Khabar pelepasan jawatan Perdana Menteri benar dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru saja disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri.
Ramai tertanya-tanya apakah yang bakal berlaku sekarang?
Sebelum kita merujuk kepada apa yang bakal berlaku, kita lihat dulu kuasa pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.
IKLAN
Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa pelantikan ini disandang oleh Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 40(2) itu menyatakan, ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini’.
Peruntukan ini jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
IKLAN
Bagaimanapun, perlantikan itu juga adalah di atas kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Perlembagaan tidak menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri.
Namun situasi terkini, Perdana Menteri telah meletakkan jawatan dan bukannya dipecat.
IKLAN
Apabila perkara ini berlaku, di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, seluruh kabinet akan secara automatik dibubarkan dan kabinet baru perlu dibentuk semula. Kesemua jawatan Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri perlu dikosongkan.
*
Malaysia jelas bakal menerima barisan kepimpinan baharu. Adakah kita sudah bersedia?
Tahun lalu pertandingan Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringat Antarabangsa ke 61 menyaksikan Nor Farhatul Fairuzah Panut diangkat sebagai johan qariah pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun. Malah ketika kemenangan itu dinobatkan beliau masih bersekolah dalam tingkatan enam adi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP Labu) Negeri Sembilan.
Sebaik diangkat sebagai Johan Qariah peringkat antarabangsa, Farhatul sering berkongsi ilmu dimilikinya di ruangan Instagram hingga menarik minat remaja dan orang untuk mengikuti pengajian taranum yang dilakukan di medium media sosial miliknya.
Mengakui antara taranum yang digemarinya termasuk Nahawand, Rast, Hijaz dan Bayyati selain Soba, Jiharkah dan Sikah menyaksikan dirinya terus berusaha membaiki bacaan tarannumnya untuk lebih sempurna.
Dalam satu temubual pernah dilakukan, remaja ini mengakui ramai remaja mahupun orang dewasa menunjukkan minat terhadap seni Islam itu sehingga ada kalangan mereka menghantar rakaman video bacaan al-Quran untuk disemak tajwid atau taranum yang dilagukan.
Disebabkan itu juga, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.
Populariti diraihnya untuk jalan kebaikan ini turut menyaksikan lebih 600,000 orang menyaksikan tarannum challenge yang dibuat sesama beradik di tepi pantai.
Dapat disaksikan kakak dan abangnya bertarannum dengan suara yang sangat baik sekaligus membuktikan kesemua adik beradik ini menyintai Al-Quran.
Malah beliau turut mengajak kita semua membuat tarannum challenge sesama ahli keluarga.
Yezz, sebagai remaja, ada banyak perkara baik kita boleh lakukan terutama sesama adik beradik. Tak perlulah challenge “tak masuk akal” kerana setiap perkara kita lakukan akan ditanya di akhirat kelak. So korang, selagi masih ada nyawa, berbuatlah kebaikan agar ia menjadi asbab kita ke syurga kelak
Lihat video yang sudah ditonton lebih 600,000 orang ini selepas dimuat naik di fb miliknya.
Perkahwinan seorang wanita warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Illi Najwa Saddique bersama Kapten Hoki Pasukan Negara India, Manpreet Singh Pawar mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini.
Majlis resepsi yang berlangsung pada awal Disember lalu di India tular di media sosial dan telah mencetuskan kemusykilan orang ramai di Malaysia apabila mendapati beberapa gambar perkahwinan mereka berjalan dalam upacara Punjabi.
Susulan daripada kekecohan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan kenyataan di laman facebooknya baru sementar tadi.
Sahkan Maklumat
Menurut Datuk Dr Zulkifli Islam menuntut umatnya agar mengesahkan sesuatu maklumat yang diperoleh sebelum sebarang pandangan dan tanggapan dibuat. Tangkap layar ( screenshot) rakaman video atau hantaran (posting) di media sosial adalah maklumat sekunder dan tertier yang ada kemungkinan sahih atau tidak. Dalam hal ini, Illi Najwa dan keluarga jauh lebih mengetahui situasi sebenar.
Selain itu, Menteri Agama sempat menyatakan perkahwinan antara pasangan Muslim dan Bukan Muslim adalah tidak dibenarkan berdasarkan Seksyen 10, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
Namun sebelum ini, tular juga penjelasan dari Illi Najwa di laman sosial;
Rata-rata warganet setuju dengan penyelasan Menteri Agama ini.
Terdahulu, wanita tersebut, Illi Najwa Saddique yang menjalinkan cinta selama lapan tahun dengan Kapten pasukan Hoki India itu telah melangsungkan perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Apa-apa pun, jangan la kita buat andaian sendiri dan menghukum tanpa usul periksa. Kan nanti timbul fitnah.
Sumber : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Siapa kata wanita cantik tak mampu menempah kejayaan di lapangan yang lasak. Apatah lagi apabila diberi tanggungjawab mengemudi pemanduan tinggi di awangan!
Khaysha Mohd. Faizal Sivanathan bukanlah calang-calang wanita, figura ini merupakan juruterbang kanan di Malaysia Airlines Berhad (MAS).
foto via instagram
Siapa sangka, profesion menjadi juruterbang sebenarnya tidak pernah langsung singgah pada benaknya. Wanita itu lebih mengidamkan untuk menjadi guru. Pun demikian, qada dan qadar sudah menentukan sebaliknya.
Ketika pertama kali berpeluang berada di dalam isi pesawat ketika melancong bersama ahli keluarga ke Zurich, Switzerland pada usia 15 tahun, perspektif Khaysha berubah.
“Ketika dalam penerbangan, saya terfikir, kalau jadi juruterbang pun okey juga sebab boleh melancong ke negara orang dengan percuma.
“Saya juga sangat kagum dan taasub dengan kejuruteraan sebuah pesawat gergasi yang mampu melawan graviti untuk terbang tinggi. Bermula dari situ, saya bertekad untuk menjadi juruterbang,“ imbaunya.
Ditentang Ayah
Apa yang direncana Khaysha nampaknya tidak berjalan lancar memandangkan ayah tersayang mahu melihat beliau bergelar seorang doktor.
“Saya sebenarnya sudah lanjutkan pengajian dalam Asasi Sains, tetapi bertahan selama dua bulan sahaja kerana jiwa saya bukan di situ.
“Saya kembali memujuk ayah untuk membenarkan saya merealisasikan cita-cita saya. Saya kemudian mencari sendiri akademi penerbangan persendirian dan akhirnya saya menuntut ilmu di sebuah syarikat swasta di Langkawi, Kedah,“ katanya.
Mahu Bukti Kemampuan
Berbekalkan lesen juruterbang komersial dan juruterbang pengangkutan syarikat penerbangan, anak kedua daripada tiga beradik itu berusaha mencari peluang berkhidmat di syarikat penerbangan tempatan.
“Masa itu, persaingan cukup sengit. Tak mahu mengganggur terlalu lama, saya mengasah kemahiran dengan menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah agensi simulator penerbangan awam selama enam bulan sebelum diterima sebagai kadet juruterbang di Malindo Air (kini dikenali sebagai Batik Air Malaysia),“ kata Khaysha yang memaklumkan beliau merupakan antara kira- kira antara 30 juruterbang wanita di MAS.
Ujar beliau, dirinya mahu membuktikan kemampuan dalam industri yang dimonopoli kaum Adam. Serentak dengan itu, beliau juga mahu menepis pandangan skeptikal orang ramai yang masih memandang rendah terhadap keupayaan juruterbang wanita.
“Kami menjalani latihan yang sama tanpa ada diskriminasi gender, jadi tak perlulah timbul isu siapa yang lebih baik atau sebaliknya,“ tegasnya.
Cabaran sebagai juruterbang wanita?
Sejujurnya, bagi saya walaupun dipandang rendah oleh sesetengah pihak, tidak bermakna seorang wanita itu tidak boleh menjadi juruterbang yang bagus. Saya bernasib baik kerana dikelilingi rakan-rakan sekerja yang menghormati tanpa mengira pangkat sama ada kapten, kru penerbangan hingga kru teknikal.
Untuk info, berdasarkan statistik Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa (2021), daripada 720,605, hanya 64,979 orang terdiri daripada juruterbang wanita. Jadi, juruterbang ini wajar dijadikan contoh anak muda dan remaja yang punya cita-cita serupa. Go girl!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rapper tempatan, Bunga dijadualkan membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada 22 November 2023.