Serangan jantung tidak mengenal usia pada masa kini, golongan muda dan remaja juga tidak terlepas dengan penyakit pembunuh dalam diam ini.
Bagi menyihatkan jantung supaya dapat terus mengepam darah dengan lancar ke seluruh badan, perlulah mengisi badan dengan makanan yang berkhasiat. Makan secara sihat boleh membantu mengekalkan paras kolesterol. Berikut adalah senarai makanan yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Oat dan barli mengandungi serat yang mudah dihadam dipanggil beta-glucan. Serat ini mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung dan badan. Beta-glukan mengikat asid hempedu dan kolesterol dalam usus dan menghalang penyerapannya dalam badan.
Jadi, jika anda disahkan menghidap kolestrol tinggi, sangat digalakkan anda makan oatmeal atau oatmeal untuk sarapan pagi setiap hari.Anda juga boleh menemui serat beta-glukan dalam rumpai laut dan jenis cendawan seperti reishi, shiitake dan maitake.
Salmon
Ads
Salmon dan ikan tinggi lemak lain seperti tuna albacore, makarel, herring, sardin dan trout tasik adalah makanan yang bagus untuk dimakan kerana ia boleh menyokong kesihatan jantung. Ini kerana ikan ini mengandungi omega-3, khususnya LC-omega-3, yang terdiri daripada asid eicosapentaenoic (EPA), asid docosapentaenoic (DPA), dan asid docosahexaenoic (DHA).
LC Omega-3 telah terbukti secara klinikal dapat mencegah serangan jantung dengan membantu mengekalkan irama jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa bahan ini membantu mencegah pembekuan darah, menurunkan tekanan darah, mengekalkan saluran darah yang sihat dan mencegah penyempitan, menurunkan trigliserida, dan mengurangkan keradangan.
Selain ikan, anda juga boleh mendapatkan asid lemak omega-3 dengan memakan udang galah, tiram, dan sotong.
Sayuran Berwarna Hijau Tua
Ads
Sayuran hijau kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta antioksidan yang membantu menghilangkan toksin dari badan. Tetapi sayur-sayuran hijau juga tinggi dalam kalsium, magnesium, dan kalium, jadi ia boleh menyokong kesihatan jantung.
Kalium boleh membantu mengehadkan kesan natrium pada tekanan darah. Sementara itu, magnesium dan kalsium membantu mengendurkan dinding saluran darah, yang meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah.Jangan lupa sayur-sayuran hijau ini juga tinggi serat, yang membantu menurunkan paras kolesterol.
Diharap agar perkongsian ini dapat memberikan sedikit penjelasan dan informasi untuk korang menjaga kesihatan jantung kita.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif COVID-19 di negara kita nampaknya masih lagi mencatatkan angka yang membimbangkan, malah lebih ramai kenalan rapat mula dijangkiti virus pandemik ini. Risau, panik, sedih, perasaan bercampur baur memikirkan sekiranya ia berlaku kepada diri dan keluarga sendiri.
Walaupun kita sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada wabak ini, namun seeloknya biarlah kita mempunyai sedikit pengetahuan tentang keperluan atau apa sahaja yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku di depan mata.
Mengukur tekanan darah dan kadar nadi. Tekanan darah normal adalah:
• Sistolik: 120 (julat 90-139) mmHg
• Diastolik: 80 (julat 60-89)
Sistolik bawah <90 atau diastolik <60 dikira sebagai tekanan darah rendah dan bahaya. Nadi yang normal adalah 60-100 degupan jantung seminit.
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak ketika menghantar putera sulungnya, Adam Aisy Arrian, ke sebuah institut pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Detik penuh emosi itu dirakam dan dimuat naik oleh pusat pengajian tahfiz tersebut di laman TikTok. Video tersebut menunjukkan Adam, anak sulung Fatin Afeefa, yang sedang membaca lafaz janji di hadapan mereka.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji untuk berusaha menghabiskan hafalan al-Quran dalam tempoh satu tahun dan berharap perjalanannya menjadi seorang hafiz dipermudahkan.
Bagaimanapun, sebaik saja Adam mengucapkan lafaz tersebut, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang yang lebih dikenali sebagai Opai, tidak dapat menahan air mata.
“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz. Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran.
“Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak. Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulis Akademi al-Quran Akmal di ruangan kapsyen video tersebut.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata netizen yang menonton video tersebut terharu dan kagum dengan usaha pasangan suami isteri ini yang begitu bersungguh-sungguh mendidik anak mereka untuk menjadi insan yang dapat berbakti kepada agama.
Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar urusan anak soleh itu untuk menjadi seorang hafiz al-Quran dipermudahkan dan diberi kekuatan dalam menempuh segala dugaan.
Sekadar info, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang pada Disember 2022 dalam sebuah majlis tertutup di Subang Jaya. Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebentar tadi Datuk Chef Wan telah mengumumkan yang ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa sebagai Che Ani telah meninggal dunia. Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 12 Januari 2023 jam 6.20 pagi bertempat di Hospital Gleaneagles, Kuala Lumpur.
“Dengan kesedihan yang mendalam ibu tersayang telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi dengan tenang dalam tidurnya di Hospital Gleneagles pagi ini.
“May her soul rest in peace, diampun segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama sama orang-orang yang beriman nanti. Jenazahnya akan disemadikan di Masjid Putra Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cyber 10,” ujar figura berusia 65 tahun itu.
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail sangat rapat dengan ibunya dan sering berkongsi kepada umum mengenai hubungan ibu dan anak.
Selain itu, cef terkenal antarabangsa itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini telah banyak mengirim dan memberi ucapan serta doa yang baik untuk arwah ibunya.
Sebelum ini Cef Wan berkongsi di laman Instagram yang ibunya telah dimasukkan ke hospital pada awal tahun kerana demam dan kemudian kesihatan allahyarhamah semakin merosot sehingga memasuki fasa koma.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.