sifat anti-radang dan anti-bakteria. Ia berkesan untuk menjaga kulit cantik dan bersinar dengan mengurangkan keradangan dan menjaga kulit sentiasa terhidrat.
  10. Buah tropika (betik, nanas, kiwi, jambu) – Buah tropika penuh dengan vitamin C yang membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas. Vitamin C juga membantu menghasilkan kolagen. Betik mengandungi sejumlah besar vitamin A, enzim penting yang membantu menyembuhkan kulit yang rosak dengan mempercepat pertumbuhan semula sel.

10 Minuman Detoks Yang Sedap & Sihat, Kesannya Kulit Cantik Macam Selebriti

Setiap kombinasi buah-buahan ini juga membantu menghilangkan kekotoran dari badan anda, yang seterusnya membantu mendorong kulit yang cerah dan bersinar.

IKLAN

Mudah disediakan, minuman ini mampu membantu sistem tubuh menyahtoksin dan memecahkan lemak. Walau bagaimanapun, korang tidak boleh hanya bergantung kepada rutin minuman detoks sahaja jika inginkan kulit dan badan yang ramping dan sihat.

Pemakanan diet seimbang serta workout juga sangat membantu untuk buatkan kulit korang flawless.

Tak percaya? Try lah!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI