Bagi anda yang membesar sekitar penghujung 1990-an dan awal 2000-an pasti kenal dengan penyanyi popular ini yang suatu ketika dahulu menakluk carta muzik dengan lagu-lagu seperti Aarons Party’s, I Want Candy dan I’m All About You.

Aaron Carter yang dilahirkan pada 7 Disember 1987 ini telah ditemui mati di rumahnya di Carlifonia Selatan pada 5 November 20222. Taylor Helgeson, wakil Big Umbrella, sebuah syarikat pengurusan hiburan, mengesahkan kematian bintang terkenal itu tetapi enggan mengulas mengenai punca kematian.

Bekas Bintang Remaja Popular, Aaron Carter Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

Mendiang merupakan adik kepada Nick Carter, salah anggota kumpulan terkenal, Back Street Boys. Mengeluarkan album pertamanya pada usia 9 tahun, namun dia benar-benar mengecap populariti menerusi album Aaron’s Party (Come Get It) yang dihasilkan ketika dia usia 12 tahun. Album tersebut menerima jualan tinggi sehingga mencapai tiga kali platinum.

IKLAN

Ketika itu mendiang menjadi kegilaan remaja-remaja perempuan dan merupakan salah seorang figura yang kerap menghiasi program berkonsepkan remaja dan juga majalah-majalah khusus untuk remaja.

Mendiang Aaron kemudiannya beralih ke genre rap dan berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Dia muncul dalam program termasuk siri komedi terkenal, Lizzie McGuire dan membuat debut Broadway pada tahun 2001 sebagai JoJo the Who dalam Seussical The Musical.

BACA JUGA: “Saya Tunggu Anda Telefon,” – Hosiani Keewon Kini Bergelar Penyampai Radio ERA Sabah

IKLAN

Bekas Bintang Remaja Popular, Aaron Carter Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun

  itu muncul dalam program televisyen AS Dancing With The Stars pada tahun 2009 dan dalam siri realiti keluarga House Of Carters. Naskah terakhirnya sebagai seorang penyanyi adalah menerusi album LOVE yang dikeluarkan pada tahun 2017.

IKLAN

Ketika zaman popularnya, jejaka yang dikenali dengan masalah perhubungan dengan teman wanita pernah menjalin cinta dengan selebriti popular sepeerti Lindsay Lohan dan Hillary Duff. Kini, mendiangan meninggalkan seorang cahaya mata yang dikenali sebagai Prince yang kini berusia setahun hasil perhubungannya bersama Melanie Martin.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI