Sumber Foto: Instagram @shuk_hotfm

 

Setelah hampir sebulan siasatan diilakukan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM terhadap salah seorang penyampainya, Shuk, 35 selepas selebriti itu terlibat dengan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya, hari ini Hot FM mengesahkan bahawa kontrak Shuk telah ditamatkan berkuat kuasa hari ini.

Kontroveri rumah tangga tersebut telah mendapat perhatian menyeluruh rakyat Malaysia setelah isteri Shuk, Rossalennah Natassiah Asshaferah ataupun Sera melakukan pendedahan bahawa suaminya itu masih lagi curang dengan seorang wanita bernama Fara biarpun Shuk bergelar suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata perempuan.

Dengan penamatan kontrak ini, segmen geng pagi Hot kini dikendalikan oleh Fizie dan seorang penyampai baru yang dibawa masuk selepas penggantungan tugas Shuk tempoh hari iaitu Mark Adam.

Penulis enggan terlalu menyentuh secara mendalam mengenai perihal Shuk dan kontroversinya itu memandangkan korang sendiri rata-rata sudah tahu mengenai kejadia tersebut.

Apa yang ingin penulis sentuh adalah mengenai prosedur pemberhentian seseorang pekerja akibat masalah peribadi. Bolehkah disebabkan oleh masalah peribadi di luar tempat kerja, seseorang itu boleh dibuang kerja?

IKLAN

Kes Kontrak Ditamatkan : Bolehkah Pekerja Dibuang Kerja Kerana Masalah Peribadi?

Tinggal kenangan. Sumber Foto: Instagram @shuk_hotfm.

Dalam kes Shuk, besar kemungkinan amaran pemberhentian tugas itu tertera dalam klausa pekerja di bawah stesen Hot FM. Lagi pula, dia bergelar selebriti yang dikenali ramai. Jika Hot FM mempunyai seorang penyampai yang terpalit dengan kontroversi, tentunya ia akan mendapat tempias dari segi jumlah pendengar yang merosot, sebagai contoh.

IKLAN

Malah Shuk yang dihubungi oleh rakan media di Harian Metro juga menerima saja keputusan itu dengan terbuka. Mungkin dia faham akan implikasi isu peribadi ke atas nasih kariernya.

Akan tetapi, bagaimana pula dengan industri pekerjaan lain yang melibatkan pekerja bukan selebriti. Adakah isu peribadi boleh digunakan untuk menentukan nasib pemberhentian seseorang?

Pertama sekali, penulis ingin mengingatkan semua bahawa setiap syarikat mempunyai dasar pekerjanya sendiri.

Cuma, mengikut garis panduan pengurusan pemberhentian pekerja Kementerian Sumber Manusia, majikan haruslah terlebih dahulu berbincang dengan pekerja terbabit (seperti yang dilakukan dalam kes Shuk) dan memberi notis perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

IKLAN

Tempoh notis pernamatan itu sama ada selama 4 minggu, 6 minggu atau 8 minggu bergantung kepada sejauh mata pekerja itu telah bekerja di situ.

Bagi kesalahan salah laku pula, selalunya majikan mempunyai sebab untuk menamatkan kontrak atau menghentikan seseorang pekerja akibat isu salah laku di tempat kerja dan salah laku semasa dalam tempoh waktu bekerja.

Selain daripada itu, sebarang isu peribadi yang tidak melibatkan prestasi kerja, jenayah, kerosakan, rasuah, ketidakpatuhan dan yang melanggar peraturan yang berkaitan tempat kerja secara berterusan TIDAK semestinya akan mengakibatkan seseorang kehilangan pekerjaannya.

Cuma seperti yang penulis sebutkan tadi, dalam kes stesen Hot FM ini, mungkin klausa mereka sedikit berbeza apabila menyentuh tentang penyampai radio yang dikenali ramai.

Apapun, sekiranya seorang pekerja dibuang atau ditamatkan kontrak tanpa sebarang alasan munasabah dan tidak melibatkan salah laku seperti yang disebutkan tadi, mereka boleh saja membuat aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPP) ataupun Pejabat Buruh untuk mengadakan rundingan.

Tapi sebelum itu, korang perlulah meneliti dasar syarikat dan mengenal pasti sekiranya sebarang perbuatan korang sebelum ini pernah mencabuli dasar yang telah korang tandatangani.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI