Bermula 1 Julai 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan kesemua bas ekspres dan bas persiaran untuk memasang serta memastikan penumpang memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan sebagai usaha meningkatkan keselamatan pengangkutan awam di Malaysia.
Menurut JPJ dalam satu kenyataan, langkah ini diambil susulan statistik kemalangan maut dan kecederaan serius yang sering melibatkan penumpang bas, khususnya dalam perjalanan jarak jauh. Ini termasuk insiden di mana mangsa tercampak keluar dari kenderaan atau mengalami kecederaan parah akibat ketiadaan perlindungan fizikal seperti tali pinggang keledar.
Terdahulu, Malaysia sudah sering berdepan dengan tragedi melibatkan bas yang meragut nyawa, berpunca daripada pelbagai faktor seperti keletihan pemandu, keadaan kenderaan yang uzur, serta kecuaian penumpang sendiri yang tidak memakai tali pinggang keledar.
Kredit foto: Berita Harian
Walaupun langkah mewajibkan pemakaian tali pinggang ini dilihat agak lambat berbanding negara maju, namun ia tetap dianggap sebagai satu permulaan penting ke arah membentuk budaya keselamatan dalam kalangan pengguna pengangkutan awam.
“Penggunaan tali pinggang keledar terbukti mampu mengurangkan impak pelanggaran terhadap tubuh manusia,” kata JPJ.
Ads
Dalam pada itu, langkah ini juga boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya keselamatan diri, tidak kira tempat duduk atau jenis kenderaan yang digunakan.
Bagi pengusaha bas pula, arahan ini menuntut penyesuaian terhadap piawai keselamatan dan perlu memastikan semua bas dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar dan sentiasa diselenggara dengan baik bagi mengelakkan sebarang kecuaian teknikal.
Ads
Selain itu, usaha ini bukan sahaja akan memperbaiki tahap keselamatan penumpang, malah turut berpotensi meningkatkan semula keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam sebagai alternatif yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
Walaupun begitu, kejayaan pelaksanaan inisiatif ini juga bergantung kepada tahap penguatkuasaan dan sikap penumpang itu sendiri. Pada masa yang sama, usaha mendidik dan menyedarkan orang awam perlu dilakukan secara berterusan agar pemakaian tali pinggang keledar menjadi norma dan bukan semata-mata paksaan undang-undang.
Ads
Sementara itu, kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan saman RM300 kepada pemandu, penumpang dan pengendali syarikat, sebagai langkah meningkatkan keselamatan jalan raya.
Sekadar info, JPJ mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai hari ini dan ia melibatkan bas yang dibina mulai 1 Januari 2020, manakala bas lebih lama diberi tempoh untuk pemasangan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sama seperti rumah, kereta juga merupakan keperluan asas masa sekarang. Yelah macam mana nak pergi kerja kalau tak ada kenderaan kan. Tapi nak beli kereta baru mesti ada backup simpanan, lagi-lagi untuk mereka yang baru saja nak mulakan kerjaya.
Bukan setakat down payment je, kos penyelenggaraan, insurans, road tax dan kos minyak juga perlu diambil kira. Semuanya nak kena pakai duit, lagi-lagi di musim pandemik dan ekonomi tidak menentu ini.
Baca perkongsian dari Perunding Pengurusan Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad dalam facebooknya mengenai lapan perkara penting yang perlu korang buat apabila gagal untuk teruskan pembayaran kereta. Jom ikuti perkongsian ini.
TIPS BILA GAGAL BAYAR KERETA
Sumber : Azizul Azli Ahmad
1. Kereta masih mendahului carta sebagai 36% punca terbesar golongan muda muflis.
2. Bila kita mula tak mampu bayar hutang kereta, sebab kena berhenti kerja atau terlebih gaya.
Jangan lakukan ini kawan:
Menyerahkan kepada pihak ke-3 untuk sambung bayar/ skim sewa.
Sembunyikan daripada pihak bank elak kenderaan ditarik.
Menjual komponen kenderaan dan sebagainya.
Balik kampung, simpan kereta di rumah Tok Long.
Report kereta hilang atau kena curi.
3. Jika dah masuk bulan ketiga tak mampu bayar. Bawa kereta dan serahkan kunci pada bank.
4. Bank akan beri tempoh 21 hari untuk kita tuntut kembali. Cari duit, jual tudung, jual mekap mercuri dan tuntut kembali.
5. Jika gagal, bank akan mulakan lelongan kereta kita. Jika berjaya bida lebih dari baki hutang. Bank akan bagi baki yang ada.
6. Pihak bank tidak boleh menarik kenderaan anda sekiranya:
Finance sudah melebihi 75% kecuali dengan surat dari mahkamah.
Kereta anda berada di kawasan kediaman berpagar.
Pada hari cuti umum.
Selepas jam 9 malam.
7. Agen penarik kereta juga mestilah mempunyai kad autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
8. Mangsa juga boleh buat laporan polis jika ada unsur kekerasan dan ugutan dari agen tarik kereta.
Biar malu guna kereta lama, dari malu satu Malaysia bayar kereta dengan Baygon sahaja.
Azizul Azli Ahmad
#ShareJerKawan
#JanganBeliKeretaYangSalah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun, bagi pelajar tingkatan 5 yang baru selesai menduduki SPM akan membeli borang UPU untuk memohon menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.
Namun, untuk calon yang ingin memohon pada tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.
KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Tempoh permohonan telah pun ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, STPM, asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.
Tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, pelajar perlu membayar untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat mengisi borang permohonan secara online bagi melanjutkan pengajian.
Jadi, pelajar yang nak memohon tahun ni tak perlu nak kalut kerana kos bayaran untuk proses pemohonan UPU kali ini telah dibiayai oleh pihak KPT.
P/S: Teringat pula masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu ingatkan dah beli kod UPU ke belum. Hiks!
Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak agar membesar menjadi insan yang lebih baik. Bagi penyampai radio dan usahawan terkenal, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, pendekatan yang dipilih mungkin kedengaran luar daripada kebiasaan, namun sarat dengan nilai pembelajaran.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Johan mendedahkan tindakannya menghantar anak lelakinya, Ahmad Sodiq Hanania atau lebih dikenali sebagai Sodiq, ke rumah anak yatim sebagai satu bentuk pembelajaran. Langkah tersebut diambil selepas menyedari tabiat anaknya yang tidak gemar berkongsi, walaupun dengan adik-beradik sendiri.
“Dia (Sodiq) memang tak boleh nak berkongsi, dia dengan adik-beradik sekalipun memang takkan boleh nak kongsi.
“Jadi apa keputusan yang saya buat ialah hantar ke rumah anak yatim. Bagi saya ini adalah satu hukuman untuk diri dia sendiri supaya memberi kesedaran dan pembelajaran.
“Sodiq merupakan anak yang tak boleh kongsi makanan, pakaian, dan barang-barang dia semua memang orang lain tak boleh guna,” kata Johan ketika ditemu bual dalam program realiti TV, Borak SeeNI.
Menurut Johan lagi, keputusan tersebut bukan dibuat secara sembarangan. Ia tercetus selepas Sodiq dan adiknya, Haziq, melakukan kesalahan, lalu membawa kedua-duanya untuk merasai pengalaman tinggal di rumah anak yatim selama tiga hari.
“Ada satu hari dia buat kesalahan dengan adik dia, jadi saya bawa Sodiq dengan Haziq dua-dua pergi rumah anak yatim selama tiga hari,” jelasnya.
Perkongsian tersebut sekali gus mendapat perhatian warganet. Rata-rata memuji pendekatan Johan yang disifatkan berani dan berkesan dalam mendidik anak-anak agar lebih bersyukur serta tidak kedekut.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman peribadi, mengakui berdepan situasi sama dengan anak-anak mereka dan masih mencari kaedah terbaik untuk mengubah tabiat negatif tersebut.
Bagi Johan, pembelajaran bukan hanya melalui nasihat, tetapi juga pengalaman sebenar yang mampu membuka mata dan hati seorang anak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!