Menjadi tetamu Allah dalam usia yang muda merupakan sebuah rezeki yang tidak disangka-sangka. Tiga adik-beradik lelaki ini Jemaah haji termuda sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Muhammad Wafiyulhakim Othamannor, 23, Muhammad Waizzulhakim, 22, dan Muhammad Waqiyuddin, 19 yang berasal dari Skudai, Johor telah pun berlepas ke Madinah pada Sabtu lepas bersama-sama dengan 464 jemaah haji dan 19 petugas yang lain.
Menurut Muhammad Wafiyulhakim atau dipanggil Wafi, mereka adik-beradik telah menerima tawaran mengerjakan fardu haji pada Februari lalu. Jelasnya lagi, ibu bapa mereka turut mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) ke Tanah Suci, namun terpaksa menolak kerana perlu menjaga adik bongsu mereka yang masih bawah umur.
Gambar: Harian Metro
Simpan duit dari kecil
Wafi baru saja menamatkan Diploma Pengajian Islam di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT dan berdoa semoga dipermudahkan urusan serta ibadah mereka sepanjang berada di sana.
Pernah menunaikan ibadah umrah pada 2014 dan ini merupakan haji yang pertama mereka, perasaan sedih dan gembira tetap ada walaupun pemergian mereka bertiga tanpa keluarga yang lain.
Ads
Wafi menceritakan bahawa ibu bapa mereka mula mendaftar haji pada 2007 dan ketika itu usianya baru empat tahun, manakala Wais dan Waqi masing-masing baru berusia tiga dan satu tahun.
Hasil kumpul duit raya setiap tahun, ayahnya simpan dalam TH kerana mereka mahu pergi ke Tanah Suci bersama-sama suatu hari nanti.
Pemergian mereka adik-beradik turut mendapat doa daripada masyarakat di Malaysia.
Ads
Kami doakan semoga urusan ibadah mereka dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur. Semoga kisah mereka ini juga dijadikan inspirasi buat ibu muda yang mungkin dah boleh merancang untuk kewangan anak mereka nanti.
Ads
Simpan duit dari kecil, nanti insyaAllah muda-muda lagi anak korang dah naik Haji. Aamiin..
Nampaknya, banyak syarikat penerbangan murah berebut-rebut menarik perhatian pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Kadang harga ditawarkan nampak “seperti tak masuk akal” tetapi bagi pelanggan memang sukalah sebab dapat terbang ke destinasi yang mereka suka pada harga terlampau murah dan masuk dek akal.
Permintaan penerbangan dan minat orang Malaysia yang suka terbang bagi pelbagai urusan selain mudah tertarik pada harga “murah”, wujudlah laman web seperti Traveloka yang menawarkan perkhidmatan “harga hotel dan tiket” lebih murah jika menempah dari mereka seperti mana yang selalu diiklankan di kaca tv.
Tapi apa yang disuarakan oleh lelaki yang mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Bunga Negara, Azmy bin Osman ini mungkin boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih mendalam, adakah benar harga yang kita bayar itu benar-benar seperti tertera di laman web mereka.
Azmy (kot kelabu) mempersoalkan kejujuran promo di Traveloka..
Book Flights On Traveloka| Lowest Prices On Flights selain “Find Cheap Malindo Air Tickets and promo quickly and easily here!! Adalah antara sebab dia mempercayai laman web ini menawarkan harga jauh lebih rendah dari yang dilakukan laman web rasmi syarikat penerbangan.
Menurut Azmy, dia cuba untuk membuat tempahan penerbangan menggunakan laman web Traveloka untuk penerbangan menggunakan Malindo Air pada 24 Januari 2018. Tertera harga promo adalah sebanyak RM91.92 sehala untuk seorang. Tawaran pergi dan balik tertera harga RM183.84.
Malindo Air menawarakan RM91.92 perjalanan sehala ke Alor Setar manakala Firefly pada harga RM158.86 seperti tertera di laman web treveloka
Sebagai manusia, tentu kita mahu yang murahkan. Lagipun perjalanan lebih kurang sama dan Azmy click untuk harga promo RM91.92 yang mana sudah dinyatakan bayaran itu termasuk cukai sekali.
“Dinyatakan juga Price Per Person RM91.92 inclusive of all taxes anda surcharges sebelum menekan BOOK.
“Selepas tertarik dengan harga dinyatakan, saya mula mengisi borang seperti dikehendaki oleh laman web Traveloka seperti nama penuh tarikh lahir, nombor telefon dan lain lagi.
“Bila semua borang telah dipenuhi menurut permintaan laman web saya menekan butang klik next. Tetapi berlaku “loading” agak lama lebih kurang dua minit lebih. Dan selesai loading, harga dinyatakan adalah sebanyak RM303.16 atas alasan pihak penerbangan telah mengemas kini jumlah tersebut,” katanya yang mempersoalkan kenapa harga boleh jadi semahal ini sedangkan harga promo adalah RM90.91 sehala dan RM183.83 bagi dua hala.
Selepas mengisi borang seperti dikehendaki oleh pihak laman web Traveloka, loading lebih kurang dua minit lebih sebelum tertera harga seperti di bawah ini. Sudah wujud perbezaan harga yang sangat ketara jumlahnya.
Katanya, perbezaan harga sebanyak RM119.33 adalah satu jumlah yang agak tinggi dan seorang individu itu boleh terbang sehala sekali lagi ke Alor Setar. Dia juga mempertikaikan kejujuran harga dipaparkan kerana jelas wujudnya “silap mata” di tawaran tersebut.
Kata Azmy lagi, kalau kita seorang yang tidak berhati-hati, seorang individu akan terus membayarnya tanpa banyak soal,” katanya berkata, dia percaya ramai rakyat Malaysia yang ingin berjimat dalam apa jua perbelanjaan.
“Biasanya langkah pertama kita adalah dengan berjimat dan mencari yang paling murah. Apabila kita mempercayai perkhidmatan yang ada ternyata semuanya indah dan berselindung di sebalik promosi. Bagi saya ada dua situasi dalam hal ini. Sebagai pengguna saya boleh mempersoalkan adakah laman web Traveloka ada cubaan menipu agar terus menggunakan laman web mereka dan keduanya adakah pihak Malindo Air menyedari akan situasi ini? soalnya.
Carian Remaja di laman rasmi Malindo, pada tarikh 24 Januari 2018 itu, harga yang ditawarkan adalah RM151.58 untuk perjalanan sehala ke Lapangan Terbang Alor Setar. Bila didouble click, syarikat penerbangan ini ada menulis Base Fare MYR 92.00, Tax MYR 59.58 dan Total MYR 151.59 bagi laluan sehala.
Jadi, di mana lebih murah sebenarnya, Traveloka atau syarikat penerbangan, Malindo Air?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam banyak-banyak insiden menjelang majlis perkahwinan, kejadian kek kahwin yang ditempah jatuh ketika acara sedang berlangsung mungkin boleh jadi mimpi ngeri buat pasangan pengantin.
Apatah lagi kek yang ditempah itu sudah didambakan sejak sekian lama. Siapa tak kenal dengan Datuk Alha Alfa yang baru-baru ini telah pun menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Noor Azlin Ismail. Sebentar tadi beliau ada berkongsi sepotong video di majlis resepsi yang serba sempurna dan mewah itu.
Namun insiden yang tak disangka-sangka telah berlaku apabila kek kristal itu terjatuh dan berderai di khalayak ramai.
Namun rentetan itu, Datuk Alha turun memuat naik sebuah video dengan caption yang dia tidak salahkan sesiapa dan mungkin tiada rezeki untuk merasa kek tersebut. Beliau sempat meminta maaf juga jika ada kekurangan di majlisnya semalam.
“Tak apa lah rezeki takat itu je. Saya tak marah pun. Beratus kali depa mintak maaf walaupun dalam perancangan nak pacak kek tu tengah rumah.
Habis berderai semuanya,apa pun abang @NASGREATIDEA_WEDDINGS memang superb kek tu.
“Tak apa kek boleh cari, kenangan yang terjadi itu memory selamanya. Sorry yang tak dapat merasa kek tu. Syukur tak ada dekat belakang kalau tak jenuh berjahit muka nanti. Kek ni punya berat maybe meja yang support tu pun dah menyerah diri dah tunggu masa je bergegar sikit Pammm!!!Habis……Macam manusia juga ..ensem macam mana pun hati rapuh juga….tqsm pada semua yang hadie semalam, saya dan isteri amat hargai..Minta ampun minta maaf jika ada kekurangan dari pihak kami. Love u Guys # Alhaalindreams,”. Taip Alha panjang lebar.
Tak apa la Datuk mungkin tak ada rezeki kan nak merasa kek tu dan mungkin ada rezeki lagi baik lagi nanti. Rata-rata pengikut Alha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar bahagia sampai ke jannah.
Sumber : Instagram Alha Alfa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah perumpaan paling tepat untuk bercakap mengenai situasi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia sekarang.
Bencana banjir yang kini melanda beberapa negeri masih pada tahap kritikal memandangkan air yang naik mendadak menyebabkan orang ramai tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing. Lalu apabila melihat kisah rakyat yang berdepan kepayahan hidup sekarang, ramai yang tampil dengan hati yang ikhlas untuk menghulurkan bantuan.
Ini dapat dilihat menerusi hantaran seorang pengguna Facebook bernama Helmi Erdy yang telah menangkap layar (screenshot ) kompilasi perkongsian warganet di media sosial mengenai bantuan yang dihulurkan orang ramai.
Perkongsian ini jelas menunjukkan bertapa prihatinnya rakyat Malaysia dalam soal membantu tanpa mengenal perbezaan di antara kita. Memang terharu dibuatnya!
Inisiatif badan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pihak berkuasa sememangnya harus dipuji apabila semua pihak sama-sama berganding bahu memberi bantuan.
Paling mendapat perhatian adalah seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Azwan. Dia dilaporkan sanggup datang dari Melaka dengan memandu Perodua Viva yang membawa bot persendirian demi membantu mangsa banjir!
Perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter yang dikenali sebagai @KulupKudin bertukar tular apabila dia memuat naik foto Abang Azwan yang gigih membawa botnya di bahagian atas kereta.
Jom lihat beberapa lagi perkongsian yang menunjukkan pelbagai pihak yang sudi berkongsi bantuan kepada yang terjejas. Macam-macam bantuan dihulurkan. Tak percaya? Jom lihat di bawah:
*
*
Biarpun bencana banjir pada tahun ini merupakan satu ujian besar bagi rakyat Malaysia, ia juga secara tidak langsung menjadi bukti kepada semangat kebersamaan dan kasih sayang masyarakat tempatan terhadap golongan yang terkesan, khususnya dalam kalangan warga Lembah Klang.
Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa terjejas.
REMAJA percaya ramai lagi yang telah tampil menghulurkan bantuan. Contoh di atas ini hanyalah sebahagian daripada kelompok yang lebih besar. #KitaJagaKita kan, syabas semua!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.