Kehidupan mahasiswa selalunya berkisar pada kuliah, tugasan dan aktiviti kampus. Namun bagi Muhammad Hafidz Shahril Izwan, pelajar Bacelor Sains Perniagaantani dengan Kepujian di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), perjalanan hidupnya cukup luar biasa. Pada usia 22 tahun, Hafidz bukan sekadar mahasiswa biasa. Beliau kini bergelar usahawan muda VERTICO yang berjaya membina empayar perniagaan dengan hasil yang mengagumkan.
Empayar Perniagaan VERTICO Capai RM3 Juta
Menariknya, syarikat milik Hafidz, VERTICO, kini sudah mempunyai wisma sendiri di Seksyen 8, Bangi. Lebih mengagumkan, syarikat ini berjaya menjana pendapatan mencecah RM3 juta dalam tempoh empat tahun pencapaian luar biasa bagi seorang pelajar universiti.
Bermula Ketika PKP: Bangkit Dari Rugi RM40,000
Segalanya bermula pada tahun 2021 ketika negara berdepan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ketika ramai anak muda terkesan dan hilang sumber pendapatan, Hafidz memilih untuk bertindak. Beliau bermula sebagai ejen menjual baju edisi kemerdekaan, sebelum beralih kepada perkhidmatan percetakan di bawah jenama VERTICO.
“Saya pernah rugi RM40,000 dan sampai sanggup gadai sembilan dinar emas bernilai lebih RM20,000 untuk teruskan perniagaan. Tapi saya tak berhenti. Saya belajar buat iklan berbayar di media sosial dan dari situ, pelanggan makin bertambah,” katanya.
Dari Mesin Cetakan Kecil Ke Wisma Sendiri
Dengan hanya mesin cetakan kecil hasil daripada simpanan sendiri, Hafidz menawarkan khidmat mencetak baju, lanyard, bunting dan medal. Pelanggan awalnya hanyalah pelajar kampus, namun nama VERTICO kini semakin dikenali hingga ke luar UPM. Ia menjadi bukti bahawa semangat dan keazaman mampu mengubah kehidupan seorang mahasiswa biasa menjadi usahawan muda berjaya.
Ads
Prinsip Hidup: “Buat Dulu, Fikir Kemudian”
Perjalanan Hafidz bukan mudah. Dalam kesibukan kuliah dan tugasan, beliau masih menguruskan tempahan pelanggan hingga lewat malam. Namun bagi Hafidz, inilah harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan.
“Ada masa tempahan sedikit, ada masa saya terpaksa berjaga malam siapkan kerja. Tapi saya pegang pada prinsip hidup buat dahulu, fikir kemudian. Kalau tunggu semua sempurna, kita takkan mula,” ujarnya.
Pengiktirafan Sebagai Tokoh Usahawan Siswa 2025
Hasil kerja keras dan keberanian Hafidz akhirnya membuahkan hasil apabila beliau diumumkan sebagai Tokoh Usahawan Siswa 2025 di Anugerah Tokoh Siswa Negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Beliau turut membawa pulang trofi, sijil penghargaan, wang tunai RM2,000 serta geran mobiliti bernilai RM2,000.
Kini, Hafidz menggaji lapan pekerja tetap, memiliki wisma sendiri, dan masih meneruskan pengajian sebagai pelajar tahun akhir. Bagi beliau, kejayaan ini bukan penamat, tetapi satu permulaan baharu untuk terus memberi inspirasi kepada generasi muda.
Ads
Inspirasi Untuk Remaja Malaysia
“Kalau ada idea, jangan tunggu modal besar atau plan sempurna. Mulakan dengan apa yang ada. Kesilapan itu sebahagian daripada proses belajar. Yang penting, jangan cepat mengalah,” pesannya.
Kisah usahawan muda VERTICO ini mengingatkan kita bahawa kejayaan bukan hanya milik mereka yang sudah bekerja atau berpengalaman. Dengan keberanian, ketekunan dan semangat untuk belajar, anak muda hari ini juga mampu jadi jutawan sebelum graduasi. Muhammad Hafidz menjadi bukti bahawa impian besar boleh dicapai walaupun masih bergelar mahasiswa.
Nama Loh Kean Yew mekar kebelakangan ini dek kecemerlangannya mewakili Singapura. Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu yang memenangi acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF pada 2021
Loh yang kini merupakan pemain badminton nombor satu Singapura telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Singapura 2022 dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands, kelmarin.
Seiring dengan kemenangannya, pemain nombor 3 dunia itu membawa pulang sebuah piala iringan dan wang tunai berjumlah S$10’000.00.
Jejaka berusia 25 tahun ini dalam satu hantaran di Instagramnya menyatakan rasa terharu apabila diberikan anugera tersebut. “Malam tadi, saya telah diberi penghormatan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sukan Singapura dengan anugerah Olahragawan Terbaik 2022. Saya sangat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan sangat gembira untuk semua orang yang menerima anugerah.
“Apa yang lebih istimewa ialah kehadiran ibu bapa saya di Anugerah Sukan Singapura untuk berkongsi detik gembira ini dengan saya. Terima kasih ayah dan ibu atas pengorbanan dan sokongan anda, anugerah ini saya dedikasikan untuk anda,” tulisnya panjang.
Anugerah Sukan Singapura bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas pencapaian sepanjang tahun. SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sport Singapore dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemain Singapura yang kian menyinar ini pada asalnya merupakan rakyat Malaysia. Loh Kean Yew dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah berlatih di bawah Pertubuhan Badminton Pulau Pinang sebelum dia berhijrah ke Singapura pada 2010 ketika berusia 13 tahun.
Dia yang mendapat biasiswa untuk berlatih selama empat tahun di Sekolah Sukan Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada atlet negara itu dan memilih untuk menjadi warganegara Singapura. Walaupun kini bergelar atlet Singapura, Malaysia masih lagi menjadi kampung halaman untuk pemain badminton ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kelonggaran kepada peniaga semakin diberikan kelonggaran di bawah arahan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah dilangsungkan di Malaysia sejak bulan Jun lalu. Sebanyak 11 jenis perniagaan akan dibenarkan untuk dibuka semula di negeri-negeri Fasa 1 bermula esok, 16 Ogos 2021.
Keputusan itu telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah berbincang dan menganalisa risikonya dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri serta pakar dalam sektor-sektor berkepentingan.
Salah satu daripada jenis perniagaan yang mendapat perhatian ramai warganet adalah kedai gunting rambut. Saban hari, ada saja posting baharu di media sosial yang mengeluh mengenai stail rambut mereka yang – jujurnya – ibarat mullet dah.
Pastinya korang juga boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi meminta ahli keluarga atau rakan serumah untuk memotong rambut. No more uneven hairline!
Selain kedai gunting rambut, jom lihat 10 lagi jenis premis yang dibenarkan beroperasi semula dalam Fasa 1 ini:
Kedai cuci kereta
Kedai elektrik dan elektronik
Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
Kedai perabot
Kedai peralatan sukan
Kedai aksesori kereta
Pusat pengedaran dan jualan kereta
Pasar pagi dan pasar tani. (Tidak termasuk pasar malam)
Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
Kedai barang kemas
Kedai gunting rambut dan salun kecantikan (Hanya perkhidmatan gunting rambut asas saja yang dibenarkan. Perkhidmatan lain seperti urutan tidak dibenarkan)
Sudah tentu, bagi sebelas jenis premis ini, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat harus dipatuhi – sama saja seperti semasa ia pernah dibuka pada musim pandemik ini.
Antaranya termasuklah tidak boleh menggunakan bilik salin pakaian (fitting room) dan pekerja perlu memakai sarung tangan (di kedai gunting rambut dan salun kecantikan).
Selain itu, para pelanggan yang memasuki premis juga perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang tertera dalam apikasi MySejahtera mereka. Ini kerana hanya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap saja yang dibenarkan memasuki premis.
Vaksinasi lengkap di sini bermaksud individu tersebut telah menerima suntikan dos kedua 14 hari yang lalu atau lebih (bagi vaksin jenis dua dos seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) . Bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos seperti Johnson&Johnson pula, mereka haruslah telah melepasi tempoh 28 hari selepas suntikan.
Kelonggaran terhadap 11 premis perniagaan ini juga bergantung kepada kadar vaksinasi bagi populasi dewasa di sesebuah negeri. Negeri tersebut perlu mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus kadar vaksinasi lengkap (dos kedua).
Setakat 14 Ogos semalam, negeri yang telah mencapai kadar 50 peratus tersebut ialah WP Labuan (88.1%), Sarawak (79%), Lembah Klang (64.7%), Negeri Sembilan (61.3%) dan Perlis (52.7%).
Sumber Foto : vaksincovid.gov.my
Maka di negeri-negeri ini yang masih berada dalam Fasa 1, kelonggaran ini boleh berkuatkuasa mulai esok.
Apapun, pastikan peniaga dan pelanggan semua mengikut SOP yang ditetapkan okay! Ingat, kita masih belum memenangi ‘peperangan’ menentang wabak COVID-19 lagi.
Kenyataan Media berkenaan Kemudahan Sektor Ekonomi (Vaksinasi Lengkap)
Bagi individu yang mempunyai masalah resdung pasti mencari alternatif bagi mengubati penyakit ini. Ya, bermacam jenis ubat resdung dijual di pasaran tapi why not kita mencuba cara tradisional yang sudah tentu tiada kesan sampingan.
Petua semula jadi ini dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar boleh diamalkan. Petua ini juga turut diamalkan dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah bersin yang dialami.
Petua mudah hilangkan bersin akibat resdung
Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resdung ni.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur dalam air panas.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau tutup kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap itu. Bawang yang dah diketuk akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Inilah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir pun akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Kepada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan anak perempuannya, Alisha Puteri yang baru sahaja menjalani pembedahan mata.
Menerusi satu hantaran di TikTok,...