Sandwic biasanya disajikan sebagai sarapan namun ada juga yang menikmatinya pada bila-bila masa malah sesuai untuk pelbagai majlis.
Bila sebut sarapan pasti kita mahukan sesuatu yang ‘simple’ dan mudah disediakan terutamanya bila nak buat sandwic ini. Tak payah rebus pun. Masak dalam microwave saja. Sesuai untuk orang muda macam kita. Dikongsi oleh Kamarul Nor Sadan ini caranya.
Ada orang yang minta saya cadangan macam mana nak buat sandwic telur yang cepat, sedap dan tak mudah terabur bila anak-anak makan. Baiklah! Sandwic ni, dalam 2-3 minit boleh siap (tak termasuk masa untuk membasuh peralatan memasak).
Bahan-bahan
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa
(Bahan ini untuk hidangan 1-2 orang makan)
Cara membuat
1. Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.
Ads
2. Kalau gunakan air panas, bubuh masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, bubuh dalam 1½-2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air, dan jenis microwave yang digunakan.
4. Panas-panas lagi ni, masukkan mentega. Mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin, mayones? Silakan. Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat.
Ads
5. Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”. Anak-anak suka.
6. Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.
7. Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar. Kalau tak ada keju, sandwic telur macam ni, isinya suka melarikan diri ketika makan. Haha!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian terbaru yang dilakukan oleh kelompok pakar di FINN, sebuah syarikat langganan kereta di United Kingdom baru-baru ini telah menamakan Malaysia sebagai di antara negara yang ‘mengundang’ kemalangan jalan raya.
Kajian tersebut dilakukan dengan menganalisa jumlah kes maut yang dsebabkan oleh kemalangan jalan raya di setiap negara lalu menyenaraikan negara dengan ‘jalan raya maut’ berdasarkan peratusan kes kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan raya.
FINN meletakkan Malaysia di tangga ketiga pada 22.48 peratus di belakang Saudi Arabia yang berada di tangga pertama dengan 35.94 peratus dan Thailand, kedua dengan 32.21 peratus.
Thailand umpamanya menjadi negara yang mencatatkan 32 kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan rayanya dan kebanyakan daripada kes tersebut melibatkan penunggang motosikal. FINN memetik beberapa punca utama yang menyebabkan jumlah tersebut berada pada tahap tersebut. Antaranya termasuklah perbuatan membonceng motosikal beramai-ramai dan tidak memakai topi keledar.
Walaupun Malaysia di tangga ketiga, FINN masih merasakan wujud perbezaan ketara di antara negara kita dengan Saudi Arabia dan Thailand, lalu meletakkan Malaysia sebagai negara yang perlu berhati-hati agar kes kematian jalan raya tidak melonjak pada tahun-tahun berikutnya.
Jom lihat 7 lagi negara dalam senarai negara dengan ‘jalan raya maut’ ini:
Dalam pada itu, FINN meletakkan Iceland sebagai negara paling selamat kerana paling kurang mencatatkan kemalangan maut jalan raya dengan mencatatkan 2.05 peratus. Ia diikuti oleh lima lagi buah negara di benua Eropah iaitu Norway (2.12%), Switzerlang (2.25%), Ireland (3.13%), Sweden (3.14%) dan United Kingdom (3.21%).
Jepun menjadi satu-satunya negara dari benua Asia dengan jumlah peratusan kes maut di jalan raya dengan 3.21 peratus pada tangga keenam.
Bagi REMAJA, bukan hanya infrastruktur jalan raya dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang memainkan peranan dalam membendung lebih banyak kes maut. Sebaliknya, cara pemikiran pengguna jalan raya kita sendiri yang seharusnya lebih cakna dan tidak mengikut emosi mampu mengurangkan jumlah kes maut dari semasa ke semasa.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dilihat berada di Masjid Negera, Kuala Lumpur pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah buat jenazah suaminya yang juga merupakan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Raghad yang berada di sisi Allahyarham untuk sesi rawatan pemulihan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam menerusi satu kenyataan ringkas di akaun Instagram telah menafikan kisah dan gambar Allahyarham berada dalam keadaan kritikan seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Beliau turut meminta agar blog dan portal media menurunkan berita berkenaan untuk melindungi privasi suaminya dan individu dalam gambar berkenaan sebelum meminta agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Raghad dijangka pulang berlepas ke Kuching sejurus urusan pagi tadi bagi menyambut jenazah di sana.
Dalam pada itu, Unit Komunikasi Awam Sarawak mewakili kerajaan negeri Sarawak memaklumkan bahawa jenazah Taib Mahmud dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuching jam 3.30 petang ini sebelum terus dibawa ke kediaman rasmi beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.
Pada Khamis 22 Februari pula, jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana orang ramai berpeluang memberi penghormatan terakhir bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan selepas Solat Zohor sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian keluarga di Demak Jaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular satu dunia baru-baru ni perkahwinan mewah anak jutawan India, Anant Ambani yang cecah kos RM700 juta. Tapi jangan tak tahu, keluarga ini juga memiliki rumah termahal di dunia.
Terpaku tengok kediaman serba mewah dan eksklusif di India ini. Bangunan setinggi 27 tingkat yang dianggarkan menelan kos USD1 billion bahkan kediaman yang dinamakan Antilia sempena nama pulau mitos Laut Atlantik yang terletak di Mumbai, India ini juga dikhabarkan antara hartanah termahal di dunia selepas Istana Buckingham.
Singgahsana mewah milik pasangan terkaya India, Mukesh Ambani dan Nita Ambani tersebut turut dilengkapi dengan beberapa kolam renang, dewan, taman seluas tiga tingkat, tempat letak kenderaan enam tingkat, tiga helipad dan memerlukan seramai 600 pekerja untuk menguruskan kediaman berkenaan.
Mukesh dilaporkan membeli tanah untuk membina Antilia sejak tahun 2002 dan mengambil masa selama tujuh tahun untuk membina rumah idamannya. Lebih mengagumkan, Antilia mampu menahan gegaran gempa bumi sehingga 8 skala Richter!
Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota
Sebelum ini, Mukesh Ambani diiktiraf Bloomberg Billionaires Index sebagai Lelaki Terkaya Di Asia mengatasi pengasas Alibaba, Jack Ma pada Julai 2018. Pada tahun 2024 Mukesh Ambani, Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance Industries, adalah orang terkaya di Asia dan ke-9 terkaya di dunia. Beliau menceburi Liga Perdana India (IPL) apabila memiliki kelab kriket Mumbai Indians pada 2008 dengan kekayaan AS$110.4 bilion (kira-kira RM517 bilion)
Fuh, hebatnya keluarga jutawan di India ni!
Sumber: Business Insider
BACA LAGI : ‘Wedding Of The Year’, Perkahwinan Serba Mewah Anak Jutawan Asia Jadi Perhatian Dunia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!