Pelakon berusia 28 tahun, Jansen Panettiere ditemui maut terbaring pada lantai ruang tamunya.
(Dari Kiri) : Hayden Panettiere dan mendiang adiknya, Jansen Panettiere.
Ketiadaan Jansen yang juga merupakan adik kepada pelakon popular, Hayden Panettiere mula menimbulkan rasa curiga dalam kalangan kenalan dan ahli keluarganya setelah dia dilaporkan tidak menghadiri satu sidang mesyuarat baru-baru ini tanpa sebarang sebab atau respon.
Mereka kemudiannya menuju ke kediaman apartmen Jansen itu di New York dan mendapati jasad Jansen sudah tidak memberi tindak balas.
Lapor U.S. Sun, rakan Jansen yang dikenali sebagai Benjamin Brown (salah seorang yang menyertai mesyuarat tersebut) tampil melakukan bantuan pernafasan atau CPR setelah menghubungi talian 911. Malangnya, Jansen tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di kediamannya.
Jansen muncul dalam siri televisyen popular, The Walking Dead pada tahun 2019.
Kematian pelakon yang mula popular menerusi saluran Nicklodeon itu secara tiba-tiba pada hari ini telah menimbulkan kemusykilan orang ramai dan mereka yang mengenalinya.
Ads
Biarpun pihak polis mengesahkan bakal menyiasat kes ini bagi mengetahui punca kematian, spekulasi liar mengenai kematian Jansen masih bertebaran di Hollywood.
Sebagai info, Jansen menempah populariti berterusan menerusi filem seperti The Babysitters (2007), The Perfect Game (2010), The Lost Medallion: The Adventures of Billy Stone (2011), The Martial Arts Kid (2015), How High 2 (2019) dan siri televisyen The Walking Dead (2019).
Mengenai hubungan adik-beradik di antara Hayden dan Jansen, mereka selama ini dilaporkan cukup rapat sehingga ke detik akhir hayat Jansen. Mereka seringkali ditemui menghadiri acara karpet merah bersama-sama sebelum ini.
Ads
Jansen juga merupakan seorang yang aktif di Instagram.
Hantaran terakhirnya di platform media sosial itu memperlihatkan swafoto Jansen yang tersenyum lebar dan latar belakang berdinding grafiti pelangi.
Menurut sumber terdekat Entertainment Tonight, kakaknya Hayden benar-benar terkesan dengan kematian adik lelakinya itu dan belum bersedia memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Faisal Halim tidak menunggu lama untuk mengotakan janjinya menghadiahkan motosikal baharu kepada penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan yang juga motosikal kedua diterimanya sebaik pulang daripada menyaksikan perlawanan Harimau Malaya di Piala Asia dekat Doha, Qatar.
Tonggak utama Harimau Malaya itu bersama penajanya, Blast Active secara rasminya menyerahkan motosikal model Yamaha LC135 kepada Derrick menerusi satu majlis ringkas.
Menerusi video pendek di Instagram Story Blast Active, Faisal dilihat menyerahkan sendiri motosikal itu selain mengucapkan terima kasih kepada Derrick yang sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia.
“Saya sebagai duta daripada Blast, inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast, saya beli motor untuk awak. Saya sebagai pemain memang agak terharu, teruja dan agak sedih sebenarnya melihat awak menangis waktu kita (bertemu) dengan Korea hari itu.
“Jadi saya dah niat dengan Blast nak hadiahkan motor kepada awak. Inilah motor awak,” kata Faisal menerusi video pendek itu.
Semalam Derrick menerima hadiah motosikal jenis skuter daripada syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama sebuah stesen radio swasta tempatan sebaik dia tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Doha.
Terdahulu, reaksi Derrick yang menangis selepas Malaysia beroleh gol kedua menerusi sepakan penalti Arif Aiman Hanapi ketika bertemu Korea Selatan menghadirkan rasa sebak dalam kalangan penyokong negara yang turut berkongsi rasa sama ketika menyaksikan aksi terakhir Kumpulan E itu.
Namun ada cerita di sebalik tangisannya di bumi Doha itu selepas tular Derrick sebenarnya sanggup menjual motosikalnya untuk mencari dana demi menyaksikan perlawanan membabitkan Harimau Malaya di Doha.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau Ramadan lepas, Tealive dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk kempen raya dengan memberikan promosi harga minuman serendah RM2.50 apabila membayar menggunakan Touch n Go eWallet.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan mungkin kerana tu, kerjasama ini diteruskan lagi. Ha berita baik untuk korang yang gemarkan minuman Tealive, mulai 1 November 2019, setiap minuman Tealive yang berharga RM6.50, jika korang bayar menggunakan Touch n Go eWallet akan dicaj dengan hanya harga RM2.50.
Tawaran ini berlangsung dari 1 November hingga 29 Disember 2019.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian bagi satu transaction.
Tawaran ini juga hanya sah di seluruh outlet Tealive kecuali outlet di AEON Delica Foodcourts dan Maxvalu.
Promosi ini hanya terhad untuk 1,800,000 cups saja sepanjang tawaran berlangsung.
Ha, kalau nak murah kena la cepat-cepat beli kan. Serious, korang memang boleh jimat banyak jika menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Jom Tealive malam ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang tinggal di Lembah Klang, nama ‘Kampung Sahabat’ mungkin kedengaran janggal sedikit.
Namun, bagi mereka yang menetap mahupun pernah ke Perlis, pastinya korang tahu bahawa Kampung Sahabat adalah sebuah penempatan yang terletak di negeri itu.
Indah dengan panorama sawah padi hijau, langit membiru dan pergunungan sebagai latar belakang – seperti yang sinonim dengan negeri Perlis.
Apabila remaja dan jurugambar sambilan, Dinny Aiman memuat naik foto pemandangan indah yang diambil di Kampung Sahabat ke akaun Instagramnya, dia sama sekali tidak menjangkakan foto tersebut akan menarik perhatian syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple.
Foto tersebut yang diambil dengan kamera iPhone 7 Plus telah dimuat naik semula oleh Apple di akaun Instagram mereka berserta caption berbunyi, “Humanity turns a photo into a story” dan mempunyai hashtag #malaysia di situ.
Dinny, 20 berkata kepada rakan media di Sinar Harian bahawa foto tersebut sedikit sebanyak memberikan impak kepada kerjayanya sebagai seorang jurugambar.
“Saya hanya mengambil gambar di negeri kelahiran saya itu pada bulan Mei lepas dan hanya untuk berkongsi tentang keindahan pemandangan di Perlis,” katanya.
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.