Aktres yang dikenali menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Afifah Shamsudin, mengumumkan berundur daripada dunia lakonan dan nyanyian bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Undur Diri Dari Dunia Modelling, Bella Hadid Mahu Fokus Kesihatan dan Kebahagiaan Diri Sendiri

Fatin Afeefa Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami
Fatin Afeefa dalam filem tentang bulan

Keputusan tersebut dibuat atas permintaan suami iaitu usahawan, Aliff Awang atau mesra dengan sapaan Opai. Walau bagaimanapun aktres itu berkata, dia masih aktif beberapa kempen.

Umum Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami

Disoal mengenai perminataan suami, pelakon filem Tentang Bulan itu berkata dia ingin perbaiki diri menjadi versi manusia yang lebih baik selain mahu menjaga batas pergaulan sebagai seorang muslim.

Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

IKLAN
Fatin Afeefa Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami
Fatin Afeefa dan suami

Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakkan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga sahaja.

Tawaran masih ada. Kali terakhir saya terima pada bulan Januari lalu untuk drama 29 episod. Kalau cakap fasal kawan-kawan industri, mereka pun faham sahaja keputusan yang saya ambil ini.

Ingin better muslim

Berkongsi lanjut, Fatin memberitahu dia dan suami juga ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

IKLAN
Fatin Afeefa Undur Diri Dari Industri, Hormat Permintaan Suami
Fatin Afeefa

Mahu menjadi to be a better muslim. Saya dan suami juga sudah buang posting-posting yang haram di media sosial, yang tidak elok. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti, role model. Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga.

FAKTA MENARIK FATIN AFEEFA

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Fatin Afeefa yang mungkin ramai tidak tahu:

IKLAN
  1. Permulaan Karier: Fatin Afeefa memulakan kariernya dalam industri hiburan pada usia yang sangat muda. Beliau pertama kali muncul di kaca televisyen dalam iklan dan seterusnya dikenali melalui drama kanak-kanak.
  2. Populariti Melalui “Nana Tanjung”: Nama Fatin Afeefa mula meletup apabila beliau membintangi filem “Nana Tanjung” yang diterbitkan pada tahun 2006. Dalam filem ini, Fatin memegang watak sebagai anak kepada Saiful Apek, yang mana lakonannya berjaya mencuri perhatian ramai.
  3. Kehidupan Peribadi: Fatin Afeefa pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2013 dan dikurniakan dua orang anak.  Kemudian, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
  4. Pencapaian dalam Industri Muzik: Selain berlakon, Fatin Afeefa juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Beliau telah melancarkan beberapa single yang mendapat sambutan baik daripada peminat.
  5. Aktif di Media Sosial: Fatin Afeefa adalah antara selebriti yang aktif di media sosial. Beliau sering berkongsi perkembangan terkini, pandangan, dan kehidupan seharian dengan peminat melalui platform seperti Instagram dan TikTok.
  6. Kemahiran Lain: Selain berlakon dan menyanyi, Fatin juga berbakat dalam bidang perniagaan. Beliau telah menceburi beberapa perniagaan seperti produk kecantikan dan fesyen, yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Moga yang terbaik untuk Fatin Afeefa di masa akan datang.

BACA LAGI  : Elak Toksik, Ini 5 Cara Betul Masak Mi Segera Perkongsian Daripada Doktor

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI