Jika Georgetown, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak boleh berbangga dengan lukisan mural street art oleh Ernest Zacharevic, Seremban pun kini ingin mengikut jejak langkah yang mirip dengan dua bandaraya itu.
Tapi, siapa sebenarnya pelukis berbelas-belas mural ini?
Lukisan mural pada dinding bangunan dan di atas jalan raya bukanlah perkara baru di Malaysia.
Ia telah lama wujud, namun sejak kemunculan Ernest di Perak dan Pulau Pinang untuk menghasilkan mural kreatif yang bertukar popular di seluruh dunia, semakin banyak ‘port’ OOTD tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Di Shah Alam kita ada Laman Seni di Seksyen 7. Di Kuala Lumpur pula kita ada Lorong Panggung di Petaling Street.
Kini, hadir pula lokasi OOTD baru di Seremban, atau lebih spesifik lagi di Kampung Baru Mambau.
Ads
Ia masih kurang diperkatakan oleh orang ramai lagi buat masa ini, tetapi berdasarkan kreativiti yang penulis lihat daripada beberapa keping foto, mural yang dilukis memang comel dan kreatif!
Antaranya termasuklah:
Margie Simpson
Dumbo
Spongebob Squarepants
Ads
Captain America
Jurasic Park
..dan beberapa lagi idea kreatif yang terhasil. Cuma persoalannya kini, REMAJA masih belum dapat mengagak siapakah pelukis yang bertanggungjawab ke atas mural tersebut.
Ads
Ibaratnya seperti pelukis grafiti Inggeris, Banksy yang selalu ‘hilang’ dari radar selepas menghasilkan karya seninya di jalanan.
Tambah menarik apabila pelukis menggunakan item sedia ada seperti lubang parit, paip dan tumbuhan semak untuk dijadikan sebahagian daripada karya seni.
Penulis yakin Kampung Baru Mambau di Seremban akan dikunjungi warga Negeri Sembilan terutamanya untuk merakam foto kenangan dan OOTD di sini.
Hhm, jangan sampai korang buat bising dan mengganggu penduduk di kejiranan tersebut, sudahlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung di Perancis kini bukan saja menjadi medan untuk penghasil filem, pengarah, pelakon dan kru terlibat untuk mempertontonkan karya masing-masing.
Ia juga adalah medan fesyen bagi selebriti perempuan! Di sinilah tempat gaun couture yang jarang sekali dipakai di karpet merah lain ditonjolkan kepada khalayak. It is like a walking fashion alley!Selebriti perempuan dari Asia mencuri tumpuan ramai orang dengan stail fesyen masing-masing.
Siapakah yang paling menonjol?
01
Jessica Jung
Yes, the (original ice) queen is here.
Bekas ahli kumpulan Girls’ Generation, Jessica Jung mencuri tumpuan bukan saja peminat K-pop tetapi juga peminat fesyen global setelah tiba dengan dress Rami Kadi.
Dress yang diperincikan dengan bulu burung unta dan kepingan gelas ini menjadi topik perbualan ramai kerana ia ‘sedondon’ dengan kereta yang menurunkan Jessica ke karpet merah ini. Oleh kerana ini merupakan kali kedua Jessica berada di Cannes, dia nyata kelihatan lebih yakin dan bersemangat.
02
Priyanka Chopra Jonas
Okay kami enggan bercakap lebih mengenai dress pertama yang disarung oleh PC. Walaupun solekan dan rambutnya kelihatan gor-geous, tetapi perincian manik oleh pereka fesyen, Roberto Cavalli pada bahagian perut serta kedudukan slit pada dress Priyanka memberinya ilusi lebih berisi daripada sebenar.
Bagaimanapun, dress kedua oleh Georges Hobeika ini sememangnya kelihatan seperti dress impian semua perempuan. Walaupun ia hanyalah dress yang diperbuat daripada tulle dan tidak segah dress lain, penulis berpendapat Priyanka tidak perlu berlebihan kerana dia sendiri sudah sedia ada cantik.
03
Deepika Padukone
Hey Queen!
Sejak membuat kemunculan di karpet merah Met Gala 2019 awal bulan ini, Deepika kini menjadi antara selebriti kegemaran peminat fesyen. Pada acara Cannes kali ini, Deepika nyata tak mengecewakan apabila dia membawa maksud couture sebenar ke karpet merah.
Dress riben besar rekaan Peter Dundan adalah pilihan tepat untuk fesyenista berusia 33 tahun ini. Hari keesokannya, she shut down the carpet di dalam dress hijau neon rekaan Giambatista Valli dengan aksesori kepala mirip turban untuk acara pratonton filem Dolor Y Gloria.
03
Ming Xi
Model China yang sinonim dengan pertunjukan fesyen Victoria Secret ini memberikan nafas segar (dan muda) dalam persalinan mullet dress oleh Ralph & Russo. Ming Xi memberikan ruang untuk orang ramai melihat aksesori rantai berlian dengan menarik rambutnya ke bun belakang.
04
Aishwarya Rai Bachan
Setiap kali Aishwarya Rai Bachan mewakili jenama L’Oreal Paris ke festival filem Cannes, dress yang disarungnya akan menjadi topik perdebatan. Akan ada yang menyukainya, ada juga yang akan menghentam pemilihannya.
Kali ini, malangnya Aiswarya tidak membuat pemilihan yang tepat di mata ramai pemerhati. Kita mulakan dengan poin positif dahulu..
Dress couture rekaan Jean-Louis Sabaji ini adalah pilihan futuristik dan baru untuk Aishwarya. Penulis gemarkan pembaharuan yang cuba dibawanya, berbeza dengan gaun elegan oleh Michael Cinco 2 tahun lalu. Solekan dan dandanan rambut sleek-nya juga cukup on-point.
Bagaimanapun, dress berwarna emas kehijauan ini bagi penulis adalah terlalu literal, kelihatan sedikit seperti kostum pementasan teater dan jujurnya, tidak menonjolkan elemen glamor. Mungkin kerana fabriknya yang tegang.
Media juga tertumpu pada kelibat anak perempuannya, Aaradhya, 7 yang menemani ibunya di Hotel Martinez.
05
Liu Tao
Dengan ketidak-hadiran pelakon hebat dari China seperti Fan Bing Bing, pelakon berusia 40 tahun ini mencuri tumpuan di majlis pratonton filem “The Dead Don’t Die”.
Mengenakan dress daripada Etro, ini merupakan kemunculan kali pertamanya di Cannes.
06
Araya Hargate
Akhir sekali, penulis begitu tertarik dengan kehadiran pelakon ini dalam persalinan Versace (atas) dan Ralph & Russo. Walaupun tidak begitu mengenali pelakon dan hos dari Thailand ini, pemilihan dress dan solekannya sepanjang berada di Cannes pada minggu lalu membuatkan ramai memujinya.
Araya kelihatan begitu selesa dengan kehadiran puluhan jurugambar walaupun ini adalah kali pertamanya berada di Cannes.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang dah tak sabar untuk menyaksikan filem seram It: Chapter two yang khabarnya bakal ditayangkan pada awal September nanti. Selepas menonton filem ini, ramai pula yang fobia melihat clown.
Betul tak?
It: Chapter Two mengisahkan tentang dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers` Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali.
It kini kembali..
Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.
Filem yang diarahkan oleh Andy Muschietti ini katanya berdurasi 165 minit, bersamaan hampir 3 jam. Ianya lebih 30 minit berbanding filem pertama sebelum ini. Wow, saing-saing filem Avengers: End Game ni.
Menjadi cabaran buat pengarah filem apabila penonton memberi expectation yang tinggi untuk kesinambungan ini. Malah, beliau juga harus membuatkan penonton bertahan selama 2 jam 45 minit dalam panggung wayang untuk menyaksikan kesudahannya.
Okay, kalau macam ni punya lama, korang kena la pergi toilet siap-siap sebelum masuk panggung. Hiks!
Makin tak sabar pula kami nak saksikan filem It: Chapter Two ini nanti. Stay tuned guys!
Siapa tidak mengenali profgram bual biacara waktu pagi, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) yang sekian lama menjadi salah satu program kegemaran rakyat Malaysia di TV9.
Setelah kembali bersiaran pada Januari 2024, NLKO hadir dengan wajah dan semangat baharu apabila barisan pengacara yang diperkenalkan terdiri daripada bakat-bakat muda dunia televisyen.
Terbaru, pelakon, pengacara dan finalis pencarian Hero Remaja 2020 iaitu Imran Aqil telah diserap masuk sebagai pengacara NLKO. Bakal menceriakan pagi hari korang dengan aura positif dan perkongsian relevan terutamanya dalam kalangan anak muda, Imran sewaktu dihubungi REMAJA meluahkan rasa syukurnya apabila rezeki berpihak kepadanya setelah meninggalkan konti radio, tidak lama dahulu.
Pengacara, Pelakon dan finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil.
“Alhamdulillah. Kita tahu NLKO bukan satu program pagi yang biasa. Ia sudah menjadi sebahagian daripada rutin rakyat Malaysia.
“Apabila dapat tahu saya akan menjadi salah seorang anggota famili NLKO, bagi saya ia adalah satu penghormatan besar dan peluang untuk saya terus berkembang sebagai seorang pengacara. Besar harapan saya untuk memberi manfaat kepada penonton setiap pagi,” ujar jejaka berusia 25 tahun itu.
Imran Aqil Beralih Dari Konti Radio Ke Set TV
Peminat Imran yang mesra dengan panggilan Ijeeb mengetahui tentang perjalanan kariernya usai menamatkan saingan dalam program Hero Remaja 2020. Daripada bergelar pelakon, Imran kemudian diserap masuk ke dalam konti radio sebagai penyampai Hot FM selama hampir 2 tahun.
Keputusan untuk meninggalkan dunia radio kira-kira pada Mei 2023 bukan satu keputusan yang mudah untuk dilakukannya. Namun rezeki nyata tidak salah alamat apabila kini dia bersedia untuk membuka lembaran baharu di kaca televisyen pula.
Kongsi Imran Aqil, dia perlu melalui 5-6 sesi mock run sebelum mengetahui dirinya diserap masuk sebagai pengacara terbaru program Nasi Lemak Kopi O.
“Perpindahan daripada konti radio ke set televisyen merupakan satu transisi yang agak mencabar namun cabaran seperti inilah yang saya enjoy.
“Di konti misalnya, saya bermain dengan suara namun di televisyen, ekspresi dan visual serta pengendalian suasana itu memainkan peranan yang sama pentingnya dengan intipati program.
“Manakala untuk program NLKO yang bersiaran secara langsung, saya perlu titipkan penjagaan segala aspek seperti teknik penyampaian dan cara bercakap dengan tetamu. Pendek kata, saya perlu menjadi seorang yang lebih informatif,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Imran berharap agar peminat dan followers setianya akan terus menantikan kehadirannya pada setiap minggu menerusi program NLKO. Pada masa yang sama, Imran juga teruja untuk mengenali lebih ramai kelompok penonton baharu memandangkan NLKO merupakan program yang mendekati penonton pelbagai peringkat usia.
“Saya ingin ucapkan terima kasih ikhlas dari hati kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya sebagai seorang bapa, artis, pelakon, penyampai radio dan terkini sebagai hos NLKO.
“InsyaAllah mulai 2 Julai ini, kita akan terus berjumpa di kaca TV pada setiap minggu di TV9. Bangun awal untuk bersarapan dan stay tune, okay! InsyaAllah di sini, banyak ilmu dan semangat positif yang boleh dimanfaatkan,” katanya.
All the best Imran Aqil!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Selangor tawar kelas bahasa percuma Selangor bermula 2026 melibatkan Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa secara dalam talian untuk semua rakyat.