Sejak di bangku sekolah lagi, kita di Malaysia telahpun didedahkan dengan sebab utama mengapa mereka perlu mengelakkan diri daripada terjerumus dengan budaya merokok.
Bagi segelintir golongan remaja yang telahpun bergelar perokok, mereka sememangnya telah memasang niat untuk menghentikan tabiat merokok kerana mereka sedar akan kesan jangka masa panjangnya terhadap kesihatan mereka. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka memandangkan kandungan nikotin yang ada dalam rokok akan mengakibatkan seseorang ketagih terhadapnya.
Justeru, semakin ramai remaja mempertimbangkan alternatif bebas asap rokok (smoke-free alternatives). Di antara produk bebas asap rokok yang popular di pasaran kini termasuklah rokok elektronik (vape).
Namun, baru-baru ini satu kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh merosakkan dan menganggu fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).
Ads
“Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.
“Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.
Dalam kajian tersebut, penyelidik menggunakan sistem robotik untuk meniru manusia menghisap vape dan pernafasan manusia.
Ads
“Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.
Penyelidik mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol menghasilkan lebih banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa mentol. Di samping itu, kajian itu menganalisis rekod pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.
Untuk info, antara 2.5 juta belia yang mengambil e-rokok pada 2022, perisa pudina dan mentol merupakan pilihan paling popular.
Ads
Apa-apa pun, sama ada amalan merokok atau vape, kedua-duanya memberikan kesan terhadap kesihatan individu. Elakkan merokok/vape jika tidak mahu berlaku kemudaratan di masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak beberapa bulan yang lepas, petugas barisan hadapan negara merupakan antara individu penting kepada masyarakat dalam menangani situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Sudah tentu tidak ada apa yang boleh diberikan oleh kita kepada mereka yang bertungkus-lumus siang dan malam, sehinggakan ada yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk pergi bertugas adalah satu pengorbanan besar yang perlu dihargai.
Ramai individu mahu pun badan-badan kebajikan mengambil inisiatif dalam memberikan bantuan kepada petugas frontliners di hospital.
Tidak hanya itu, syarikat penerbangan antarabangsa Qatar Airways juga menunjukkan rasa penghargaan mereka dengan menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai tanda terima kasih dalam pengorbanan mereka membantu merawat pesakit COVID-19.
Menurut satu kenyataan daripada agensi berita Anadolu, profesional penjagaan kesihatan di setiap negara dunia layak mendapat tiket percuma.
Mereka yang berjaya akan menerima kod promosi untuk menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangakain global syarikat penerbangan tersebut.
Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak COVID-19.
Inilah yang dinamakan rezeki. Walaupun mungkin tidak dapat membayar segala penat-lelah dan usaha mereka, namun setidak-tidaknya ada juga pihak yang begitu prihatin dan menghargai setiap pengorbanan petugas barisan hadapan.
Jika Ramadan bulan rahmat, Syawal adalah bulan kegembiraan bagi semua.
Namun dalam ramai yang ghairah memikirkan Syawal yang bakal menjelang, perkongsian dari Dr Zaharuddin Abd Rahman perlu kita fikirkan dengan mendalam.
Ini 8 kesilapan kerap dilakukan ketika Syawal seperti perkongsian Dr Zaharuddin. Tidak tahu sama-sama kita belajar. Moga kita semua menjadi insan yang bahagia dunia dan akhirat.
Ramai merasakan salam hanya sekadar salam tapi dalam bab salam ada yang dibenarkan bersentuhan dan tidak. Gambar hiasan
1) Sentuhan : Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. Larangan ini disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.
Pemandangan begini biasa dilihat di ruang tamu rumah kampung. Ketiadaan bilik mencukupi membuatkan ramai tidur berlonggak begini
2) Aurat & Ipar : Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. Inti larangan ini ada disebut di dalam al-Quran dan kefahaman dari Hadis Nabawi.
3) Wangian Wanita : Kaum wanita memakai wangian semerbak dengan sangat kuat (sepatutnya cukup hanya sekadar tidak berbau busuk sahaja) dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.
4) Pakaian Wanita : Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. Larangan ini dengan jelas disebut di dalam al-Quran dan Hadis-hadis Nabawi.
Di hari raya ramai yang menziarahi kubur. Gambar hiasan
5) Adab di Kubur : Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga DUDUK di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin). Larangan ini berdasarkan kefahaman dari Hadis Nabawi.
6) Meninggalkan solat : Kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa Bertempoh : Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating lelaki perempuan, bersyahwat melalui telefon dan ‘chat’, berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.
? Mata Lelaki : Tidak menjaga pandangan mata sama ada terhadap wanita yang yang sedang bergaya dan menayangkan aurat mereka. Atau juga sewaktu berada di dalam rumah sudara mara, iaitu mengintai ke dalam bilik dan sebagainya.
Sebenarnya kesilapan-kesilapan ini turut berlaku secara kerap di bukan musim perayaan, tetapi sengaja di highlight akibat raya aidil fitri sepatutnya menjadikan kita extra sensitif dengan ruang dan peluang dosa, hasil tarbiah Ramadaniah.
Nampaknya tahun ini bukan nama Kendal Jenner mahu pun Gigi Hadid yang disebut-sebut dalam pentas peragaan Paris Fashion Week, tetapi model berusia 20 tahun yang berasal dari Berlin, Leon Dame pula yang mencuri perhatian ketika berada di atas pentas pertunjukan fesyen Maison Margela Spring Summer 2020.
Semasa menutup koleksi musim bunga Maison Margiela 2020 dari pereka John Galliano, Leon Dame tampil dengan aksi berjalan yang agak ‘pelik’, lain daripada kebiasaan catwalk seorang model. Video tersebut dikongsi sendiri oleh pemuda itu, dengan kapsyen “Closing Maison Margiela SS20”.
Leon Dame telah menarik perhatian masyarakat dunia dengan catwalknya yang ‘luar biasa’ sehinggakan ramai yang menjadikan perbuatan itu sebagai meme di media sosial.
Walau bagaimanapun, catwalk itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan mereka. Galliano telah pun bekerja dengan movement director, Pat Boguslawski selama setahun untuk sesi koreograf cara model berjalan.
John mahu mereka menjadi diri sendiri dan kerana itu, Leon Dame merasakan apa yang dia lakukan itu adalah karaternya sendiri, tetapi dia juga turut mendapatkan pandangan daripada Pat.
Tidak disangka-sangka cara catwalknya itu menjadi viral dan menarik perhatian penonton diseluruh dunia.
Penonton bukan hanya dapat melihat koleksi rekaan pakaian, malah keunikan cara jalan si model juga turut mencuri perhatian fesyenista sedunia, termasuklah Anna Wintour, editor Vougue yang tersenyum melihat cara Dame berjalan.
Pagi-pagi tengok video ni tadi rasa terhibur pula hari Isnin kami. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!