Di sebalik kesibukan kota, kisah seorang penjual roti john di tepi jalan mencuri perhatian ramai apabila videonya tular di TikTok. Lelaki itu ialah Zakaria Amsar, 41, yang gigih mencari rezeki demi menyara isteri dan tiga orang anaknya.
Zakaria tidak pernah mengajar anak-anaknya untuk malu bekerja. Baginya, selagi rezeki dicari dengan cara yang halal dan bermaruah, tiada apa yang perlu disembunyikan daripada pandangan orang.
“Saya pesan kepada anak, buat apa nak malu kerana bukan mencuri tapi cari rezeki.
Biar orang nak cakap apa kerana hakikatnya kita menjual, bukannya minta sedekah. Lainlah kalau ambil hak orang kerana Nabi (Rasulullah SAW) pun galakkan berniaga,” katanya.
Tular Bersama Anak, Undang Air Mata Netizen
Kisah Zakaria mula mendapat perhatian selepas sebuah video memaparkan dirinya berniaga sambil ditemani dua orang anaknya, Muhammad Zulhairi, 12, dan Zulaikha Zafirah, 7. Rakaman ringkas itu nyata menyentuh hati ramai warganet.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan Zakaria sebagai seorang bapa. Tidak kurang juga yang menyamakan beliau dengan watak Papa Zola, adiwira realiti yang berjuang demi keluarga tercinta.
Pernah Jadi Kelindan Lori, Kini Berniaga Sepenuh Masa
Berkongsi kisah hidupnya, Zakaria yang berasal dari Batu 8 1/2 berkata, dia pernah melakukan pelbagai pekerjaan sebelum ini, antaranya bekerja di premis cucian kereta dan menjadi kelindan lori. Namun, pada September tahun lalu, dia mengambil keputusan berhenti kerja untuk berniaga sepenuh masa.
Keputusan itu dibuat walaupun sedar cabaran sebagai peniaga kecil bukan mudah, terutamanya apabila pendapatan tidak menentu.
“Saya berniaga kerana minat, isteri pun sama (minat) malah emak dengan ayah juga berniaga.
Ads
“Sebelum ini berniaga ‘steamboat’ dan nampak senang tapi leceh. Disebabkan itu, saya pilih jual roti john dan sudah jual sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum berhenti kerja lagi.
“Sejak awal lagi memang berniaga di sini dan syukur kerana bertahan sampai sekarang,” katanya lagi.
Roti John Jadi Sumber Rezeki Keluarga
Setiap hari, Zakaria akan mula menyediakan roti john seawal jam 6 petang dengan bantuan isteri dan anak-anaknya. Sebelum kisahnya tular, dia hanya menyediakan sekitar 20 hingga 30 roti john ayam dan dagingyang dijual pada harga RM10 seunit.
Namun, selepas menerima sokongan ramai, jumlah itu meningkat kepada 60 roti sehari.
“Buat masa ini, saya berniaga setiap hari bermula jam 8 malam hingga jualan habis.
Ads
“Alhamdulillah, setiap hari habis kerana ramai juga yang beli dengan tujuan infaq.
“Seronok berniaga terutama bila pelanggan kata sedap cuma biasalah, mencabarnya ketika hari hujan kerana tiada pilihan melainkan berteduh di hentian bas berhampiran,” tambahnya.
Tular Bawa Rezeki, Hati Seorang Ayah Tersentuh
Menurut Zakaria, video yang tular itu memberi impak besar apabila semakin ramai pelanggan datang membeli roti john daripadanya.
“Terkejut dan terharu, rasa macam mimpi selepas tular, terima kasih semua yang membeli juga mendoakan. Ada yang kata kisah saya macam Papa Zola dan sebenarnya memang banyak persamaan.
Ads
”Saya pun sudah menonton filem itu di panggung wayang dan memang menyentuh hati saya sebagai bapa,” tuturnya.
Namun di sebalik senyuman, terselit impian kecil seorang ayah yang belum tertunai.
“Sebaknya kerana terkenang anak yang pernah minta bercuti tapi belum dapat tunaikan kerana tengah kumpul duit memandangkan hasil pendapatan pun tak menentu. Tapi Insya- Allah akan tunaikan bila ada rezeki nanti,” ujarnya.
Pempengaruh Turut Bersyukur Kisah Ini Diberi Perhatian
Sementara itu, pempengaruh Leeroy Wong atau mesra disapa Roy, 32, turut mengakui tersentuh dengan kisah Zakaria dan bersyukur apabila perkongsiannya di TikTok memberi kesan positif.
“Gembira kerana selepas video itu tular, abang Zakaria dapat jual 40 roti john dalam tempoh sejam.
”Saya doakan yang terbaik, harap jangan putus asa dan saya faham apa dirasainya kerana juga datang daripada keluarga sama,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online & TikTok Abang Roy
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biskut almond London pastinya antara kegemaran ramai setiap kali hari raya. Sudah banyak resipi di kongsikan di media sosial cara pembuatannya. Dengan buah badam sebiji yang dibakar sebelum dibalut adunan ia sudah cukup membangkitkan selera. Selepas siap dibakar kita perlu menyalutkan dengan coklat yang sudah dicairkan terlebih dahulu.
Malah selepas coklat mencair, kita akan mencelupkan kuih tersebut sebelum dimasuk ke dalam paper cup.
Cara lama membuatkan tangan kita akan comot kerana coklat akan melekat di tangan bila kita alihkan biskut yang telah dicelup ke dalam paper cup.
Biskut almond london sering dapat permintaan tinggi dari peminatnya
Perkongsian dari Zarra Ezani di Blog Masak Apa Hari Ini (MAHN) menggunakan bekas sos/ kicap untuk kerja topping biskut almond London nampak cukup mudah dan mendapat komen dari lebih 1.4 ribu komen dari pengguna yang berasa teknik tersebut sangat mudah.
Hanya perlu menuangnya ke atas biskut yang sudah disusun di dalam paper cup. Walau biskut tidak dibalut menyeluruh tapi ia sudah cukup menyelerakan tambah jika hanya ahli keluarga saja yang memakannya time PKPB ini.
Ya, yang pastinya tangan pun tak comot bila coklat yang sudah dicairkan ini dimasukkan ke dalam bekas di mana kita perlu menuangnya satu persatu.
Tonton video di bawah.
Just nak sharing Cara Sy topping coklat ntuk almond London.. tahun2 sblum ni Sy tuang coklat pki sudu ja.. lmbt n plg x best,comot abis paper cup n jari2 Sy..Tahun ni try piping guna botol sos.. xcited sbb cpt n plg best x comot lagi dahh..
Turun pasang naik kehidupan ini tiada siapa yang tahu. Begitulah juga dengan dunia perniagaan.
Setelah sekian lama menjadi antara produk kosmetik mampu milik yang boleh didapati di gedung-gedung kecantikan dan kesihatan seperti Guardian dan Watsons, Revlon baru-baru ini dikatakan tiada lagi dipasaran disebabkan muflis.
Produk Revlon dipamerkan di kedai. Syarikat berusia 90 tahun itu terkenal dengan pengilat kuku dan gincunya. Foto Via Reuterspix
Sebelum ini, Revlon Inc memfailkan perlindungan muflis selepas bergelut untuk bersaing dengan jenama baru yang tertumpu dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pemfailan muflis dibuat beberapa hari selepas Wall Street Journal melaporkan Revlon telah memulakan perbincangan dengan pemberi pinjaman menjelang tempoh matang hutang yang semakin hampir untuk mengelakkan muflis.
Dilaporkan, Revlon yang diterajui oleh Debra Perelman sejak pertengahan 2018, mempunyai hutang jangka panjang sebanyak $3.31 bilion pada 31 Mac.
VIa NPR (Photo by Justin Sullivan/Getty Images)
Ditubuhkan pada tahun 1932 oleh saudara Charles dan Joseph Revson dan Charles Lachman, Revlon telah dijual kepada MacAndrews & Forbes pada tahun 1985 dan dibuka kepada umum 11 tahun kemudian.
Syarikat itu membeli Elizabeth Arden dalam perjanjian $870 juta pada 2016 untuk mengukuhkan perniagaan penjagaan kulitnya. Selain itu, Revlon turut menempatkan beberapa jenama termasuk Britney Spears Fragrances dan Christina Aguilera Fragrances.
Hmm…sedihnya pelunis suka koleksi lipstik yang dikeluarkan jenama Revlon ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini luahan hati paling dalam dari Rokiah Hashim, 63 yang mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga di atas keprihatinan seluruh rakyat Malaysia yang membantu menghulurkan bantuan kewangan buatnya dan keluarga.
Semalam ibu ini meminta pertolongan dari rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka mengumpulkan duit sebanyak RM30,000 bagi membawa balik jenazah anaknya, Rizq Azzadin Mohd Azhar, 32 tahun yang dilaporkan lemas di Sungai Colo NSW, Sydney, Australia kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia dua hari lalu.
Rizq dilaporkan mati lemas di Colo River NSW pada Ahad lalu selepas terjun tetapi bagaimana pun tidak timbul selepas itu. Gambar instagramrizqazzadinazharAkhbar The Sydney Morning Herald melaporkan kejadian lemas menimpa rakyat Malaysia di Colo River yang sangat terkenal sebagai pelbagai aktiviti. Malah Colo River juga banyak menyimpan sejarah kerana ramai yang mati akibat lemas di sini
Rayuan kewangan itu dibuat selepas mereka sekeluarga buntu mencari wang sebanyak itu selepas Wisma Putra di Australia memaklumkan mereka tiada bantuan kewangan khusus untuk disalurkan bagi membolehkan jenazah Rizq Azzadin dibawa pulang ke tanah air selepas pihak berkuasa di Australia meminta kos pengebumian sebanyak RM40,000.
Rokiah memaklumkan dalam masa sehari, jumlah derma diterima sebanyak RM12k. Tapi jelasnya urusan bawa balik jenazah anaknya sudah mencukupi selepas komuniti Islam dan Mat Salleh sama-sama membantu dari segi kewangan.
“Alhamdulillah, setakat semalam selepas berita ini disiarkan, sumbangan dari orang ramai mencecah RM12,000. Seorang lagi anak saya di sana yang bekerja sekali dengan abangnya memaklumkan komuniti Islam dan orang putih (mat salleh) di sana juga ada membantu dan kewangan itu sudah cukup bagi membolehkan jenazah Rizq dibawa balik ke sini.
“Malam ini suami saya, Mohd Azhar dan anak, Rizq Nadira, 28 tahun akan bertolak ke Australia jam 9 malam itu bagi melihat apa yang boleh dibantu dengan duit sumbangan orang ramai yang begitu prihatin dengan kesusahan yang kami sekeluarga alami ketika ini. Tiket sudah dibeli dan saya harapkan semuanya berjalan dengan baik. Saya difahamkan, dalam sehari dua lagi jenazah Rizq akan dibedah siasat sebelum diberi kebenaran untuk dibawa pulang.
“Kami pilih urusan pengebuminya di Malaysia kerana kos membawa pulang jenazah RM30,000 berbanding urusan pengebumian di sana yang mencecah RM40,000. Anak di sana juga sudah berurusan dengan agen-agen dan saya minta doakan agar urusan anak dipermudahkan,” katanya mengakui agak bersedih dengan kejadian berlaku.
Allahyarham Rizq Azzadin dan adiknya Rizq Adam, keduanya bekerja sebagai buruh kontrak di Sydney, Australia
Call tapi tak dapat cakap
Diminta berkongsi lebih lanjut, kata Rokiah, kali terakhir dia menghubungi arwah anaknya pada Sabtu lepas tetapi panggilan itu dijawap oleh adiknya Rizq Adam, 25 tahun yang memaklumkan mereka baru balik dari kerja dan agak penat.
“Tak dapat cakap dengan arwah. Sehinggalah saya dapat berita ini dari seorang rakan kepada Adam yang menghubungi memaklumkan Rizq meninggal dunia akibat lemas. Anak, Adam tak mampu bercakap apa dah, seluruh tubuhnya lembik selepas kejadian abangnya itu,”katanya memaklumkan dua anaknya bekerja kontrak di Australia.
Ibunya memaklumkan arwah anaknya amat menyukai aktiviti advanture. Foto instargam rizqazzadinazhar
Anak suka aktiviti advanture
Alahyarham Rizq Azzadin dipercayai lemas selepas terjun ke Sungai Colo dan sejurus itu arwah dipercayai tidak timbul-timbul.
Difahamkan, Rizq Azzadin pergi bercuti bersama empat orang kawannya termasuk adiknya, Adam. Rizq yang terjun dulu dan terus tak naik. Yang lain pun takut nak tolong sebab arusnya kuat selain deras.
Jelas Rohani, anaknya itu memang sukakan aktiviti yang mencabar namun tiada siapa menyangka ajalnya di bumi Australia ini. Biar sedih tetapi sebagai ibu dia redha dengan kejadian menimpa anaknya itu. Namun apa diharapkannya agar jenazah Rizq Azzadin dipermudahkan urusan kepulangannya agar dia boleh selalu menziarahi kubur anaknya itu.
Media tempatan Australia, 9News dilaporkan berkata, mangsa sedang berenang bersama dua yang lain berdekatan Jambatan Putty Road sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan sungai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!