Di sebalik masyarakat masih sibuk bergelut soal kesihatan selain rasa ketakutan berikutan penyebaran wabak COVID-19 tanpa tahu siapa sudah dijangkiti ada lagi ketakutan yang harus membuatkan rakyat berfikir lebih panjang.
Kejatuhan harga minyak mentah yang dianggap seronok oleh sebahagian dari kita membuatkan mereka kurang menyedari “perkaitan kejatuhan harga minyak dengan penguncupan ekonomi”. Bila ekonomi menguncup akan ada banyak syarikat ditutup sekaligus memberi kesan kepada ekonomi keluarga kecil seperti kita.
Untuk makluman, hari ini Bank Dunia memberi amaran kira-kira 11 juta penduduk Asia Timur dan Asia Pasifik diramal jatuh miskin akibat kesan pandemik Covid-19. Adakah dengan kenyataan ini akan membuatkan ramai anak muda menganggur? Mohon dijauhkan ya.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo berkata, pandemik itu mengakibatkan ‘kejutan global’ tidak pernah dihadapi sebelum ini yang akan menghentikan pertumbuhan serta meningkatkan kemiskinan ke seluruh rantau ini.
Berdasarkan laporan impak Covid-19 terhadap rantau ini, ia menyebut dalam senario kes terbaik sekali pun rantau ini akan menyaksikan pertumbuhannya jatuh mendadak dengan China diunjurkan berkembang perlahan 2.3 peratus berbanding 6.1 peratus pada 2019.
Ads
Dengan dua perlima populasi dunia berada di bawah perintah berkurung yang menyebabkan perniagaan terpaksa ditutup dan pengangkutan diperlahankan bagi membendung virus, China negara wabak itu bermula mungkin terselamat daripada kemeseletan namun akan mengalami penurunan mendadak.
Hanya dua bulan lalu, ahli ekonomi Bank Dunia mengunjurkan China akan berkembang 5.9 peratus tahun ini yang akan menjadi prestasi terburuknya sejak 1990.
Kini, ekonomi kedua terbesar dunia itu berdepan tinjauan lebih suram, dicerminkan menerusi penguncupan terbesar aktiviti pembuatan pada Februari lalu dan pengeluaran industri merosot buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun. – AFP
Ads
Rantau Asia Timur dan Pasifik, tidak termasuk China, akan menyaksikan pertumbuhan perlahan kepada 1.3 peratus atau menguncup 2.8 peratus dalam senario lebih pesimis, berbanding pertumbuhan 5.8 peratus tahun lalu, kata laporan berkenaan.
“Pembendungan pandemik akan membolehkan pemulihan, namun risiko tekanan kewangan berpanjangan adalah tinggi, malah melangkaui 2020.
“Negara paling terdedah adalah yang amat bergantung kepada perdagangan, pelancongan, komoditi, berhutang tinggi dan bergantung kepada aliran kewangan,” kata laporan itu.
Ads
Dalam senario itu, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, Malaysia, Timor Leste dan Thailand diramal berada dalam wilayah negatif.
Bila sebut tentang Putrajaya, pasti terbayang dikepala kita tentang keunikan reka bentuk bangunannya, keindahan landskapnya turut menjadi tarikan utama yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Terkini, Putrajaya bakal mempunyai tarikan baharu iaitu “Tangga Putrajaya Steps” yang akan memberi nilai tambah sebagai destinasi pelancongan khususnya dalam aspek eko-pelancongan.
Diilhamkan oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa — pembinaan Tangga Putrajaya Steps adalah bersempena dengan 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya.
Dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana — Tangga Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.
Ia dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu di Dataran Putra untuk ke mercu tanda berkaitan dan ke Hotel Pulse Grande yang terletak di Taman Putra Perdana.
Melalui perkongsian seorang pengguna Twitter, dimaklumkan “Tangga Putrajaya Steps” kini sudah 80% siap.
Putrajaya Steps yang kini sudah 80 peratus siap bakal menjadi tarikan baharu di Putrajaya bagi aktiviti rekreasi & riadah.
Projek laluan pejalan kaki berkonsepkan taman itu menghubungkan laluan dari Dataran Perdana ke Mercu Tanda Taman Putra Perdana.
📸Mohd Huzaini Daud pic.twitter.com/60pajyfKZS
Dengan ketinggian anggaran 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga itu diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves.
Sumber: WilayahKu & Kredit Foto: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling terkenal di Malaysia.
Terdiri daripada kategori mamalia karnivor, hubungan antara manusia dan kucing telah terjadi sejak sekian lamanya, hingga ia dipuja dalam banyak kisah lagenda dan dogengan sastera dan ada hadis mengatakan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Malah, seekor kucing menjadi bualan dunia dek rupanya yang unik. Kucing yang diberikan nama Narnia ini menjadi unik apabila mempunyai wajah dengan dua tona. Kucing berusia lima tahun itu dilaporkan mempunyai bulu bewarna kelabu pada bahagian sebelah kanan mukanya manakalan bulu bewarna hitam pada sebelah kiri.
Pemiliknya, Jimenez, ibu kepada lima orang anak yang tinggal di Paris, Perancis, telah membiakkan kucing baka itu selama sembilan tahun.
“Saya sangat terkejut apabila melihat Narnia buat pertama kali. Ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, jadi dua embrio dalam rahim ibunya bergabung. Seorang pakar genetik sedang menjalankan ujian baharu ke atas Narnia untuk mendapatkan jawapan yang tepat,” kata Jimenez.
Kucing comel ini turut mempunyai akaun media sosial Instagram tersendiri iaitu amazingnarnia dan mempunyai 279, 000 pengikut.
Rata-rata pengikutnya mengakui terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Narnia, walaupun ada sebilangan kecil yang tidak mempercayainya dan menganggap gambar-gambar Narnia yang dimuat naik adalah palsu.
Seperti kucing biasa mengikut pemiliknya, walaupun wajah Narnia unik, namun Narnia tetap mempunyai tabiat yang sama seperti kucing-kucing yang lain. Dia banyak menghabiskan masa dengan membuka pintu rumah dan gemar dengan pelukan pemiliknya. Apabila tidur, Narnia suka berdengkur dan setelah bangun pasti akan mencari makanan sebelum sambung bermain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan ini mengajar kita untuk lebih bersyukur, sentiasa melihat dan memerhati apa yang berlaku di sekeliling. Bersyukur kerana hari ini kita mampu lagi menjamah nasi sebagai bekalan tenaga dikala lapar. Bersyukur kerana yang kurang berkemampuan mendapat perhatian mereka yang cakna.
Namun ada mereka di bahagian dunia yang lain kurang bernasib baik sehingga perlu menjadikan sisa makanan yang dibuang sebagai penyambung nyawa memberi tenaga kepada tulang empat kerat. Ya, ini bukanlah kisah yang sengaja diperbesarkan, namun tahukah anda ada juadah di negara tetangga kita yang digelar Pag Pag.
Pag Pag ini merupakan sisa makanan terutama sekali ayam yang sudah dibuang oleh restoran-restoran makanan segera kemudiannya diambil oleh orang miskin di Filipina dan diolah semula mengikut kreativiti masing-masing. Ada yang menjadikan juadah goreng dan ada yang menjadikannya juadah berkuah.
Sumber foto: via food.detik.com
Namun proses memasaknya bukanlah mudah. Setelah sisa diasingkan dari plastik sampah, lebihan cebisan isi yang masih ada akan dibasuh semula dengan air sehingga jernih dan direbus berjam-jam lamanya bagi menghilangkan kuman. Kemudian setelah direbus kebiasaannya Pag Pag akan digoreng dan diolah sesuai cita rasa. Jangan terkejut kalau juadah ini dijual di kedai-kedai makan di kawasan penduduk miskin tegar.
Dalam satu temubual oleh laman YouTube, Asian Boss, Mama Rosita yang merupakan penjual Pag Pag menjelaskan, “Saya susah mula menjual dan memasak Pag Pag sejak 6 tahun lalu. Sepinggan hidangan ini dijual kira-kira 80 sen sahaja dan pendapatan harian saya lebih kurang RM18 ke RM24 ringgit sehari.”
Sumber gambar: via food.detik.com
Sebenarnya banyak kerisauan tentang amalan pemakanan Pag Pag kerana ia mampu memnajdi faktor penyakit kerana sumber yang tidak bersih terutama sekali kepada anak-anak kecil. Namun alah bisa tegal biasa, kemiskinan menjadikan mereka terus dengan makanan ini lantaran harganya yang amat murah. Untuk mendapatkan ayam segar mungkin harganya jauh lebih mahal dari menikmati Pag Pag.
****P/S – Insaf bila membaca tentang kisah ini. Susah yang kita rasa mungkin sedikit berbanding mereka yang lebih malang. Oleh itu sentiasa bersyukur dan semoga kita di Malaysia masih mampu menjamah makanan yang bersih dan selamat. Sama-sama kita membantu mereka yang di dalam kesusahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!