Siapa je yang tak nak date ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie Kim?
Kalau korang masih ingat dalam salah satu episod rancangan variety ‘Village Survival, the Eight’ di saluran SBS, Jennie pernah berkongsi beberapa tip kepada lelaki yang ingin cuba tackle hatinya.
Haa dengar baik-baik gaiss.
Bagi Jennie, rupa paras dan kemewahan tu bukanlah perkara terpenting pada seseorang lelaki. Betul ke sis? Klise lah..
Ads
Menurut respon penonton di media sosial Korea Selatan, ramai perempuan yang bersetuju dengan poin yang diberikan Jennie ni. Uhh, nampaknya tip ni mungkin boleh berkesan untuk awek Malaysia juga kot?
01
Jennie hargai lelaki yang sudi mendengar, senang cerita a good listener-lah.
Ads
02
Bukan setakat dengar je tetapi lelaki tu perlu ingat apa yang Jennie pernah beritahu semasa berborak. Contohnya jika Jennie beritahu dia sudah lama tidak makan daging. Pada temu janji seterusnya, lelaki tu pun akan membawanya ke restoran daging panggang.
03
Lelaki idaman Jennie akan membuka jaket/kot dan memberikan kepadanya semasa cuaca sejuk atau jika hari hujan.
04
Ads
Apabila lelaki tu cuba menghalang sinaran terik matahari pada wajah Jennie dengan tapak tangannya yang besar. Awww..
05
Akhir sekali, lelaki yang gentleman bagi Jennie ialah seseorang yang berjalan perlahan, bergantung kepada si perempuan tersebut. Jika Jennie memakai kasut tinggi, semakin perlahanlah lelaki itu akan berjalan kerana dia ingin berjalan bersebelahan dengan bintang K-Pop itu.
Lain kali jalan slow-slow okay guys.
Haa gais, korang ada tak ciri-ciri ni?
Apapun, selamat hari jadi ke-25 Jennie pada hari ini, 16 Januari!
Pada satu ketika dahulu, majlis perkahwinan (pada waktu tersebut) pemain bola England, David Beckham dan ahli kumpulan Spice Girls, Victoria ‘Posh’ Adams pernah menjadi tajuk berita paling sensasi di dada akhbar seluruh dunia apabila mereka memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan.
Ia menjadi ikutan peminat sukan bola sepak dan peminat dunia hiburan pop sehinggakan ramai ternanti-nanti untuk melihat foto-foto eksklusif majlis mereka.
Lalu, David dan Victoria telah menandatangani perjanjian bersama majalah OK! pada waktu itu untuk menjadi penghias muka hadapannya. Disebabkan dunia internet baru ingin berkembang pada tahun 1999, foto-foto masih tersimpan kemas dalam simpanan pasangan itu dan ia dipertontonkan dalam sisipan isu OK!.
Majalah OK! yang mendapat hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinan David Beckham dan Victoria Beckham. Foto : OK!
Kini setelah 23 tahun, anak sulung mereka Brooklyn Beckham; 23 yang baru saja mengucapkan “I do” kepada isterinya, Nicola Peltz; 27 Sabtu lalu telah mengikut jejak langkah ibu bapanya dan meneruskan tradisi menjual hak penyiaran eksklusif foto-foto perkahwinan mereka kepada media.
Pasangan yang berkahwin di West Palm, Florida itu disahkan telah menandatangani perjanjian bersama majalah VOGUE (the VOGUE) Amerika Syarikat untuk muncul sebagai penghias wajah hadapannya bagi isu Jun 2022. Mereka juga akan berkongsi foto-foto rasmi daripada majlis mereka menerusi sisipan istimewa dalam edisi tersebut.
Setakat pagi ini, dua keping foto rasmi telahpun dikongsi di media sosial Brooklyn, Nicola, majalah Vogue AS dan majalah British Vogue.
TBH, REMAJA tidak terkejut sekiranya Brooklyn dan Nicola akan muncul dalam majalah British Vogue yang berada di bawah ‘bumbung’ syarikat penerbitan sama.
Disebabkan perjanjian dengan majalah Vogue ini, 300 orang tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan mereka telah diminta untuk mengikut syarat ketat dan tidak dibenarkan membawa masuk telefon pintar mereka.
Begitupun, teman wanita Romeo Beckham iaitu Mia Regan nampaknya ‘melanggar’ peraturan itu; as expected from the little rebel.
Mia didapati memuat naik foto ini ke Instagram Story miliknya. Ia menunjukkan separuh pakaian yang disarungkannya dan Romeo ke majlis raptai pada hari Jumaat.
Romeo Beckham dan teman wanitanya yang juga merupakan seorang model, Mia Reegan. (Kanan) Tangkap layar ‘OOTD’ mereka berdua sewaktu menghadiri majlis raptai, Jumaat lalu.
Anyway, keluarga Beckham dan Peltz nampaknya benar-benar serius mengenai perjanjian ini. Cermin kereta rasmi yang membawa masuk pasangan pengantin, ahli keluarga serta rakan mereka turut digelapkan agar paparazi tidak boleh ‘curi-curi’ mengambil foto mereka.
Adakah ini ‘Wedding of the Year’ bagi tahun 2022? Kita kenalah nantikan isu Jun 2022 majalah Vogue nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis (dan ramai lagi peminat) masih belum dapat menghadam realiti bahawa Justin Bieber telah mengahwini Hailey Baldwin. Kini Selena Gomez pula yang mengejutkan semua orang dengan berita khabarnya akan berkahwin? OH NO!
Pada hujung minggu lalu, Selena Gomez telah melakukan kemunculan yang tak disangka-sangka di karpet merah Festival Filem Cannes 2019 di Perancis. Ia bersempana siri promosi filem terbaru lakonannya, The Dead Don’t Die bersama barisan pelakon lain. Antaranya termasuklah Bill Murray, 68.
Seperti selebriti lain, Selena teruja untuk mengumumkan comeback-nya dalam bidang lakonan (dan di karpet merah) menerusi akaun Instagramnya. Normal ~
Apa yang tidak normal adalah apa yang dikongsikan oleh Selena dalam ruangan caption.
“Kali pertama saya di Cannes! Saya amat terharu untuk terlibat dalam filem ini bersama Jim dan pelakon lain. By the way, Bill Mirray dan saya akan berkahwin tak lama lagi.”
Err, what?
Peminat Selena (atau Selenators) pantas mendebatkan sama ada Selena hanya main-main atau sememangnya serius untuk berkahwin dengan aktor berusia 68 tahun itu!
Mengikut standard Hollywood sekarang, tak ada apa-apa berita yang boleh mengejutkan REMAJA lagi.
Reaksi Selenators amat mencuit hati apabila ada yang beranggapan bekas kekasih/skandal Selena seperti Justin Bieber, Charlie Puth, The Weeknd dan 8 lagi selebriti lain akan kecewa (malah marah) dengan berita ini.
Seorang lagi peminat mengambil berita ini secara serius dan merayu agar Selena memikirkan semula rancangan untuk mengahwini lelaki tua.
Relaks…
Buat masa ini, wakil publisiti Selena masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Jadi ia hanyalah khabar angin dan mungkin Selena yang mencuit peminatnya.
Apapun, penulis tak sabar untuk menantikan filem ini muncul di Malaysia. Malah, Selena khabarnya juga akan membintangi sebuah filem arahan Woody Allen berjudul A Rainy Day in New York bersama pelakon berbakat, Timothee Chalamet dan Elle Fanning.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak terlambat rasanya untuk REMAJA ucapkan sekalung tahniah kepada pasangan selebriti, Adam Lee dan Sweet Qismina yang baru saja melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam. Perkhabaran istimewa ini hadir selepas lebih dua tahun mereka menjalin ikatan cinta.
Bercakap mengenai majlis yang dilangsungkan serba ringkas namun cukup lengkap semalam, salah satu perkara yang mencuri tumpuan peminat mereka berdua adalah bagaimana persalinan Adam dan Sweet yang cantik sepadan.
Sebenarnya, Adam dan Sweet menyarungkan persalinan khas hasil sentuhan pasukan pereka fesyen, AMAZÉ yang berpengalaman dalam menyiapkan persalinan hari bahagia ramai selebriti popular tanah air seperti Ernie Zakri dan Syamil, baru-baru ini.
Pemilihan fabrik songket yang diolah dalam rekaan moden namun masih tertib dan seiring dengan norma persalinan Melayu klasik itu telah membuatkan ramai terinspirasi untuk mengikut tema sama bagi majlis mereka pada masa akan datang.
Bercakap kepada REMAJA hari ini, Zeed Jamel yang mewakili gandingan duo AMAZÉ-nya, Amar Madfie berkata proses penyiapan busana Adam dan Sweet telah bermula sejak bulan April lagi.
“Enam bulan lalu, sebelum lockdown lagi Sweet (Qismina) sudahpun rancang dan berjumpa kami. Katanya ingin bertunang dalam bulan Oktober dan kami selesa dengan tempoh masa enam bulan yang ada sebelum majlis. Apabila Sweet memberitahu kami lebih awal seperti ini, ia secara tidak langsung memudahkan tugas kami selaku perekanya.
“Satu perkara yang pernah dia kongsikan adalah bagaimana dia sudah lama ingin bekerjasama dengan AMAZÉ. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Jadi kami anggap detik ini sebagai peluang keemasan,” kata Zeed ketika dihubungi.
Warna ‘sky blue’ untuk fabrik songket menjadi idaman Sweet Qismina. Namun, mereka tetap berpuas hati dengan rona ‘powder blue’ yang dipilih sebagai simbol ketenangan, rasa cinta dan tentunya elegan. Ihsan Foto : AMAZÉ Ihsan Foto : AMAZÉ
Menyentuh lebih lanjut mengenai rekaan baju kurung moden ini, permintaan Sweet cukup mudah. Pelakon bertubuh genit itu hanya inginkan rekaan kurung moden daripada fabrik polos dan ringkas. Sebagai pereka fesyen, AMAZÉ menghormati permintaan tersebut namun pada masa yang sama masih ingin menyuntik elemen fesyen pada busana tersebut; tanpa membuatnya kelihatan canggung hingga menggangu keselesaan Sweet sebagai pemakai.
“untuk majlis tunang, lebih moleklah untuk kekal ringkas tapi masih menarik untuk ditatap.”
“Kita tampilkan sedikit ‘twist’ pada konsep kurung moden seperti potongan ‘kipas’ pada kedua-dua bahagian sisi sarungnya; berbeza dengan kebiasaan iaitu di bahagian belakang.”
Rangka tubuh Sweet yang ‘petite’ memerlukan rekaan khas buat hari istimewanya ini. Ihsan Foto : AMAZÉ
“Selain itu, kami juga menyuntik stail ‘signature’ AMAZÉ seperti kerja-kerja sulaman dan manik pada bahagian sisi serta hadapan baju demi menjanjikan kelainan buat Sweet,” jelas Zeed. Sebulan saja rangka masa yang diperlukan mereka untuk menyiapkan persalinan Sweet dan Adam dari rekaan hinggalah menjadi busana lengkap untuk majlis pertunangan mereka.
Kongsi Zeed lagi, pasangan tersebut amat memudahkan komunikasi bersama sang pereka. Segala yang dirancang sepanjang sebulan lepas berjalan lancar.
Jadi, kalau korang yang inginkan busana mirip Sweet ini, adakah korang masih sempat untuk mendapatkan khidmat AMAZÉ pada tahun ini?
“Sebaiknya memang kami memerlukan enam bulan untuk benar-benar menyiapkan busana dengan terperinci. Namun, kami masih tidak menolak tempahan seawal bulan Disember dan bulan-bulan seterusnya.”
Tahniah sekali lagi kami ucapkan buat Adam Lee dan Sweet Qismina; serta buat AMAZÉ yang sekali lagi tidak mengecewakan dalam perihal rekaan dan melaksanakan impian satu lagi pasangan bahagia.