Jika ada pelajar yang sudah berasa bosan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tetapi masih cukup dengan kemudahan untuk belajar secara online, bayangkan bagaimana pula nasib pelajar lain yang tidak mempunyai kelengkapan yang sempurna?
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, sudah tentu aktiviti PdPR tidak dapat dijalankan dengan baik akibat kekangan kemudahan yang tidak diperoleh.
Oleh yang demikian, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai menggunakan perahu untuk dijadikan ‘bilik darjah’ bagi memastikan tidak ada muridnya yang tercicir dalam pelaran sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Guru yang dikenali sebagai Nasir Mohamed Jamal, turut menggunakan perahu itu untuk menghantar modul pembelajaran setiap minggu kepada para pelajarnya. Jelasnya, dia dan rakan guru yang lain mengambil inisiatif sendiri untuk menghantar modul PdPR menggunakan perahu sekali atau dua kali seminggu.
Hal ini kerana untuk menjalankan PdPR menggunakan peranti adalah mustahil disebabkan tiada perkhidmatan jalur lebar yang baik.
Berbekalkan sebuah beg mengandungi modul PdPR dan meja lipat, cikgu Nasir yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, meninggalkan rumahnya ke perahu kayu beratap yang dikemudinya sendiri di Sungai Kinabatangan untuk ke rumah murid-muridnya.
Disebabkan tiada jeti atau tempat turun dari perahu yang sesuai, cikgu itu keluar dari perahunya dengan berhati-hati di kawasan cetek di tepi sungai dan menjemput muridnya di rumah berdekatan.
Ads
Sebelum memulakan pembelajaran, cikgu Nasir akan mengimbas suhu badan murid-murid, memberikan hand sanitizer dan pelitup muka kepada mereka.
Cikgu Nasir yang berasal dari Padang Rengas, Perak itu telah berkhidmat di sekolah tersebut sejak 10 tahun lepas dan mengakui keadaan di kawasan pedalaman yang jauh berbeza di bandar mewujudkan perasaan tanggungjawab dalam dirinya untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai realiti kehidupan di luar kampung mereka.
Besar sungguh pengorbanan yang dilakukan oleh guru bagi memastikan para pelajarnya mendapat pendidikan yang sempurna. Semoga segala usaha yang dilakukan oleh cikgu Nasir serta semua guru yang mendidik anak bangsa mendapat keberkatan dan penghargaan yang tinggi oleh masyarakat.
Jadi, bagi korang yang mempunyai segala kemudahan yang cukup sempurna, bersyukurlah dengan situasi korang sekarang kerana masih ada lagi pelajar yang ingin menimba ilmu tetapi tidak berkemampuan untuk melakukannya.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000 buat individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan Allahyarham adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Disember lalu.
Timbalannya, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran berkenaan diberikan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
“MCPF bersedia tawar ganjaran kepada mana-mana individu berkaitan kes pembunuhan Zyan Rayyan ini.
“Ganjaran ini akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF sendiri berkaitan tawaran ganjaran ini,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Adik Zayn Rayyan yang dibunuh itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
SUMBER FOTO: Awani
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang muda bola sepak yang menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas menjadi watak penting kemenangan buat skuad Bawah 18 tahun negara ketika menentang Australia pada Kejohanan Perseketuan Bola Speak ASEAN B-18 2019 sekali lagi mencipta rekod peribadi terbaik apabila berjaya meledak gol pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK).
Biarpun hanya untuk aksi persahabatan, anak muda ini berjaya membuka mata dan menambah kepercayaan pasukan untuk terus menyenaraikannya dalam skuad utama Kortrijk.
Penyerang berusia 18 tahun itu menjaringkan satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel, 2-1, malah ia merupakan jaringan keduanya selepas menyertai kelab itu bulan lalu, ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK yang menyaksikan pasukannya tewas 4-1.
Menerusi video yang dikongsi oleh kelab KVK di laman Facebook mereka, Luqman mengakui bahwa perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk dirinya belajar (gaya) permainan di Eropah. Dia juga sangat gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama untuk skuad utama.
🙌 WHAT A DEBUT! 🙌First game, first goal for Luqman Hakim! 😍🔴⚪️ #COYR
Posted by KV Kortrijk on Saturday, 5 September 2020
Rakyat Malaysia juga turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah dan memberikan semangat agar Luqman Hakim terus melakar kejayaan di peringkat dunia.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Luqman Hakim dan semoga jaringan gol ini menjadi semangat untuk dirinya lebih berusaha serta mencatatkan lebih banyak kejayaan dan secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.
Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
Jadi, macam biasa resipi yang dikongsi di media sosial banyak membantu memberi idea bagi menyediakan lemang DIY yang lebih mudah tanpa menggunakan buluh. Ada juga yang berkongsi cara penyediaan menggunakan tin.
Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat, tetapi tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan sebagai bekas memasak.
Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan Kesihatan!
Gambar hiasan
Berikut merupakan sebab-sebab kenapa masak lemang dalam tin tidak selamat untuk kesihatan:
• Tin minuman tidak selamat digunakan semula untuk memasak makanan
• Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas
• Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan
• Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan
Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.
#SyukurBersama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...