Keberadaan jaguh Muay Thai kebangsaan, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah bersama-sama ahli keluarga besarnya telah menjadi sorotan warganet sepanjang minggu ini

Umrah Beri ‘Feeling’ Berbeza

Tatkala berdepan jadual latihannya yang padat dan terus-menerus mengikuti perlawanan Muay Thai di luar negara, Johan yang mesra dengan panggilah Jojo sama sekali tidak menjadikan kesibukan kerjaya menjadi pengalang untuknya menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ buat kali pertama.

“Dekat Sini Lainlah ‘Feeling’ Dia,” Johan Ghazali Syukuri Peluang Umrah Pertama Bersama Keluarga“Dekat Sini Lainlah ‘Feeling’ Dia,” Johan Ghazali Syukuri Peluang Umrah Pertama Bersama Keluarga

Setiap perkongsian Johan di sana dibalas dengan komen berbaur positif daripada peminatnya yang jarang sekali melihat sisi sedemikian daripada atlet kegemaran mereka ini.

“Assalamualaikum semua. Macam yang korang tahu, sekarang saya berada di Mekah. Alhamdulillah.

“Semalam saya telah tunaikan umrah yang pertama sekali saya pernah buat. Betul-betul best-lah. Dekat sini memang lainlah feeling dia,” ujarnya dalam hantaran terbaru.

Perkongsian Johan itu secara tidak langsung memberikan inspirasi buat remaja-remaja yang lebih muda daripadanya untuk menyimpan harapan agar suatu hari nanti berpeluang tiba di kota suci Mekah dan Madinah juga.

Ads

“Dekat Sini Lainlah ‘Feeling’ Dia,” Johan Ghazali Syukuri Peluang Umrah Pertama Bersama Keluarga

Sokongan Penaja Sepanjang Umrah

Johan turut berkongsi beberapa barangan jenama Kahf yang dibawanya sepanjang perjalanan di tanah suci.

Ia berupa pek Umrah dan Haji yang bakal dikeluarkan oleh Kahf tidak lama lagi. Johan sekaligus merupakan antara individu pertama yang dapat mencuba betapa praktikalnya item-item dalam pek tersebut.

“Dekat Sini Lainlah ‘Feeling’ Dia,” Johan Ghazali Syukuri Peluang Umrah Pertama Bersama Keluarga

Ads

“Barang ini belum keluar lagi, jadi ini adalah previu. Saya bersyukur ada penaja seperti Kahf yang menjaga saya sepanjang melakukan ibadah Umrah, dan barang-barang ini memang ‘baik’ lah sepanjang saya berada di Mekah,” ujarnya lagi.

Pek khas oleh Kahf yang dikhususkan untuk jemaah Umrah dan Haji itu termasuklah krim pencuci muka, deodoran tanpa bau agar boleh dipakai sewaktu berihram, krim pelindung kulit, krim pelembap muka serta pencuci badan dan syampu rambut.

Menariknya, set itu turut menyediakan sebiji botol kecil yang berfungsi untuk membawa air kosong bagi tujuan mengambil semula wuduk ketika di dalam masjid.

“Dekat Sini Lainlah ‘Feeling’ Dia,” Johan Ghazali Syukuri Peluang Umrah Pertama Bersama Keluarga“Dekat Sini Lainlah ‘Feeling’ Dia,” Johan Ghazali Syukuri Peluang Umrah Pertama Bersama Keluarga

Ads

Kembali Fokus Selepas Pulang

Dalam pada itu, usai pulang dari tanah suci, Johan memaklumkan sudah bersedia  menyambung semula latihan bagi berdepan lawan seterusnya.

Katanya, latihan mencukupi amat diperlukan untuk kembali berdepan mana-mana pencabar saingan ONE Championship pada bila-bila masa sebaik sahaja pulang ke tanah air.

Terdahulu, Johan mencapai kejayaan setelah menumpaskan lawan dari Myanmar, Ye Yint Naung di Stadium Lumpinee, Bangkok Thailand pada kejohanan ONE Friday Fights 141 pada 6 Februari lalu.

FOTO: Instagram // johanghazali_

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads