‘Kacak, berbakat, dan punyai personaliti tersendiri’
Itulah antaran perkataan yang dapat diungkapkan buat salah seorang ahli kumpulan K-Pop terkenal, Jungkook BTS, ketika Remaja bertanya kepada segelintir fans bintang muda itu.
Tidak perlu diperkenalkan dan usah dipertikaikan apatah lagi dia kini menjadi kegilaan peminat di seantero dunia.
Lebih menguatkan lagi fakta tersebut apabila Jungkook diumumkan sebagai idola K-pop yang paling disayangi peminat melibatkan beberapa buah negara.
Pengiktirafan tersebut merupakan hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea bersama Yayasan Pertukaran Budaya Antarabangsa Korea (KOFICE) yang melibatkan lebih 26 buah negara, baru-baru ini.
Ads
Pencapaian tersebut sekali gus meletakkan figura berusia 26 tahun ini di tempat ketiga dalam kalangan artis solo Korea selepas Psy dan IU. Hasil tinjauan, sebanyak 23 daripada 26 negara memilih BTS sebagai kumpulan Korea yang paling diminati.
Tinjauan yang dijalankan kementerian tersebut meliputi 26 negara seperti China, Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Pelantikan ini diumumkan secara langsung oleh Presiden Prabowo semasa pengumuman senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih di Istana Merdeka, di sini, pada Ahad.
Giring Ganesha Foto Via CNN Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.
Pelantikan rasmi diadakan pagi Isnin.
Terdahulu, Giring mengakui walaupun mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian bagi memberikan fokus terhadap bidang politik, dia rindu untuk menghasilkan muzik.
Penyanyi kelahiran Jakarta itu mengakui, bukan mudah untuknya membuat keputusan memandangkan kedua-dua cabang itu memberikan erti dan makna tersendiri.
Berusia 41 tahun, Giring bersama kumpulan Nidji menempatkan diri sebagai antara kumpulan muzik berpengaruh dalam industri hiburan Indonesia pada sekitar 2002.
Antara lagu popular Giring bersama Nidji ialah Arti Sahabat, Jangan Lupakan dan Laskar Pelangi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari Raya Aidilfitri memasuki hari kedua, tetapi ramai yang masih memuat naik gambar dan video dari hari pertama semalam termasuklah golongan selebriti remaja Malaysia.
Menariknya, trend warna popular pada tahun lalu iaitu Green Emerald dan Electric Blue MASIH menjadi pilihan ramai di kalangan mereka. REMAJA ingatkan ramai akan tertarik dengan warna Royal Yellow dan pastel pada tahun ini but boy, aren’t we mistaken?
Ini merupakan 10 stail OOTD Raya pilihan REMAJA, siapa paling wow?
Ismail Izzani
Wani Kayrie
Afieq Shazwan
Andi Bernadee
Sarah Suhairi
Sheryl Shazwanie
Mimi Lana
Ara Johari
Ariff Bahran & Luqman Faiz
Emma Maembong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.
Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.
Puncanya, motosikal ditunggangnya dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Seorang yang ceria sewaktu sihat dahulu
Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.
Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.
Tempurung kepalanya terpaksa dibuang untuk mengeluarkan darah beku sebelum ini
Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.
Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.
Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.
Hapsiah sentiasa berdoa agar ada keajaiban terjadi kepada anak sulungnya ini
Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.
Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.
“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.
“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.
Syazwan minum melalui perut dan itulah penyambung “nyawa’nya
Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.
Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.
Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.
Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!