Nama Loh Kean Yew mekar kebelakangan ini dek kecemerlangannya mewakili Singapura. Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu yang memenangi acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF pada 2021

Loh yang kini merupakan pemain badminton nombor satu Singapura telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Singapura 2022 dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands, kelmarin.

Seiring dengan kemenangannya, pemain nombor 3 dunia itu membawa pulang sebuah piala iringan dan wang tunai berjumlah S$10’000.00.

“Terima Kasih Ayah Dan Ibu,” – Anak Kelahiran Pulau Pinang Dinobatkan Sebagai Olahragawan Terbaik Singapura

Jejaka berusia 25 tahun ini dalam satu hantaran di Instagramnya menyatakan rasa terharu apabila diberikan anugera tersebut. “Malam tadi, saya telah diberi penghormatan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sukan Singapura dengan anugerah Olahragawan Terbaik 2022. Saya sangat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan sangat gembira untuk semua orang yang menerima anugerah.

“Apa yang lebih istimewa ialah kehadiran ibu bapa saya di Anugerah Sukan Singapura untuk berkongsi detik gembira ini dengan saya. Terima kasih ayah dan ibu atas pengorbanan dan sokongan anda, anugerah ini saya dedikasikan untuk anda,” tulisnya panjang.

IKLAN

“Terima Kasih Ayah Dan Ibu,” – Anak Kelahiran Pulau Pinang Dinobatkan Sebagai Olahragawan Terbaik Singapura

Anugerah Sukan Singapura bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas pencapaian sepanjang tahun. SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sport Singapore dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemain Singapura yang kian menyinar ini pada asalnya merupakan rakyat Malaysia. Loh Kean Yew dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah berlatih di bawah Pertubuhan Badminton Pulau Pinang sebelum dia berhijrah ke Singapura pada 2010 ketika berusia 13 tahun.

IKLAN

BACA JUGA: Lee Zii Jia Juara Kejohanan Badminton Asia 2022, Menewaskan Saingan Dari Indonesia

“Terima Kasih Ayah Dan Ibu,” – Anak Kelahiran Pulau Pinang Dinobatkan Sebagai Olahragawan Terbaik Singapura

Dia yang mendapat biasiswa untuk berlatih selama empat tahun di Sekolah Sukan Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada atlet negara itu dan memilih untuk menjadi warganegara Singapura. Walaupun kini bergelar atlet Singapura, Malaysia masih lagi menjadi kampung halaman untuk pemain badminton ini.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Instagram Loh Kean Yew & SgBadminton

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI