Koleksi dinanti-nantikan menjelang musim perayaan, Summeraya oleh Rico Rinaldi kembali untuk tahun ke-15 dengan skala koleksi yang lebih besar serta pilihan busana Hari Raya yang lebih muda, inklusif dan paling penting, mampu dimiliki.
Bercakap kepada REMAJA sewaktu ditemui di acara pelancaran Summeraya 2026, Rico yang sudah bertapak dalam industri fesyen tempatan selama 19 tahun berkata, koleksi kali ini sememangnya dikhususkan untuk peminat jenama tersebut (dan peminat Rico sendiri) yang terdiri daripada golongan muda.
Ia selari dengan trend pengikutnya di TikTok Live yang terdiri daripada Gen Z yang setia menantikan rekaan terbaru serta celoteh Rico sendiri sepanjang berada di hadapan kamera.
“Saya baru sedar bahawa ramai peminat-peminat saya terdiri daripada generasi muda. Oleh itu untuk koleksi tahun ini, saya cuba kombinasi warna ‘orang muda’ yang belum pernah kami tawarkan sebelum ini. Contohnya seperti ungu bersama merah jambu ataupun biru dan jingga. Semuanya kelihatan lebih fresh and vibrant.”
“Secara total, Summeraya menawarkan 70 rekaan berbeza termasuklah koleksi wanita dan lelaki. Ada juga rekaan beg tangan yang mendapat sentuhan kolaboratif bersama jenama pastri terkemuka, Chef Kecik.
“Ya, ini merupakan antara persenbahan terbesar saya dalam sejarah Summeraya. Walaupun fokus menjurus kepada selera anak muda, saya yakin pelanggan setia Rico Rinaldi tetap akan menyukainya kerana DNA utama jenama ini masih dikekalkan,” ujarnya dengan senyuman.
Ads
Datangkan Selendang Bersama Baju
Seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun lalu, Rico Rinaldi sekali lagi menyertakan aksesori selendang bersama busana Raya yang dipilih oleh pemakai.
Kongsinya, hampir 70 peratus daripada keseluruhan Summeraya 2026 didatangkan dengan selendang disebabkan respon positif yang diterimanya pada tahun lalu.
Pada era ekonomi mencabar sebegini, Rico Rinaldi masih mampu memberikan more than what is bargained from him. Apa rahsianya?
“Tahun ini tahun yang paling banyak (rekaan)selendang. 70 peratus! Bagi saya, semuanya terletak kepada cara kita merancang koleksi itu sendiri agar ia lebih cost effective.
“Daripada pengalaman saya, paling penting adalah fasa sourcing iaitu misi mencari fabrik, batu-batuan dan macam-macam faktor lain dalam penghasilan sesebuah koleksi.
Ads
“Contohnya apabila sesuatu baju itu disertakan selendang, realistiklah untuk saya mengurangkan sedikit perincian pada baju. Rekaan keseluruhannya minimal sedikit agar kami boleh mengawal harga yang kami tawarkan,” katanya.
Apabila diamati, Rico Rinaldi merupakan antara pereka fesyen terawal untuk berkecimpung di platform media sosial. Tidak segan beraksi dan berinteraksi di hadapan kamera, Rico ibarat menjadi ‘duta’ buat jenamanya sendiri.
Jika satu ketika dahulu pernah meletakkan wajah-wajah popular seperti Neelofa dan Daiyan Trisha sebagai penghias, kini beliau tidak tanpa mengharapkan kelibat selebriti popular untuk menjadi ‘pelaris’ helaian Rico Rinaldi. Cukuplah sekadar beliau, ahli pasukannya dan produk-produk mereka diletakkan di hadapan kamera.
Kongsinya, dalam keseriusan berniaga, dia memilih pendekatan santai dan bersahaja di platform digital yang menjadi salah satu sumber terpenting untuknya memasarkan sebarang produk pada zaman ini.
“Ramai Gen-Z sebenarnya yang suka follow saya. Sepanjang dua tahun ini, saya banyak habiskan masa melakukan promosi di TikTok live dan saya lihat, trend pembeli anak muda saya semakin meningkat.
“Mungkin mereka suka melihat celoteh saya. Mungkin juga ada yang merasakan harga produk-produk Rico Rinaldi mampu dimiliki seperti beg tangan kami.
“Apa jua punca mereka meminati Rico Rinaldi, saya hanya go with the flow sahaja. Biarlah the product speaks for itself.”
“Apa yang pasaran minta, kita cuba tunaikan. Paling utama, saya ingin tawarkan produk-produk yang boleh dipakai semasa dan selepas Hari Raya; termasuklah busana Raya kali ini,” katanya.
Bagi yang sedang tercari-cari busana Raya yang ringan di tubuh, selesa dipakai sepanjang hari dan berlabel ‘designer’, korang boleh dapatkan koleksi Summeraya 2026 oleh Rico Rinaldi bermula harga RM239 hingga RM439.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem perang biasanya sering mendapat tempat di hati penonton kerana ramai yang ingin melihat babak aksi yang ditonjolkan dalam setiap penerbitan filem bergenre tersebut.
Sebuah lagi filem Hollywood yang berkisarkan tentang Perang Dunia Pertama, 1917 bakal menemui penonton tidak lama lagi. Filem ini menceritakan tentang dua orang tentera, Schofield (George MacKay) dan Blake (Charles Chapman) yang ditugaskan untuk menyampaikan pesan bagi mengurangkan lebih banyak tentera yang gugur di medan perang.
.
Tugas tersebut dianggap mustahil kerana mereka harus melewati kawasan daerah musuh. Jadi adakah misi tentera muda ini berjaya? Sama-sama kita saksikan filem 1917 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 16 Januari 2020.
.
Antara barisan pelakon yang akan membintangi filem ini adalah George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict Cumberbatch.
Kalau korang nak menjadi orang pertama yang menonton, apa kata sertai peraduan #WayangRemaja dengan menjawab soalan mudah dan kami akan berikan sepasang tiket percuma ke tayangan perdana 1917 yang akan berlangsung pada 7 Januari 2020, bertempat di MBO Starling.
Peraduan ini terbuka kepada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses penebusan tiket.
See you there guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih tidak terlewat untuk ucapkan tahniah buat Nynaa & suami!
Bagaikan sudah lama tidak mendengar khabar peserta Dewi Remaja 2019 seorang ini. Seorang yang pandai ‘berahsia’ juga ya, akhir bulan lalu aktres cantik manis ini memaklumkan dirinya sudah berbadan dua dan menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pelakon Nynaa Harizal berkongsi khabar gembira apabila sudah genap tujuh hari dia dan suami tercinta yang juga usahawan, Fahmi Ilyas, menimang cahaya mata pertama mereka.
Dalam hantaran dibuat Top 3 Dewi Remaja 2019 itu, bayi yang tidak didedahkan jantinanya selamat dilahirkan pada 29 Januari lalu.
“Alhamdulillah for everything. 29.1.23 , #7DaysOld,” coret bintang meningkat naik itu.
Khabar gembira berkenaan turut diumumkan suaminya menerusi platform yang sama, dengan memaklumkan mereka kini sudah bertiga.
“Now we are three…. 29.1.2023,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Tentunya kehadiran orang baharu sekaligus menyuntik rasa teruja para pengikutnya termasuk rakan artis yang mendoakan ibu dan anak dalam keadaan sihat selain tidak sabar melihat wajah bayinya itu yang masih belum didedahkan umum.
Untuk rekod, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di ibu kota mengikut prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Charles & Keith antara jenama fesyen sepatu, aksesori dan beg tangan mampu milik yang menampilkan rekaan premium dan terkini. Menjadi kegemaran wanita yang sukakan fesyen, butik ini semestinya satu hentian yang wajib setiap kali membeli-belah.
Baru-baru ini Remaja sempat berkunjung ke pembukaan butik konsep baharu jenama ini yang merupakan butik seperti itu yang ketiga di buka di dunia. Yang pertama di Hong Kong dan yang kedua dibuka di Taiwan.
Mengekalkan skema warna yang bersih dan minimum menjadi ciri estetika jenama ini, butik konsep baharu itu diberi sentuhan yang lebih lembut dengan ciri-ciri lengkungan dan serlahan garisan yang menghiasi keseluruhan butik.
Direka bentuk dengan tujuan untuk menjadi ruang yang membolehkan pelanggan menikmati proses menyemak beli-belah, kedai baharu itu direka dan dihias untuk memberikan para pelanggan sebuah pengalaman yang maksimum.
Menampilkan lekapan aluminium bersalut serbuk, lamina batu travertine dan alas berlamina marmar statuario putih, hiasan yang menarik dan mewah melengkapkan dengan sempurna koleksi bergaya yang dipersembahkan termasuklah untuk keleksi Charles & Keith premium.
Untuk memberikan pelanggan pengalaman susun atur, setiap bahagian butik direka dengan tujuan untuk menyampaikan cerita. Daripada kasut dan beg kepada aksesori gaya hidup, pelanggan digalakkan untuk meneroka pilihan produk yang pelbagai dan menemui trend terkini sambil menikmati perkhidmatan yang sempurna di butik konsep tersebut.
Kini koleksi terbaharu Holiday 2021 sedang dipertontonkan untuk jualan, apa yang pasti setiap rekaan menepati citarasa masa kini terutamanya untuk golongan muda yang sukakan gaya yang tidak rigid.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!