Bekas ahli kumpulan popular One Direction, Liam Payne, 31 ditemui maut di perkarangan sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan tersebut.
Menurut laporan media akhbar tempatan Argentina La Nacion dan Clarin, pihak polis telah menerima panggilan kecemasan dari kawasan hotel yang terletak di kawasan kejiranan Palermo itu mengenai insiden melibatkan seorang lelaki agresif; berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah dan alkohol.
Pegawai kecemasan yang hadir ke lokasi kejadian dalam kenderaan ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi Inggeris tersebut selepas menemuinya di kawasan patio hotel.
Ads
Liam meninggalkan seorang cahaya mata lelaki, Bear yang kini berusia 7 tahun hasil perkongsian bersama penyanyi dan juri program realiti nyanyian, Cheryl Cole.
Ads
Liam meniti populariti pada usia remaja bersama kumpulan One Direction di samping Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlimson setelah mereka menamatkan saingan dalam program realiti, X-Factor UK pada tahun 2010 di kedudukan ketiga.
Ads
Biarpun One Direction menjadi fenomena sedunia, ahli kumpulannya memutuskan untuk berpecah secara rasmi pada tahun 2016 apabila masing-masing ingin membawa haluan sebagai artis solo.
Ibarat pertemuan semula setelah sekian lama tidak bersua, 16 orang selebriti kelahiran program pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja sejak tahun 2009/10 baru-baru ini telah memeriahkan acara tertutup GUESS X Remaja : Gaya Raya Bersama Guess.
Bertempat di butik GUESS Pavilion Kuala Lumpur, persalinan segar dari koleksi terbaru yang dibawakan oleh jenama yang berasal dari Amerika Syarikat telahpun digayakan oleh 16 selebriti terbabit mengikut personaliti masing-masing.
Kesemuanya tampil unik dengan teknik layering lantas membuktikan bahawa GUESS merupakan jenama yang semakin berdiversiti dalam menawarkan helaian fesyen dan tidak lagi hanya berpaksikan fabrik denim semata-mata.
Di antara jemputan eksklusif yang berada di sana termasuklah Che Puan Syamim Farid, Ramona Zam Zam, Hafreez Adam, Fify Azmi, Shaza Bae, Farhan Asri, Aween Ismail, Deeba Halil, Azim Yusof, Hariz Hamdan, Tracie Sinidol, Auni Yusri, Thompson Goh, Nina Amin, Alyssa Azmi dan Dina Allysha.
Bercakap kepada REMAJA pada majlis tertutup itu, finalis Dewi Remaja 2018/19 iaitu Aween Ismail menyifatkan koleksi terbaru yang digayakan olehnya menggambarkan dirinya yang autentik dan selesa untuk dipakai sebagai persalinan harian.
Aween Ismail
“Aween jarang ada baju berwarna hijau gelap, jadi tak salah mencubanya. Kemudian Aween padankan pula dengan kemeja putih dan seluar denim ‘koyak’ macam ini. Gaya sebegini memang jiwa saya.”
“Pertemuan dengan beberapa batch Dewi Remaja & Hero Remaja hari ini memang mengujakan. Terubatlah rindu sedikit,” ujar pelakon Mael Totey: The Movie itu.
Bagi pelakon drama Isteri Halal iaitu Hariz Hamdan pula, dia memilih gaya ringkas jaket bomber bersama baju T dan seluar denim adalah kerana dia kini lebih gemarkan sesuatu yang longgar ataupun stail baggy.
Hariz Hamdan
“Kebiasaannya saya perlu memakai sesuatu yang lebih matang dan mengikut potongan badan bersesuaian dengan watak yang saya lakonkan.
“Tetapi hari ini, saya dapat ke arah vibe yang lebih muda. Kadang-kadang orang terlupa saya baru berusia 21 tahun kerana wajah saya yang sedikit matang. (Ketawa). Oleh itu, saya sukakan gaya ini kerana barulah sesuai dengan peringkat umur,” kata finalis Hero Remaja 2020 itu.
(Dari Kiri): Hariz Hamdan, Azim Yusof dan Thompson Goh.
Haa, teringin juga nak lihat gaya bagaimana yang dipilih oleh 14 lagi orang selebriti secara up close, bukan? Jom!
Che Puan Syamim Farid
Ramona Zam Zam
Hafreez Adam
Fify Azmi
Shaza Bae
Farhan Asri
Deeba Halil
Azim Yusof
Tracie Sinidol
Auni Yusri
Thompson Goh
Nina Amin
Alyssa Azmi
Dina Allysha
Dalam pada itu, acara GUESS X Remaja : Gaya Raya Bersama Guess tersebut juga menjemput penata gaya popular, Nazrul Anas Zunaidi daripada NazLivingAStyle untuk mempertontonkan demonstrasi penggayaan bagi lelaki dan perempuan menggunakan helaian GUESS terbaru.
Nazrul Anas Zunaidi.(Dari Kiri): Farhan Asri, Fify Azmi, Auni Yusri dan Hariz Hamdan.
Jemputan kemudiannya menghadiri sesi berbuka puasa bersama GUESS dan Remaja di restoran RasaNya Steamboat yang baru diperkenalkan di Pavilion Elite Kuala Lumpur.
Ihsan Foto: @just.another.production
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai koleksi terbaru daripada GUESS Malaysia ini, anda boleh melayari laman web rasmi GUESS dan jangan lupa untuk bergaya Hari Raya ini bersama GUESS!
Anda juga boleh mengunjungi stor-stor rasmi yang membawakan koleksi GUESS ini.
GUESS Jeans
GUESS KLCC, GUESS The Gardens, GUESS One Utama, GUESS Queensbay, GUESS Pavilion, GUESS Bukit Tinggi, GUESS IMAGO, GUESS Station 18, GUESS East Coast Mall, GUESS IOI Putrajaya, GUESS Kota Bahru, GUESS Tebrau City & GUESS Sunway Carnival.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang cakap jadi anak bongsu ni best sebab apa yang dia nak semua dapat. Bila dah biasa dimanjakan, mungkin disebabkan ini karenah mereka tu lain macam sikit (betul ke?).
Jadi, bila adik bongsu tak ada, boleh dikatakan keadaan rumah bakal jadi sunyi. Sebab apa? Merekalah yang selalu menceriakan orang sekeliling dengan karakter yang menghiburkan.
Menurut pakar psikologi yang juga penulis The Birth Order Book and The First-Born Advantage, Kevin Leman menyifatkan anak bongsu seorang yang manipulative dan memiliki jiwa sosial yang tinggi.
Lebih menarik lagi, ada 8 karakter lain yang disenaraikan dalam Huffingtonpost tentang anak bongsu ini.
1. Tahu cara hiburkan diri sendiri
Siapa cakap anak bongsu ni tak boleh berdikari dan menyendiri? Walaupun berseorangan, mereka tahu untuk mencari hiburan sendiri. Tak semua anak bongsu clingy okay?
2. Senang tidur, walaupun dalam keadaan lampu menyala
Bunyi suara di kaca televisyen atau lampu terang langsung tak menghalang untuk membuatkan si bongsi ini terlelap. Pendek kata, dekat mana pun mereka ni boleh tidur. Hehe..
3. Lebih banyak berkawan dengan orang yang lebih tua
Pergaulan anak bongsu ini tidak terbatas dan boleh berkawan dengan sesiapa saja termasuklah yang lebih tua dari mereka. Lagi pun, mereka lebih selesa dengan orang yang lebih matang kerana boleh memberi perhatian lebih kepada mereka.
4. Belajar daripada kegagalan
Sering dinasihati oleh ibu bapa serta abang atau kakak tentang kehidupan sekeliling menjadikan anak bongsu seorang yang sentiasa belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. Mereka juga melihat apa yang berlaku pada orang lain sebagai satu pengajaran.
5. Humor
Ya, walaupun selalu menangis tapi percayalah si bongsu ni sebenarnya antara yang mudah terhibur dan suka ketawa. Mereka juga seorang ‘pak lawak’. Ada saja telatah mereka yang membuatkan orang sekeliling terhibur.
6. Selalu dapat apa yang diinginkan
Biasalah, dah nama adik kan. Nak apa saja mesti dapat. Kakak dan abang selalu kena mengalah dengan mereka ni. Ini mungkin hak istimewa yang ada pada anak bongsu. Hiks!
7. Suka cari perhatian
Kalau ada yang dia nak tak dapat, mulalah macam-macam dia buat untuk dapatkan perhatian keluarga. Merajuk kadang-kadang tu dah jadi perkara biasa.
8. Paling disayangi
Walaupun tiada bukti yang pasti mengatakan anak bongsu ni paling disayangi, tapi dengan kelebihan dan cara layanan yang diberikan boleh dikatakan mereka ini antara yang paling disayangi.
Jadi macam mana, siapa yang anak bongsu tu betuk ke tidak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usai enam tahun bergelut untuk mengimbangi antara perniagaan yang dibina, keluarga yang semakin membesar dan kerjaya sebagai salah seorang insan paling berpengaruh di dunia, Kim Kardashian akhirnya berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil apabila menamatkan pengajian jurusan undang-undang.
Menerusi hantaran di Instagram, jelitawan berusia 44 tahun itu berkongsi momen menggembirakan itu dengan mengimbas semula kepada momen awal sewaktu ramai yang memandang serong terhadap keputusannya untuk kembali bergelar seorang pelajar, enam tahun lalu.
Kim Kardashian
Kim menidakkan status selebritinya yang boleh disalah guna untuk memudahkan proses menamatkan pengajian.
Sebaliknya, seperti individu lain yang berdepan cabaran di menara gading, Kim mengakui jilid kehidapannya sebagai seorang pelajar ini merupakan antara yang paling memberi kesan kepada dan ia nyata tidak mudah.
“Saya memilih jalan yang tidak konvensional untuk mengejar impian saya menjadi seorang peguam.
“Ia tidak mudah dan ia mengambil masa lebih lama daripada yang saya rancang. Tetapi saya tidak pernah berputus asa. Setiap subjek menimbulkan detik-detik di mana saya meragui diri sendiri, menangis dan meraikan detik kejayaan – terutamanya apabila saya berjaya mengharungi subjek-subjek yang pernah membuatkan saya gentar pada mulanya,” ujar Kim.
Kongsi Kim lagi, program yang dipilihnya itu memerlukan ketelitian kerana ia didaftarkan di bawah ‘California State Bar’ dan memerlukan pelajar mengumpulkan 75 kredit kolej bagi membolehkan Kim menamatkan kurikulum selama empat tahun.
Namun disebabkan kekangan masa, tanggungjawab bertindan dan faktor pandemik Covid-19, Kim terpaksa memanjangkan tempoh pengajiannya menjadi enam tahun. Finally, momen yang ditunggu-tunggu olehnya sudahpun tiba. Congratulations Kimberly!
Acara graduasi Kim dilangsungkan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarganya serta rakan-rakan terdekat. Antara yang berkesempatan untuk berada di sana termasuklah kakaknya Kourtney Kardashian, adiknya Khloe Kardashian, ibu tercinta Kris Jenner dan anak-anak terunanya.