Tak semua remaja zaman sekarang memilih pekerjaan seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Memiliki paras rupa yang elok adalah satu kelebihan bagi seseorang insan, boleh dijadikan ‘pemberian’ ini sebagai satu kerjaya. Namun bukan pada remaja lelaki berusia 20 tahun ini, Nur Haadi Abdul Rani apabila memilih menjadi seorang pengawal keselamatan di usia muda.
Baru-baru remaja ini menjadi perhatian warganet apabila penampilan menarik dan aktif menggunakan aplikasi TikTok, Haadi tular kerana terlihat segak dan tampan walaupun mengenakan pakaian pengawal keselamatan.
Mesra dengan dengan panggilan Haadi , pemuda ini tak malu untuk pamerkan perkerjaannya walaupun sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh segelintir masyarakat. Meskipun masih muda, namun dia kelihatan sangat matang dan gembira semasa menjalankan tugas.
Menurut laporan Mstar, Haadi yang berasal dari Terengganu ini memaklumkan dia bangga apabila video yang dimuat naik mendapat perhatian kerana dapat berkongsi bagaimana kerjanya sebagai pengawal keselamatan kepada umum.
“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ini. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.”
Ads
“Mungkin ada yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya,” katanya
Akhir tahun lalu, MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan beberapa lokasi pawagam mereka kerana menanggung kerugian akibat situasi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, dengarnya Golden Screen Cinemas (GSC) telah membeli majoriti aset pengendali rangkaian pawagam MBO.
Namun, selepas pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berlaku selama sebulan, MBO telah memuat naik hantaran di laman rasmi Facebook mereka dengan menulis catatan “It’s been a while. Signing out now”.
Hantaran itu telah mendapat lebih daripada 2.7 ribu perkongsian dengan hampir 2,000 komen.
Rata-rata daripada pengikut MBO Cinemas menzahirkan rasa sedih kerana pawagam itu menjadi antara tempat favorite mereka untuk menonton wayang.
Bukan hanya pawagam sahaja, kami yakin banyak lagi sektor perniagaan yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19 ini. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan atau pun keluarga kita yang turut terkesan pendapatan mereka sepanjang beberapa tahun ini.
Semoga rakyat Malaysia terus kuat untuk menerima dugaan ini.
Setelah sekian lama menantikan pembukaan taman tema di Genting Highlands, akhirnya Genting Skyworlds bakal dibuka pada 8 Februari 2022 dengan tiket yang akan dijual menerusi laman web dan aplikasi Genting Skyworlds bermula pada pukul 10 pagi esok (4 Februari).
Menurut Harian Metro, sempena pembukaan prapelancaran ini, Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus ke atas tiket penuh bagi kunjungan dari 8 Februari sehingga 31 Mac 2022. Harga tiket yang ditawarkan sempena prapelancaran ini adalah RM128 untuk kanak-kanak dan RM151 bagi orang dewasa.
Dibina dengan nilai pelaburan melebihi AS$800 juta (RM758 juta), tarikan bertema baharu ini bakal melonjakkan nama negeri Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia. Pembukaan taman tema ini dikhabarkan akan turut menyumbang kepada sektor pelancongan dan ekonomi dengan kewujudan ribuan peluang pekerjaan.
Pengunjung digalakkan untuk memuat turun aplikasi Taman Tema Genting SkyWorlds yang tersedia dengan percuma di Google Play, Apple App Store dan Huawei AppGallery.
Aplikasi ini bukan sahaja akan memberi panduan yang komprehensif dengan maklumat masa nyata berkenaan Genting SkyWorlds, malah ia juga membolehkan pengunjung untuk mengemudi dan melawat taman berkenaan secara maya agar mereka dapat merancang aktiviti yang mereka minati terlebih dahulu, serta mencari arah dan jalan untuk ke destinasi mereka.
Antara ciri-ciri aplikasi ini ialah, masa menunggu akan dipaparkan di aplikasi dan pengunjung boleh merancang masa mereka untuk permainan, tarikan dan persembahan yang tersedia pada hari itu; menerima tawaran promosi dan baucar diskaun; mendapatkan maklumat tempat-tempat makan, membeli-belah, permainan, serta perkhidmatan Photo+ yang canggih.
Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, aplikasi ini juga telah diintegrasikan dengan teknologi Virtual Queue (VQ), satu ciri pintar yang mampu mengurangkan masa menunggu yang lama dalam barisan fizikal dengan memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk melakukan aktiviti pilihan mereka mengikut masa yang dipilih sendiri.
Pemegang tiket berkumpulan juga boleh masuk secara berkumpulan sekiranya mereka menggunakan aplikasi Genting SkyWorlds VQ. Aplikasi ini turut membolehkan pemegang tiket melihat cadangan aktiviti berdasarkan pilihan peribadi mereka, dan menerima notifikasi secara masa nyata untuk tempahan tarikan, ketersediaan, dan hiburan menarik.
Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan, menggabungkan Harta Intelek (IP) asli, dan juga keseronokan serta keterujaan bertemakan filem di dalam permainan dan tarikan bertaraf dunia.
So guys, korang boleh mula membeli tiket dengan harga prapelancaran bermula esok. Selamat bercuti!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila sebut tentang bulus, cukup ramai peminatnya. Bukan saja comel tapi sikap manja haiwan ini yang sentiasa minta dibelai dengan membuat muka slumber membuatkan kita tak betah kalau lama tinggalkan rumah. Malah sebaik sampai di rumah, kita akan mencari bulus ini dahulu.
Di sebalik menjadi binatang kesayangan Rasulullah, dilihat hanya makan, tidur dan pandai bergurau, ada lagi pekerjaan kucing yang kita tidak tahu sebenarnya.
Bacalah perkongsian dari MyOwnPetShop mengenai kelebihan mempunyai kucing di rumah. Lebih banyak lebih baik untuk menyerap energi negatif kita.
Ramai yang menyangka kucing tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.
Mereka hanyalah makhluk pemalas yang hanya tahu makan dan minum.
Hurm, bukan itu sebenarnya!
Adakah anda tahu bahawa di zaman ini lebih ramai orang memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing?
Saya akan merungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui.
Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian untuk menyingkirkan energi negatif dari tubuh kita.
Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai orang dalam satu keluarga dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini.
Apabila mereka tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yang telah mereka serap dari kita tadi. Jika kita terlebih stres, kucing akan mengambil lebih masa untuk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yang kita berikan!
"Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban untuk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka."
Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yang tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur.
"Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik-baik sahaja, mereka tidak akan tidur dengan kita di malam itu.
Sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil untuk melindungi kita.
Jika ada orang yg berkunjung ke rumah kita dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita untuk melindungi kita. Kita haruslah berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.
Jika anda tiada kucing dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pada saat itu.
'Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda!". Berterimakasihlah kerana rumah anda telah dipilih oleh si kucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yang sesuai untuknya.
Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab-sebab yang diketahui dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.
"Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing." Kerana ia pasti kembali kepada anda untuk memenuhi tanggungjawabnya. Kucing menyembuhkan kita."
Kucing adalah makhluk yang comel, kasih mereka kepada kita sangat jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih mereka.
"Mereka adalah sahabat teragung dan terbaek antara semua-semua sahabat…"
*Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal untukk mencintai seseorang secara mendalam kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."
Translated by MyOwnPetShop Taken from : Maktub
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.