Pada zaman sekarang, untuk menjadi seorang lelaki yang setia kepada pasangannya merupakan satu perkara yang sungguh mencabar. Kiri kanan, ada sahaja dugaan yang harus ditempuhi. Hehe..
Apatah lagi kalau kita perkatakan soal setia atau tidakdi laman media sosial. Disebabkan oleh aplikasi peribadi inilah, banyak pasangan yang tidak bertahan lama disebabkan cemburu buta ataupun salah seorangnya gatal mencari pasal lalu mengundang seribu satu masalah.
Selain di laman media sosial, dalam kehidupan seharian juga ada yang cuba untuk mendekati lelaki walaupun ramai serba tahu dia sudah berpunya. Kebanyakan lelaki akan kecundang dengan godaan dan cabaran yang ada ini. Hanya sebilangan kecil saja yang boleh memastikan mereka setia kepada yang satu.
Jangan risau, lelaki ‘spesis’ setia masih wujud jika korang betul-betul mengamati sikapnya.
Tidak dahaga perhatian
Memang ada lelaki yang mempunyai ego dan merasa bangga jika mampu memikat perhatian perempuan lain. Walhal sebenarnya dia hanya main-main dan tidak serius. Dia hanya sukakan perhatian. Di sinilah di mana perempuan akan merasai diri seakan dipermainkan teman lelakinya itu.
Ads
Berbeza dengan lelaki setia, dia akan menghormati teman wanitanya. Dia ambil kisah sekiranya reaksi orang di sekeliling terhadapnya akan diterima oleh teman wanitanya ataupun tidak.
Sentiasa cuba memahami
Lelaki memang tidak mungkin dapat memahami perempuan 100 peratus. Namun jika effort dicurahkan, lelaki boleh mendekati diri teman wanita mereka secara spiritual. Ini sesuatu yang penting kepada seorang lelaki setia kerana dia tahu, adalah penting untuknya memahami perempuan yang ingin dijadikan teman sehidup semati.
Ads
Terima seadanya
Mana ada manusia yang sempurna. Sebab itulah, untuk memastikan hubungan bertahan lama, kedua-dua pasangan WAJIB belajar untuk menerima diri satu sama lain, seadanya. Lelaki yang setia (dan matang) akan fokus pada kelebihan pasangan dan bukannya meneliti satu-persatu kelemahannya. Biarkan mereka tahu sikap buruk korang. Jika lelaki tadi dapat menerimanya, girls, he is THE one.
Sedia berkorban
Untuk membuktikan kasih sayang, seorang lelaki setia akan sedia melakukan apa sahaja demi membahagiakan pasangan. Pada masa yang sama, dia tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada pasangan. Lain pula dengan lelaki yang hanya ingin mempermainkan pasangannya; selagi boleh ambil kesempatan, selagi itulah dia akan melekat pada teman wanitanya ibarat parasit.
Ada beza lelaki yang mempunyai isu amarah dan lelaki yang tegas tau..
Jika seseorang lelaki itu hanya mengikut telunjuk teman wanitanya dan membodek sahaja, percayalah; itu bukan karakter lelaki setia. Baik lelaki atau perempuan sama, ada masanya perasaan marah akan datang termasuklah jika pasangannya melakukan sesuatu yang tidak molek.
TAPI, cara seorang lelaki setiap memarahi pasangan bukanlah dengan meninggikan suara dan memaki hamun. Dia hanya akan menjelaskan poin dengan tegas. Tanpa perlu menjerit tidak tentu fasal, kita dah dapat mengagak dia sedang marah daripada gerak gerinya saja.
Ingat girls, dia hanya risaukan korang. Inilah masanya untuk korang memujuknya. Secara tidak langsung, ia dapat membuahkan lebih rasa sayang dalam hubungan kalian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Januari 2022 lalu, pempengaruh dan YouTuber Athisha Khan, 24 tidak menunggu tempoh yang lama untuk menamatkan zaman bujang.
Seperti yang pernah diberitahu oleh Athisha kepada REMAJA beberapa hari lalu, dia dan pasangan; Wan Amirul Haiqal enggan mengikat tali pertunangan untuk tempoh yang terlalu lama. Keputusan tersebut juga telah dilakukan atas nasihat dan pandangan mereka yang dekat dengan diri pasangan itu.
Lantas, dengan sekali lafaz saja, adik kepada Noor Neelofa ini telah selamat bergelar isteri kepada Haiqal dalam sebuah majlis ijab kabul di Pusatu Konvensyen Sime Darby, hari ini.
Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa Athisha iaitu Datuk Abdul Halim Khan di mana pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pihak laki dan saling menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis masing-masing setelah selamat disatukan.
Seperkara elemen istimewa yang menjadi bualan warganet terutamanya pengikut Athisha tentunya adalah dekorasi rekaan Reka Teemor yang mengubah dewan tersebut menjadi lokasi pernikahan dalam taman.
Kalau korang masih ingat, Reka Teemor juga merupakan pereka acara yang bertanggungjawab ke atas dekorasi majlis perkahwinan dua orang kakak serta abang Athisha dua tahun kebelakangan ini; iaitu majlis Mohamed Aqief, Noor Nabila Noor dan tentunya, majlis Noor Neelofa dengan reka bentuk pelamin Jabal Rahmahnya yang menjadi tular.
Untuk majlis Athisha dan Haiqal ini, pengasas Reka Teemor iaitu Faiz Sabari telah menampilkan konsep ‘Brighton Garden’ yang mungkin sekali diilhamkan daripada konsep taman Inggeris seperti yang ada di Brighton UK. Ini memandangkan hubungan pasangan tersebut telah bertambah rapat setelah mereka memilih United Kingdom sebagai lokasi melanjutkan pengajian; Athisha di University of Birmingham manakala Haiqal di Coventry University.
Sedari melangkah di pintu gerbangnya, perasaan seakan berada dalam taman dapat dirasai seperti yang korang lihat dalam foto di bawah ini.
Tambah istimewa apabila langkahan Athisha di laluan ‘aisle’ menemukannya dengan frasa ‘Till Forever’ ataupun sehingga selamanya sebelum dia berada di bawah gazebo di tengah laluan.
Hiasan pelamin Athisha dan Haiqal juga tidak kurang memukau apabila ia dipenuhi dengan pelbagai gubahan flora yang mempunyai estetika ‘taman liar’ indah.
Tambahan pula dengan pemilihan gaun serba putih rekaan Alia Bastamam Atelier hari ini, imej Athisha sebagai pengantin perempuan yang moden namun masih mempunyai nilai sentimental serta romantik cukup terserlah.
Kami di REMAJA mengucapkan tahniah untuk kedua mempelai dan mendoakan agar hubungan kalian menerima barakahNya dan kekal hingga ke akhir hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Depan korang, memanglah mereka berdua nampak ‘friendly’.
Itu saja. Kawan kan?
Tapi dalam senyap, mereka sebenarnya sedang bermain perasaan sesama sendiri.
“Hey! Bukan korang berdua kawan baik aku ke?”
“Kalau dah jodoh..”
Hhm, macam mana nak tahu sekiranya dua orang kawan kita sedang bercinta? Contoh terbaik ialah pelakon To All The Boys I’ve Loved Before, Noah Centineo dan Lily Collins.
Cer tengok kalau kawan korang ada menunjukkan 4 tanda-tanda kecil ni.
* * * * *
Alasan ‘Bukan Nak Jumpa Pun, Tapi..’
Bagi korang yang tak tahu, Noah dan Lily sering menidakkan mereka adalah pasangan kekasih kerana mendakwa hanya memiliki manager yang sama. Sebab itulah mereka selalu dilihat bersama atau berhubungan.
Kalau kawan korang selalu berjumpa disebabkan ada kelas sama, atau bekerja dalam office sama – tak lama lagi ‘sangkut’ lah tu..
Lily dan Noah di set penggambaran sama.
* * * * *
Bergambar Dengan ‘Orang Ketiga’
Malu nak bergambar kedua, dia heretlah orang ketiga. Kalau tak bertiga, mereka akan mengambil we-fie untuk mengelak orang lain tahu.
Noah dan Lily bergambar bersama seorang bayi dan menaip caption, “Take a picture with our baby.”
Haipp..
* * * * *
Komen Di Instagram, Dan Reply Semula!
Noah merupakan selebriti terpilih untuk kempen Calvin Klein baharu bersama-sama Kendall Jenner, Travis Scott dan all-time-heart-throb Shawn Mendes.
Dia memuat naik foto tanpa baju di Instagram dan cuba teka siapa yang meninggalkan komen?
Lily menaip, “I never look that good when I lounge.” Ia diikuti dengan komen balas Noah berbunyi, “Oh please” dan emoji api.
Bila dah mula komen flirty macam tu, maksudnya…
Instagram
* * * * *
Ajak Ke Event Sebagai Kawan
Taktik tiket ‘Just As Friends’ ini dah lapuk, tetapi masih menjadi taktik popular di kalangan remaja.
Tak kiralah kalau korang dijemput ke Vanity Fair Oscar Party seperti Noah dan Lily ataupun ke kenduri ahli keluarga, jangan lupa ada mata yang memerhatikan korang.
Jadi agak-agak, Noah dan Lily ni sedang bercinta atau tidak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan rapat antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah akhirnya mendapat jawapan terus daripada empunya badan.
Menerusi satu temu bual, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak menafikan kehadiran Bella dalam hidupnya telah membawa kebahagiaan dan kegembiraan.
Kredit foto: Instagram Bella Astillah
“Memang saya tidak boleh nafikan kehadiran Bella buat saya bahagia dan gembira,” katanya.
Walaupun terbuka berkongsi soal perasaan, Syed Saddiq lebih selesa sekiranya hal jodoh dan masa depan bersama dibincangkan secara tertutup antara dua keluarga.
“Tentang cerita-cerita lain, apa yang berlaku, bila itu saya cuma mohon doa yang baik-baik sahaja kerana saya bukan manusia yang sempurna, banyak perlu saya belajar tapi memang saya nak mengikuti apa yang ibu dan ayah saya ada.
“Bahagia tapi perancangan pada masa yang akan datang apabila melibatkan dua buah keluarga, perkara sebegini biarlah dibincangkan secara tertutup.
“Apa yang saya boleh minta adalah doa sahaja supaya semua berjalan dengan baik,” ujarnya.
Syed Saddiq juga mengakui pernah memikirkan tentang soal mendirikan rumah tangga. Bahkan, itulah sebab beliau menolak cadangan untuk menjadi presiden parti demi memberi ruang kepada kehidupan peribadi dan keluarga.
“Tipulah kalau saya kata tak fikir tentang nak bina rumah tangga sendiri. Sebab itu contohnya baru-baru ini apabila parti saya mencadangkan saya untuk menjadi presiden dan saya kata berikan sedikit ruang dan masa kerana saya pun nak ambil masa sedikit untuk diri saya, keluarga, yang bila saya dilanda kontroversi, mereka juga terpalit sama,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!